Jika selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!
Tabiat ini sebenarnya berbahaya kerana kawasan ini dianggap sebagai segi tiga “kematian” yang ada kaitan dengan infeksi bakteria, yang boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan berlakunya strok.
Jika anda memiliki bulu hidung yang agak panjang dan ia mengganggu penampilan, jangan sesekali mencabut bulu hidung.
Sebaiknya, gunakan kaedah trim mengunakan pencukur sebagai langkah untuk anda merapikannya.
Bagi yang sering tumbuh jerawat sekitar segi tiga ini, elak memicitnya dengan tangan sebaliknya gunakan krim jerawat untuk merawatnya.
Kenapa dua tabiat yang biasa kita lakukan ini dianggap berbahaya? Public Health Malaysia kongsikan sebab-sebabnya.
Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ads
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok. Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Ads
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Foto: FB Public Health Malayisa
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides. Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
Amalan minum teh hijau memang banyak manfaatnya kerana miliki antioksidan yang amat bagus terutamanya dalam membantu menurunkan berat badan.
Banyak kajian menunjukkan bahawa kandungan flavonoid dan kafein yang ada pada teh hijau mampu meningkatkan metabolisme, membakar lemak dan meningkatkan kadar penggunaan tenaga.
Namun, impian untuk menurunkan berat badan akan lebih lancar dan berkesan jika anda mengamalkan minuman menyihatkan ini dengan cara yang betul.
Ketahui dahulu jenis-jenis teh hijau yang terbaik untuk anda amalkan.
Jenis-jenis teh hijau yang terbaik
Selain memilih teh hijau yang tidak mempunyai rasa sebagai pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan, The Beauty Gyspy pula menyarankan anda menggunakan dua jenis teh hijau daripada jenis matcha dan hojicha.
a. Matcha mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia merupakan daun teh hijau yang telah digiling halus menjadi serbuk.
b. Hojicha pula diperbuat daripada daun teh hijau yang dipanggang sehingga berwarna coklat gelap. Kandungan kafein pada hojicha cukup rendah kerana daunnya dipetik pada akhir musim menuai dan dipanggang pada suhu yang jauh lebih tinggi daripada daun teh yang lain.
Jika anda ingin mendapatkan manfaat teh hijau untuk tubuh badan, pastikan anda menikmatinya pada waktu yang sesuai agar badan anda dapat menyerap setiap kebaikan yang dibekalkan oleh teh ini.
1. Elak minum di awal pagi ketika perut kosong
Jangan minum teh hijau di awal pagi ketika perut anda kosong kerana kandungan kafein yang ada di dalamnya boleh menyebabkan dehidrasi dan perut berangin akibat rembesan asid gastrik.
2. Selepas sarapan
Waktu terbaik untuk mengamalkannya adalah 30 minit selepas sarapan. Minum pada waktu ini dapat menyegarkan tubuh dan fikiran untuk anda memulakan aktiviti sepanjang hari. Seelok-eloknya ambillah minuman ini antara jam 10 hingga 11 pagi.
3. Sebelum bersenam
Minum teh hijau 30 minit sebelum bersenam dapat meningkatkan tenaga supaya anda dapat bersenam dengan lebih lama, sekali gus membakar lemak. Ini kerana kandungan kafein yang ada di dalam teh ini dapat membantu meningkatkan stamina.
4. Selepas makan
Teh hijau juga boleh memberikan manfaat terbaik jika anda mengamalkannya selepas makan. Cara ini berguna untuk mereka yang mengalami perut sensitif. Ini kerana teh hijau bersifat alkali dan merangsang rembesan zat asid gastrik lebih banyak. Elak mengambil teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (vitamin B1).
5. Elak minum dua jam sebelum tidur
Jangan ambil teh hijau kurang dua jam sebelum tidur kerana kandungan kafein yang ada di dalamnya akan membuatkan anda sukar tidur. Apabila anda kurang tidur, ia akan mengganggu proses metabolisme tubuh sehingga pembakaran lemak di dalam tubuh tidak optimal. Sebaiknya, minumlah teh hijau setelah makan malam iaitu empat jam sebelum anda masuk tidur.
Satu perkara yang perlu kita ingat ialah berpuasa menuntut kita untuk menahan lapar dan dahaga. Serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara tidak baik dan perlu banyak bersabar.
Melakukan aktiviti fizikal seperti mana yang kita tahu adalah satu perkara yang mencabar. Disebabkan itulah jika ingin melakukan senaman, ia perlulah dilakukan dengan baik dan terancang. Bersenam pada bulan Ramadan bukanlah semudah seperti kebiasaan hari-hari yang lain.
Juru latih dan pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahri berkongsi beberapa tip menarik untuk orang ramau (bukan atlet) melakukan senaman dengan baik pada bulan puasa. Berikut merupakan beberapa perkongsian menarik daripada beliau.
Senaman berintensiti rendah seperti brisk walk atau slow jog boleh dilakukan kira-kira 45 minit sebelum waktu berbuka. Kedua-dua aktiviti dinyatakan di atas merupakan antara bentuk senaman terbaik boleh dilakukan pada bulan puasa.
