Suntikan vitamin C untuk mendapatkan kulit yang cerah yang menjadi kegilaan masa kini boleh mendatangkan kesan buruk ke atas kesihatan dalam jangka masa panjang. Antara akibat yang perlu dipertimbangkan seseorang sebelum menjalani rawatan kecantikan seperti suntikan vitamin C untuk memutihkan kulit termasuk kerosakan buah pinggang dan hati.
Suntikan Vitamin C ini tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sehingga sekarang tiada kajian yang menyatakan prosedur itu memberi kesan pemutihan kulit.
Kebanyakan pesakit membeli suntikan ini daripada ejen dan secara atas talian menyebabkan urusan itu tidak dapat dipantau KKM. Kesan sampingan suntikan ini akan membawa keburukan kepada badan selain pesakit juga tidak dapat mengenal pasti kandungan suntikan benar-benar asli dan selamat kerana tidak diperiksa dan diluluskan.
Hindari kesan sampingan
Pesakit perlu mendapatkan rawatan di klinik yang diiktiraf untuk mengelakkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan dan kecantikan.
Risiko yang perlu dihadapi apabila menjalani rawatan suntikan bagi menegangkan muka seperti botox (botulinum toxin A atau BTA) dan laser boleh menyebabkan muka lebam, otot muka menjadi lumpuh, sakit kepala akibat dos berlebihan serta gejala virus. Kebanyakan pesakit yang mendapatkan suntikan dari pusat kecantikan kerap mengalami alahan selepas suntikan akibat toksin yang terdapat di dalam BTA.
Laser yang digunakan untuk menghilangkan jeragat boleh menyebabkan kulit menjadi kering, lebih sensitif dan kemerahan akibat radang.
Kesan gelap, merah pada kulit
Lebih membimbangkan, kulit boleh menjadi lebih gelap atau merah selepas menjalani rawatan laser yang dikenali sebagai post inflammatory hyperpigmentation.
Justeru, pesakit digalak menggunakan produk penahan matahari dan tidak terdedah di bawah sinarnya untuk jangka masa tertentu selepas rawatan.
Rawatan paling popular dalam kalangan lelaki adalah keguguran rambut dan mengurangkan lemak badan serta mengurangkan berat badan. Rawatan memutihkan wajah, menegangkan kulit, mengembalikan keperawanan dan membuang bulu roma pula menjadi pilihan kebanyakan wanita.
Kurang keyakinan diri, mengikuti peredaran zaman, pengaruh rakan sebaya serta ingin perubahan kepada diri sendiri mendorong kebanyakan individu mendapatkan rawatan di pusat kecantikan.
INFO
Rawatan kecantikan yang dijalani golongan lelaki
Sedutan lemak (liposuction)
Ads
– Pembekuan lemak (cryotherapy)
– Laser memecahkan lemak
– Radiofrekuensi
– Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU)
– Suntikan memecahkan lemak.
Rawatan wanita:
– Memutihkan wajah kulit
– Lasik
– Pengelupasan kulit menggunakan asid
– Suplemen tablet termasuk gluthathion
– Suntikan sel stem mencerahkan kulit
– Suntikan pelembap ( skin booster )
Ads
Menegangkan kulit
– Laser
– Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU)
– Benang kolagen (threadlift)
– Suntikan hyaluronik asid ( Dermal filler )
– Suntikan Botulinum Toxin A
Menghilangkan jeragat
– Laser
– Pengelupasan kulit menggunakan asid
– Suntikan sel stem (stem cell)
– Produk pemutihan kulit
Mengurangkan lemak dan berat badan
Ads
– Diet dan senaman
– Ubat terkawal mengurangkan selera makan
– Sedutan lemak (liposuction)
– Pembekuan lemak (cryotherapy)
– Laser memecahkan lemak
– Radiofrekuensi
– Rawatan Mesin Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (High Intensity Focused Ultrasound (HIFU))
– Suntikan untuk memecahkan lemak
INFO
Rawatan untuk mengembalikan perawanan wanita
– Laser mengetatkan vagina
Membuang bulu
– Laser
Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalani rawatan kecantikan?
– Klinik diiktiraf kerajaan.
– Doktor berpengalaman.
