Siapa kata penghidap kencing manis tak boleh nak join Marathon. Jangan jadikan sakit sebagai alasan anda tidak mahu bersenam. Badan yang sihat boleh mencegah diri dari penyakit kronik. Jadi, bila orang tanya “kalau saya ada kencing manis, dan saya nak join Half Marathon, macam mana ye? Apa yang perlu saya buat?
Selalu check gula dalam darah sebelum memulakan senaman dan sentiasa berada dalam lingkungan bacaan yang dipersetujui oleh doktor anda. Ini paling utama, anda kena sedar, anda bukan normal. Bukan apa, kita mahu badan lebih sihat bukan terukkan lagi. Jangan lupa ambil bacaan ye.
Bekalkan diri anda dengan Manisan
Membawa makanan manis yg senang digunakan seperti air kotak, gula-gula atau Sport Drinks semasa latihan. Badan akan lemah apabila kita menggunakan tenaga yang sangat banyak. Ia akan membahayakan seseorang terutamanya pesakit Diabetes.
Ads
Elak Hypoglycemia
Ajak kawan-kawan anda berlatih di rumah atau di taman sehingga anda mampu menghidari hypoglycemia (gula bawah 4 mmol/l). Mula dari bawah, baru ada Stamina dan penyakit boleh dielakkan.
Bawa atau pakai Tag Medical Alert
Ads
PENTING! Sentiasa bawa kad bersama anda. Kalau boleh, ketika anda register untuk sertai Marathon tu, jujur dalam mengisi ruang kesihatan. Ini memudahkan Medical Team menyatakan penyakit anda supaya senang Medical Team memberikan rawatan.
Makan, minum sebelum, selepas senaman
Ads
Hyperglycemia juga boleh terjadi dan diburukkan lagi dengan Dehydration (kurang air). Hyperglycemia (gula tinggi) akan menyebabkan badan kita lagi cepat hilang air. Jika Marathon anda itu pada waktu pagi, makanlah sekeping roti atau sebiji pisang. Ia sangat membantu.
Pesakit Diabetes, berhati-hati dalam bersenam yang memerlukan intensiti tinggi. Setakat Marathon anda masih lagi mampu. Jika anda mahu menurunkan berat badan, sila rujuk pakar Dietitian supaya anda tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu ketika bersenam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
esetengah lelaki mengalami simptom ‘menopaus lelaki’ seperti kemurungan, kehilangan nafsu seks, mati pucuk dan simptom fizikal serta emosi yang lain apabila mereka mencapai usia 40-an hingga awal 50-an.
Simptom lain yang biasa berlaku pada lelaki dalam usia ini ialah:
Perubahan mood dan cepat marah
Kehilangan jisim otot dan kurang kemampuan untuk bersenam
Pengagihan semula lemak, seperti perut boroi atau buah dada lelaki (gynaecomastia)
Kurang keghairahan atau tenaga
Kesukaran tidur (insomnia) atau cepat penat
Sukar menumpukan perhatian dan cepat terlupa
Simptom-simptom ini dapat mengganggu kehidupan seharian dan kualiti hidup, jadi penting untuk mencari sebab dan mengenalpasti apa yang boleh dilakukan untuk menyelesaikannya.
Mitos menopaus lelaki
Testosteron adalah hormon yang dihasilkan dalam testis lelaki. Ia lebih daripada sekadar memacu nafsu seks anda. Ia juga menimbulkan perubahan semasa akil baligh, memberikan tenaga mental dan fizikal anda, mengekalkan jisim otot anda, mengawal tindak balas kecemasan anda, dan pelbagai fungsi lain.
Disebabkan testosteron diperlukan untuk pelbagai fungsi yang disebutkan, ramai yang menyangka simptom yang berlaku dengan penuaan adalah disebabkan penurunan testosteron. Istilah menopaus lelaki digunakan secara berlebihan untuk merujuk kepada kumpulan simptom yang dialami lelaki yang berusia.
Istilah ini mengelirukan kerana ia menunjukkan simptom-simptom tersebut adalah hasil penurunan kadar testosteron secara mendadak pada usia tua, seperti yang berlaku dalam menopaus wanita. Ini tidak benar. Walaupun paras testosteron menurun dalam lelaki berusia, penurunan tersebut stabil iaitu kurang daripada 2% setahun sekitar usia 30-40 dan ini tidak mungkin menyebabkan masalah yang ketara.