HIIT & TABATA
Bagi anda yang ingin melakukan senaman berintensiti tinggi seperti HITT atau tabata, ia lebih sesuai untuk dilakukan selepas waktu berbuka. Malahan senaman berimpak tinggi ini lebih selamat dilakukan pada waktu selepas berbuka.
Melakukan latihan atau perlawanan sukan yang agak kompetitif dan bukanlah santai seperti badminton, tenis atau squash boleh dilakukan selepas waktu berbuka. Elakkan lakukan pada waktu berpuasa kerana ia memerlukan tenaga yang banyak.
SUKAN SANTAI
Bermain badminton di hadapan rumah secara santai boleh dilakukan bersama ahli keluarga sambil menunggu waktu berbuka. Asalkan ia tidak dilakukan dengan intensiti yang tinggi. Boleh dilakukan kira-kira 45 minit atau 1 jam sebelum waktu berbuka.
Ini persoalan yang biasa ditanya di kalangan penggemar senaman di gimnasium. Senaman anaerobik seperti angkat betrat ini lebih sesuai dilakukan selepas waktu berbuka puasa.
SUKAN TARUNG
Sukan tarung seperti Muay Thai seeloknya dilakukan selepas waktu berbuka. Melainkan jika ia hanyalah latihan shadow bxong yang tidaklah terlalu tinggi tahap intensitinya.
YOGA
Aktiviti senaman yoga boleh dilakukan sebelum atau selepas waktu berbuka puasa.
ZUMBA
Kebanyakan rutin senaman zumba memerlukan intensitiyang agak tinggi. Melainkan ia dilakukan dalam tempoh yang singkaty dengan rutin yang santai, maka boleh dilakukan sebelum waktu berbuka puasa.
Semoga perkongsian daripada Kevin Zahri ini dapat membantu anda mendapatkan kecergasan badan dan terus sihat sepanjang bulan Ramadan. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video work out menarik seperti di bawah!
Memandu kereta di negara kita tanpa menggunakan sistem penghawa dingin atau aircond adalah satu perkara yang bukan mustahil tapi sangat sukar dilakukan. Dengan kondisi cuaca panas ekstrem yang sering melanda negara penggunaan aircond dalam kereta merupakan perkara sangat penting.
Disebabkan itulah melakukan servis aircond dengan sebaiknya secara berkala sangat penting. Selepas melakukan servis atau baiki sistem aircond kereta salah satu perkara penting untuk anda lakukan ialah proses vacuum.
Bagi memastikan aircond sentiasa berfungsi baik dan sejuk, sistem aircond harus mengandungi 100% gas aircond (refrigerant) mengikut model kereta. Dan kebiasannya jenis gas yang digunakan ialah R134a.
VACUUM PUMP
Proses Vacuum menggunakan vacuum pump adalah untuk kita menyedut dan mengeluarkan udara, kelembapan dan juga kotoran halus serta benda asing dalam sistem aircond. Dan satu lagi untuk kita nak pastikan keadaan dalaman sistem di bawah paras tekanan udara normal (vacuum state) sebelum kita masuk gas.
Antara kelebihan lain, kita juga dapat kesan jika ada kebocoran dalam sistem aircond sebelum masukkan gas. Proses vacuum juga sangat penting untuk sistem aircond terutamanya selepas kereta anda melalui kerja servis atau baik pulih.
MENGAPA SANGAT PENTING
Mengapa ia sangat penting? Seperti MASKULIN nyatakan di atas, proses ini menyaksikan proses menyedut atau menarik segala udara dan kotoran halus di dalam sistem aircond kereta menggunakan sebuah mesin khas iaitu vacuum pump machine.
Mesin tersebut mampu membantu mengeluarkan udara basah dan segala kotoran halus dari dalam sistem aircond.
Satu perkara penting perlu anda tahu juga ialah sebelum mengisi gas R134a harus dipastikan tiada udara atau lembapan di dalamnya.
Selain itu, kondisi dalaman sistem aircond juga perlu berada di bawah paras tekanan udara normal atau dalam bahasa mudahnya, vacuum state. Ini agar hanya gas R134a tulen sahaja yang akan dimasukkan.
Andai kata berlakunya sebarang kebocoran, gas tersebut akan keluar dan udara luar boleh masuk ke dalam sistem aircond. Apabila ini berlaku gas dan minyak kompresor boleh bercampur dan menyebabkan minyak jadi bersiat asidik menghakis.
Jadi sentiasa pantau kerja-kerja servis yang dilakukan di bengekl. Jika timbul masalah lain selepas anda hantar servis, rujuklah semula dengan bengkel dan cuba ajukan soalan tentang sebarang kemungkinan berlakunya kebocoran lain.
Semoga perkongsian ini mampu membantu dan memberikan manfaat kepada anda.
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN!
Kredit: ascarservice
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Darah tinggi boleh ganggu tenaga kelakian, jangan ambil ringan. Darah tinggi atau hipertensi bukanlah satu isu kesihatan yang boleh dipandang ringan, terutamanya bagi lelaki.