Boleh Keluar Tetapi Tidak Bermakna Berbuat Sesuka Hati Macam Jogging Di Taman

Share

Perintah Kawalan Pergerakan sudah mula diaktifkan sejak pukul 12 tengah malam semalam. Berdepan dengan ancaman penularan wabak Covid-19, kerajaan memutuskan melaksanaKan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kawalan ini tidaklah bermakna kita semua tidak boleh keluar langsung dan bergerak. Akan tetapi menurut tinjauan MASKULIN di laman media sosial terdapat beberapa individu seakan tidak faham akan perintah kawalan pergerakan ini.

Dengan sewenangnya keluar untuk jogging di kawasan terbuka seolah tiada apa-apa yang berlaku.

Jelas di sini ramai yang masih tidak faham bilakah keperluan pergerakan yang dibenarkan.

MASKULIN merujuk Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Menurut akta ini tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan KECUALI bagi maksud atau tujuan berikut:

1. Untuk melaksanakan tugas-tugas rasmi

2. Untuk bergerak ke atau dari mana-amana premis yang disebut dalam peraturan 5

3. Untuk membeli, membekalkan atau menghantar makanan dan keperluan harian

4. Untuk mendapatkan khidmat jagaan kesihatan atau perubatan

5. Atau apa-apa maksud khas lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah

Jadi jika anda terasa ingin bersenam, melakukan aktiviti riadah atau saja-saja nak ambil angin di kawasan luar rumah ketahuilah ia adalah tidak boleh. Sama-samalah kita mengikut peraturan yang tekah ditetapkan pihak berkuasa.

Dengan kerjasama inilah kita mampu membendung wabak ini untuk lebih berkurangan dan menurun.

Stay safe everyone!

Published by
Farizul Izwany