– Pesakit perlu membuat kajian terlebih dulu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti ramai tergila-gila dengan drama adaptasi daripada novel terbaru iaitu Mr. Grey yang sedang hangat ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria sejak 9 April lalu. Tapi bagi nama hero utama drama itu, Fendy Bakry masih agak asing bagi penonton walaupun sudah hampir lima tahun berkecimpung dalam industri lakonan di Malaysia ini.
Jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Perlis ini juga pernah terlibat dalam pencarian Hero Remaja pada tahun 2012 bersama rakan seperjuangan seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle, Shaharul Ridzuan, Ben Amir dan ramai lagi. Namun menerusi drama Mr Grey yang bersiaran sebanyak 14 episode.
Namun menerusi drama Mr Grey yang bersiaran sebanyak 14 episod itu, kini namanya kian melonjak naik setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia drama tempatan.
Percaya rezeki
Bercerita rakan seangkatannya, Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan, yang telah terlebih dahulu mengecap populariti mendadak berbanding diri sendiri yang masih mencari tapak kukuh, kata Fendi, dia tidak kisah dengan situasi tersebut sebaliknya terus berfikiran positif.
“Tidak cemburu langsung pun. Kami kalau berjumpa tetap berbual seperti biasa. Lagipun saya anggap ini adalah rezeki masing-masing.
“Untuk diri saya sendiri, mungkin sebab saya belum dapat lagi slot yang popular yang boleh membuatkan orang betul-betul kenal dengan saya.
“Tak ada masalah, saya pun banyak yang perlu belajar lagi,” katanya yang turut menyertai Persatuan Teater Negeri Perlis.
Tak nak cakap banyak! Jom kita ‘cuci mata’ dengan melihat gambar-gambar Fendy yang penuh segak dan kacak ni.
Baru-baru ini telah berlangsung satu acara yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat aktiviti larian iaitu ‘The Music Run by CIMB’.
Acara larian disaluti alunan muzik ini merupakan edisinya yang ketiga dan dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Ia bukan sekadar acara biasa kerana hadir sebagai sebuah perayaan meraikan kegembiraan, muzik dan kecergasan. Kira-kira 17,000 peserta dari segenap lapisan masyarakat telah berkumpul untuk merasai pengalaman larian 5km yang unik, bertemakan “Live the Beat”, di mana muzik menjadi pemandu semangat mereka.
Diberi julukan ‘Asia’s Fittest Party’, acara meriah ini turut menyaksikan kehadiran penghibur antarabangsa seperti Sam Withers dan artis terkenal termasuk BLINK, The Filters, dan EMO NIGHT KL.
Mereka semua berpadu suara dalam pesta muzik yang memukau, membawa suasana penuh semangat dan kegembiraan.
Di bawah pengurusan Fresh Events Asia, The Music Run telah menjadi salah satu acara paling dinanti di Asia, dengan pengikut yang semakin bertambah sejak dekad yang lalu.
Acara ini bukan saja tentang larian dan muzik; ia juga menekankan pengalaman unik yang selamat, tanpa alkohol, mesra alam, dan menyeronokkan dengan moto ‘More Fun. Less Waste’.
Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Kumpulan CIMB Group, berbangga dengan kerjasama ini. “MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA”, CIMB komited pada kelestarian dan gaya hidup sihat.
Toni juga menambah bahawa CIMB akan mengimbangi pelepasan karbon selama acara dengan bantuan YTL-SV Carbon, sebagai langkah ke arah acara yang lebih mampan.
Manakala, Jeff Ross dari Fresh Events Asia pula menekankan kejayaan The Music Run sebagai bukti pengaruh muzik dan kecergasan dalam menyatukan komuniti. Acara ini bukan saja sekadar hiburan, tetapi juga inspirasi untuk perubahan positif.
Sejak mula dianjurkan di Malaysia pada tahun 2014, The Music Run telah berkembang dari segi populariti. Acara ini telah menarik lebih dari 300,000 peserta dalam 40 acara di 13 negara, menjadi simbolik gaya hidup aktif dan menyatukan orang ramai dari pelbagai latar belakang.
