Boleh Rosak Buah Pinggang Dan Hati Sebab Obses Nak Cerahkan Kulit

Share

Suntikan vitamin C untuk mendapatkan kulit yang cerah yang menjadi kegilaan masa kini boleh mendatangkan kesan buruk ke atas kesihatan dalam jangka masa panjang. Antara akibat yang perlu dipertimbangkan seseorang sebelum menjalani rawatan kecantikan seperti suntikan vitamin C untuk memutihkan kulit termasuk kerosakan buah pinggang dan hati.

Suntikan Vitamin C ini tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sehingga sekarang tiada kajian yang menyatakan prosedur itu memberi kesan pemutihan kulit.

Kebanyakan pesakit membeli suntikan ini daripada ejen dan secara atas talian menyebabkan urusan itu tidak dapat dipantau KKM. Kesan sampingan suntikan ini akan membawa keburukan kepada badan selain pesakit juga tidak dapat mengenal pasti kandungan suntikan benar-benar asli dan selamat kerana tidak diperiksa dan diluluskan.

Hindari kesan sampingan

Pesakit perlu mendapatkan rawatan di klinik yang diiktiraf untuk mengelakkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan dan kecantikan.

Risiko yang perlu dihadapi apabila menjalani rawatan suntikan bagi menegangkan muka seperti botox (botulinum toxin A atau BTA) dan laser boleh menyebabkan muka lebam, otot muka menjadi lumpuh, sakit kepala akibat dos berlebihan serta gejala virus. Kebanyakan pesakit yang mendapatkan suntikan dari pusat kecantikan kerap mengalami alahan selepas suntikan akibat toksin yang terdapat di dalam BTA.

Laser yang digunakan untuk menghilangkan jeragat boleh menyebabkan kulit menjadi kering, lebih sensitif dan kemerahan akibat radang.

Kesan gelap, merah pada kulit

Lebih membimbangkan, kulit boleh menjadi lebih gelap atau merah selepas menjalani rawatan laser yang dikenali sebagai post inflammatory hyperpigmentation.

Justeru, pesakit digalak menggunakan produk penahan matahari dan tidak terdedah di bawah sinarnya untuk jangka masa tertentu selepas rawatan.

Rawatan paling popular dalam kalangan lelaki adalah keguguran rambut dan mengurangkan lemak badan serta mengurangkan berat badan. Rawatan memutihkan wajah, menegangkan kulit, mengembalikan keperawanan dan membuang bulu roma pula menjadi pilihan kebanyakan wanita.

Kurang keyakinan diri, mengikuti peredaran zaman, pengaruh rakan sebaya serta ingin perubahan kepada diri sendiri mendorong kebanyakan individu mendapatkan rawatan di pusat kecantikan.

INFO

Rawatan kecantikan yang dijalani golongan lelaki

Sedutan lemak (liposuction)

– Pembekuan lemak (cryotherapy)

– Laser memecahkan lemak

– Radiofrekuensi

– Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU)

– Suntikan memecahkan lemak.

Rawatan wanita:

– Memutihkan wajah kulit

– Lasik

– Pengelupasan kulit menggunakan asid

– Suplemen tablet termasuk gluthathion

– Suntikan sel stem mencerahkan kulit

– Suntikan pelembap ( skin booster )

Menegangkan kulit

– Laser

– Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU)

– Benang kolagen (threadlift)

– Suntikan hyaluronik asid ( Dermal filler )

– Suntikan Botulinum Toxin A

Menghilangkan jeragat

– Laser

– Pengelupasan kulit menggunakan asid

– Suntikan sel stem (stem cell)

– Produk pemutihan kulit

Mengurangkan lemak dan berat badan

– Diet dan senaman

– Ubat terkawal mengurangkan selera makan

– Sedutan lemak (liposuction)

– Pembekuan lemak (cryotherapy)

– Laser memecahkan lemak

– Radiofrekuensi

– Rawatan Mesin Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (High Intensity Focused Ultrasound (HIFU))

– Suntikan untuk memecahkan lemak

INFO

Rawatan untuk mengembalikan perawanan wanita

– Laser mengetatkan vagina

Membuang bulu

– Laser

Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalani rawatan kecantikan?

– Klinik diiktiraf kerajaan.

– Doktor berpengalaman.

– Pesakit perlu membuat kajian terlebih dulu.

Published by
Kim Rahim