Sebaliknya, simptom-simptom yang berlaku kebiasaannya berpunca daripada faktor gaya hidup atau masalah psikologi. Krisis pertengahan umur juga mungkin memainkan peranan. Tekanan, kemurungan, kebimbangan, diet tidak sihat dan merokok merupakan antara faktor yang boleh menyebabkan simptom tersebut.
Apa itu menopaus lelaki
Pun begitu, tidak dinafikan, terdapat lelaki yang mengalami ‘menopaus lelaki’ yang sebenar atau andropaus. Berbeza daripada menopaus wanita tidak semua lelaki mengalaminya dan ia mungkin berkait rapat dengan masalah hipogonadisme.
Andropaus melibatkan penurunan pengeluaran testosteron pada lelaki berusia 50 tahun ke atas dan menyebabkan masalah fizikal, seksual dan psikologi. Ia biasanya bertambah teruk dengan penuaan. Ini termasuklah:
Rendah tenaga
Kemurungan atau kesedihan
Motivasi menurun
Keyakinan diri menurun
Kesukaran menumpukan perhatian
Insomnia atau kesukaran tidur
Lemak badan meningkat
Pengurangan jisim otot dan rasa lemah fizikal
Ginekomastia atau perkembangan payudara
Kepadatan tulang menurun
Mati pucuk
Libido menurun
Kemandulan
Apa itu hipogonadisme
Apabila masalah gaya hidup atau psikologi telah ditangani dan simptom masih berlaku, keberangkalian hipogonadisme perlu diambil kira. Hipogonadisme berlaku apabila testis menghasilkan sedikit atau tidak menghasilkan hormon.
Hipogonadisme kadangkala berlaku sejak lahir yang boleh menyebabkan simptom seperti akil baligh lewat dan testis kecil.
Hipogonadisme juga kadangkala berlaku pada usia dewasa, terutamanya pada lelaki yang obes atau mempunyai diabetes jenis 2. Ini dikenali sebagai hipogonadisme lewat dan ia boleh menyebabkan simptom ‘menopaus lelaki’ yang disebutkan di atas. Walau bagaimanapun, ini adalah keadaan perubatan yang jarang berlaku dan bukanlah sebahagian daripada proses penuaan biasa.
Diagnosis hipogonadisme lewat biasanya boleh dibuat berdasarkan simptom dan keputusan ujian darah yang digunakan untuk mengukur tahap testosteron anda.
Diagnosis dan rawatan menopaus lelaki
Jenis rawatan yang paling biasa untuk simptom menopaus lelaki adalah membuat pilihan gaya hidup sihat. Contohnya, doktor anda mungkin menasihati anda untuk:
Makan makanan yang sihat
Bersenam secara teratur
Dapatkan tidur yang mencukupi
Mengurangkan tekanan anda
Doktor anda boleh mengambil sampel darah anda untuk menguji tahap testosteron anda. Jika anda benar-benar mengalami kekurangan testosteron, anda mungkin disarankan untuk mengambil pengganti hormon. Walau bagaimanapun, ia sangat kontroversi. Seperti steroid yang meningkatkan prestasi, testosteron sintetik boleh menyebabkan kesan sampingan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kanser prostat, ia boleh menyebabkan sel kanser anda berkembang. Sekiranya doktor anda mencadangkan terapi penggantian hormon, timbangkan aspek positif dan negatif sebelum membuat keputusan.
Kadangkala kita mungkin berasa cukup hairan bagaimanakah sesetengah orang terutamanya lelaki mampu nampak jauh lebih muda berbanding usia sebenar mereka?
Apakah rahsia yang mereka amalkan sehinggakan nampak begitu muda dan sentiasa segar dalam bergaya? Apatah lagi apabila begeluman dalam industri lakonan yang memerlukan disiplin dalam menguruskan jadual, diet, senaman dan juga gaya hidup?
Pelakon yang cukup sinonim dengan pelbagai genre drama di Malaysia, Arash Momahad merupakan salah seorang pelakon yang cukup awet muda.
Foto: IG Arash Mohamad
Siapa sangka figura yang baru-baru ini tampil menerusi drama bersiri ‘Layang-Layang Perkahwinan’ ini sudah berusia 55 tahun.
Dengan penampilannya yang yang nampak lebih muda dari usia sebenar itu juga sedikit sebanyak menimbulkan persoalan di kalangan peminat sama ada adakah dia mendapatkan rawatan seperti suntikan botox?