Dengan kejayaan edisi ke-9, The Music Run bukan saja menggabungkan muzik dan kecergasan, tetapi juga membawa harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Ia adalah bukti bahawa apabila bersatu, kita boleh merealisasikan impian dan mencapai lebih jauh bersama-sama. The Music Run, lebih dari sekadar larian, ia adalah perayaan kehidupan yang dinamik dan penuh warna!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita kini hidup dalam norma baharu yang mungkin sebelum ini tidak pernah kita bayangkan. Sejak penularannya mula dikesan pada penghujung tahun 2019, wabak COVID-19 kini telah neragut jutaan nyawa manusia di seluruh dunia.
Tahun lepas boleh dikatakan hampir separuh tahun kita terpaksa berkurung di dalam rumah atau mengurangkan aktiviti sosial demi melandaikan kadar jangkitan. Dengan penutupan beberapa aktviti ekonomi yang terpaksa dilaksanakan ia telah banyak memberi impak terhadap ekonomi.
Kadar pengangguran bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia meningkat dengan mendadak. Pelbagai industri terjejas teruk menyaksikan ramai yang kehilangan pekerjaan.
Impak pandemik COVID-19 memang cukup besar signifikasinya kepada ramai orang. Memtetik beberapa sumber, MASKULIN senaraikan beberapa jenis pekerjaan yang paling terkesan sejak penularan wabak ini berlaku.
JURUTERBANG & KREW PENERBANGAN
Industri penerbangan di antara yang paling teruk menerima impak penularan wabak ini. Dengan sekatan sempadan yang dilakukan oleh kebanyakan negara, jumlah penerbangan antarabangsa dan juga tempata menurun dengan begitu drastik.
Malah kita sendiri boleh ligat bagaimana ramai juruterbang dan juga krew penerbangan terpaksa mencari rezeki dengan pelbagai cara tular di laman media sosial
Salah satu industri yang terkait sama dengan industri perbangan ialah pelancongan. Pada satu ketika aktviti pelancongan sama ada di dalam atau luar negeri terhenti secara total.
Ini menyebabkan banyak pemilik starikat agensi pelancongan terpaksa gulung tikar. Dan yang menerima impaknya semestinya pekerja mereka yang terdiri dari pelbagai jawatan.
Sebelum ini sebarang aktiviti penggambaran filem, drama atau fotografi tidak dibenarkan sama sekali. Golongan yang paling terkesan pastinya krew penggambaran yang menjadi orang kuat belakang tabir sesebuah produksi.
Kebanyakan mereka merupakan pekerja yang mendapat gaji berdasarkan projek yang disertai. Jadi, tiada projek penggambaran maka tiadalah sumber pendapatan.
Salah satu sumber hiburan majoriti kita semua sebelum ini ialah menonton filem di panggung wayang gambar. Atau menonton hasil karya seni teater yang menberikan sumber inspirasi kepada kita semua.
Penutupan industri ini dalam masa yang panjang ternyata memberi kesan cukup besar. Malah ada syarikat panggunh wayang di negara kita terpaksa menutup perniagaannya kerana tidak mampu lagi menanggung kerugian.
PEMILIK PERNIAGAAN KECIL
Tidak dinafikan perniagaan di atas talian menjadi pilihan ramai di kalangan pemilik perniagaan kecil di seluruh negara. Namun tidak semua jenis perniagaan sesuai dijalankan menggunakan patform di atas talian.
Sebagai contoh pemilik gerai kecil-kecilan yang tidak lagi dapat mendapat hasil jualan seperti biasa. Persaingan yang tinggi jualan di atas juga menyebabkan ramai terpaksa melupakan perniagaan mereka.
Tiada jualan maka tiadalah komisyen. Industri retail atau runcit di gedung membeli-belah juga menerima impak yang cukup besar Selain pemiliknya, pekerja jualan merupakan antara yang paling terksesan.
Dengan penurunan jualan makan ada yang terpaksa diberhentikan. Bagi yang masih kekal pula terpaksa berdepan pemotongan gaji. Apatah lagi untuk merasa mendapat komisyen.
Selain dari senarai di atas masih banyak industri atau lapangan kerja yang turut menerima nasib yang sama. Diharapkan dengan pengenalan pelbagau pakej dan insentif dari kerajaan dapat meringankan beban anda yang terjejas. Semoga kita semua terus tabah berdepan dugaan yang masih berpanjangan ini.
Kekal positif dan terus berjuang!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.