Menerusi temu bualnya bersama Gempak, Arash berkata dia merupakan seseorang yang paling takut dengan jarum.
“Macam mana saya nak suntik botox? Sebenarnya tiada apa-apa rawatan, saya cuma amalkan sentiasa senyum dan elak diri daripada berdepan dengan stres,” jelasnya.
Malahan Arash juga memaklumkan bahawa dia sudah menjaga pemakanan sejak usia menginjak 40-an serta mekakukan senaman dengan ruti dan juga tidak makan makanan kurang berkhasiat seperti makanan segera.
Mengakui bahawa ramai juga peminat bertanyakan apakah rahsia dia tampil awet muda, Arash berkata dia tidak melakukan apa-apa jenis rawatan spesifik. Dengan menjaga makan dan bersenam dia juga dapat mengelak dan tiada sebarang penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
“Tapi sakit-sakit urat atau sendi pada usia saya ini, saya rasa semua orang akan lalui fasa sama jika umur semakin meningkat. Memang kena jaga mana yang perlu jaga,’ tambahnya lagi.
Foto: IG Arash Mohamad
Semoga kisah Arash Mohamad ini menjadi satu inspirasi buat anda yang ingin kekal sihat dan paling penting nampak awet muda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Gempak
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kadang-kala, berat badan akan buatkan diri kita hilang keyakinan diri. Namun kita haruslah berani untuk mengubah penampilannya daripada seorang yang memiliki berat badan berlebihan kepada seorang jejaka yang sangat segak. Hal ini berlaku kepada Gwilym Pugh, yang berasal dari London ini berjaya membuatkan ramai orang kagum dengan perubahan imejnya yang kini bergelar seorang model terkenal.
Punca Berat Badan Naik
Berat badan Gwilym mula bertambah apabila dia memulakan perniagaan insurans nyawa dan hanya bekerja daripada rumah pada usianya 21 tahun. Perniagaan yang dijalankannya tidak memerlukan dia untuk melakukan pergerakan yang banyak, dan akhirnya menyebabkan berat badannya bertambah tanpa disedari. Bekerja hampir 12 jam sehari menyebabkan Gwilym tidak mempunyai masa untuk bersukan atau bersenam. Walaupun perniagaannya berjalan dengan lancar namun masalah berat badan yang melanda membuatkan dia hilang keyakinan diri.
Menyedari hakikat tersebut, dia tekad untuk berubah dan melakukan sesuatu untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
“Perniagaan saya berjalan lancar tapi saya juga mempunyai berat badan yang berlebihan. Bekerja 12 jam sehari membuatkan saya tidak sempat untuk bersenam. Saya juga tekad untuk mulai menjaga kesihatan diri,” ujar Gwilym seperti yang dipetik dari The Mirror.
Mula Jaga Pemakanan & Bersenam
Gwilym mula dengan pengambilan makanan yang rendah kalori. Malah dia juga tekad untuk berhenti dari meneruskan perniagaan dari rumah yang dilakukannya.
“Itu adalah perkara terbaik untuk kesihatan saya kerana saya berhenti duduk selama 9 hingga 10 jam sehari. Selepas itu, saya banyakkkan berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 ribu langkah setiap hari,” terang Gwilym.
Hasilnya, dia berjaya mengurangkan sehingga 127 kilogram dari berat asalnya. Wow!
Gwilym juga kini bergelar seorang model popular. Wajahnya juga menghiasi halaman majalan GQ dan Hunger. Lebih membanggakan lagi apabila dia terpilih menjadi ikon di samping David Beckham.
Seiring dengan penurunan berat badannya, dia juga turut terpilih menjadi wajah untuk koleksi Nathan Palmer pada tahun 2015 dan diundang menjadi model bagi ACMK, London. Dia juga sudah menjayakan banyak iklan-iklan besar seperti Vans, Bud Light dan Diesel.
Dia juga telah dipilih menjadi duta produk kecantikan untuk lelaki milik Becham iaitu House 99.
Wah, menarik bukan? Malah rahsia Gwilym berjaya menurunkan berat badannya hanyalah banyakkan berjalan kaki serta mengambil makanan rendah kalori.
Jadi dah tahu rahsia ni cepat la berubah kepada kehidupan yang lebih sihat dan cergas.