Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri. Ada kalanya sakit belakang seolah-olah menangkap pada bahagian pinggang secara tiba-tiba, sehingga kita rasa terkedu dan tidak boleh bergerak.
Apa yang boleh kita lakukan ialah berbaring dulu, dan meminta pertolongan dari pasangan kita, sama ada suami atau isteri, atau minta pertolongan dari rakan-rakan jika berlaku di padang atau di tempat kerja.
Ads
Pertama sekali dapatkan ais. Letakkan dalam tuala bersih. Tuam ais pada bahagian yang sakit selama 20 min. Ini akan mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Lakukan beberapa kali sehingga rasa sakit hilang.
Selepas kira-kira 48 jam, bertukar menggunakan tuam yang hangat untuk merangsang aliran darah dan mengurangkan kekejangan otot. Celup tuala dalam air yang panas, perah keluar, kemudian lipat dan tuamkan ke bahagian pinggang yang sakit. Pastikan tuala itu tidak terlalu panas sebelum diletakkan pada kulit belakang. Biarkan selama sehingga 20 minit. Boleh mengulangi tuaman ini tiga atau empat kali sehari selama beberapa hari.
Selain itu bolehlah buat senaman regangan dengan cara duduk apabila sakit mula berkurangan. Apabila boleh berdiri, cuba luruskan belakang dengan menolak perut atau pinggang ke hadapan, tahan untuk 10-15 saat kemudian boleh rehat kembali.
Apabila bangun dari tidur, haruslah bangkit secara perlahan-lahan. Saya mencadangkan agar buat senaman regangan dulu. Caranya ialah dengan mengangkat tangan ke atas kepala ketika sedang berbaring. Cuba luruskan secara perlahan-lahan. Kemudian cuba tolakkan pinggang ke atas menjauhi tilam. Tahan 10-15 saat. Kemudian rapatkan lutut ke dada dan peluk sekuat yang mungkin.
Bangun perlahan-lahan dari katil dengan gerakkan badan menghampiri tepi katil. Unjurkan kaki ke luar katil dan bangun secara perlahan-lahan dengan menggunakan tangan menolak tilam untuk duduk.
Cara-cara ini mungkin membantu bagi mereka yang mengalami masalah sakit belakang. Jika sakit belakang tidak kurang dengan mengambil ubat penahan sakit atau bertambah kuat atau menyebabkan rasa kebas dan sakit pada kaki, eloklah dapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kadang-kala, berat badan akan buatkan diri kita hilang keyakinan diri. Namun kita haruslah berani untuk mengubah penampilannya daripada seorang yang memiliki berat badan berlebihan kepada seorang jejaka yang sangat segak. Hal ini berlaku kepada Gwilym Pugh, yang berasal dari London ini berjaya membuatkan ramai orang kagum dengan perubahan imejnya yang kini bergelar seorang model terkenal.
Punca Berat Badan Naik
Berat badan Gwilym mula bertambah apabila dia memulakan perniagaan insurans nyawa dan hanya bekerja daripada rumah pada usianya 21 tahun. Perniagaan yang dijalankannya tidak memerlukan dia untuk melakukan pergerakan yang banyak, dan akhirnya menyebabkan berat badannya bertambah tanpa disedari. Bekerja hampir 12 jam sehari menyebabkan Gwilym tidak mempunyai masa untuk bersukan atau bersenam. Walaupun perniagaannya berjalan dengan lancar namun masalah berat badan yang melanda membuatkan dia hilang keyakinan diri.
Menyedari hakikat tersebut, dia tekad untuk berubah dan melakukan sesuatu untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
“Perniagaan saya berjalan lancar tapi saya juga mempunyai berat badan yang berlebihan. Bekerja 12 jam sehari membuatkan saya tidak sempat untuk bersenam. Saya juga tekad untuk mulai menjaga kesihatan diri,” ujar Gwilym seperti yang dipetik dari The Mirror.
Mula Jaga Pemakanan & Bersenam
Gwilym mula dengan pengambilan makanan yang rendah kalori. Malah dia juga tekad untuk berhenti dari meneruskan perniagaan dari rumah yang dilakukannya.
“Itu adalah perkara terbaik untuk kesihatan saya kerana saya berhenti duduk selama 9 hingga 10 jam sehari. Selepas itu, saya banyakkkan berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 ribu langkah setiap hari,” terang Gwilym.
Hasilnya, dia berjaya mengurangkan sehingga 127 kilogram dari berat asalnya. Wow!
Gwilym juga kini bergelar seorang model popular. Wajahnya juga menghiasi halaman majalan GQ dan Hunger. Lebih membanggakan lagi apabila dia terpilih menjadi ikon di samping David Beckham.
Seiring dengan penurunan berat badannya, dia juga turut terpilih menjadi wajah untuk koleksi Nathan Palmer pada tahun 2015 dan diundang menjadi model bagi ACMK, London. Dia juga sudah menjayakan banyak iklan-iklan besar seperti Vans, Bud Light dan Diesel.
Dia juga telah dipilih menjadi duta produk kecantikan untuk lelaki milik Becham iaitu House 99.
Wah, menarik bukan? Malah rahsia Gwilym berjaya menurunkan berat badannya hanyalah banyakkan berjalan kaki serta mengambil makanan rendah kalori.
Jadi dah tahu rahsia ni cepat la berubah kepada kehidupan yang lebih sihat dan cergas.
Yoga antara latihan terbaik untuk memperbaiki postur badan dan fleksibiliti. Dan yang utama ia menguatkan sendi-sendi utama pada badan. Yoga tidak terlalu efektif untuk mengurangi lemak. Ini kerana ia terfokus lebih kepada fleksibiliti badan dan baiki postur tubuh kalian.
2. Kebaikan Kardio
Kardio antara senaman yang popular di kalangan mereka yang nak kurus. Contohnya berjoging, berbasikal, berenang dan seumpamanya. Fungsi latihan ini adalah membakar lemak ketika bersenam. Namun ia belum tentu akan masih bakar lemak, selepas habis bersenam.
Jika mahu dibanding dengan weight training, kardio jatuh pada no.2 dari sudut pembakaran lemak yang banyak. Selain ia tidak ada fokus yang banyak dalam pembinaan otot.
Namun fokus latihan cardio ni seperti namanya sendiri. Memberi keutamaan kepada sistem kardiovaskular kalian. Jantunglah terutamanya. Nak stamina padu, buatlah kardio.
3. Kebaikan Weight Training
Untuk meningkatkan otot di dalam badan weight training adalah solusi utama. Weight training boleh jadi kalian main angkat berat guna tubuh badan sendiri, atau pun alatan di gym. Guna badan sendiri boleh jadi seperti pergerakan Squat, Push Up, Pull Up dan lainnya. Kalau guna alat boleh buat Deadlift, Row, Barbell Squar dan banyak lagi alat di gym.
Fungsi latihan ini ia membentuk tubuh badan kalian (shaping) selain meningkatkan metabolisme badan.
Weight training harus jadi pilihan yang utama jika kalian nak bakar lemak kaw-kaw punya berbanding kardio. Di samping nak badan cantik dan tak nak kurus tapi gelebeh sana sini.
Namun nasihat saya belajarlah teknik yang betul sebelum lakukan. Jangan mulakan weight training dengan buat semborono sahaja. Kelak cedera boleh berlaku.
Jika anda terfikir untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal tetapi tidak mahu mengeluarkan bajet yang tinggi, joging adalah pilihan yang terbaik. Anda hanya memerlukan kasut dan kawasan lapang sahaja. Paling mudah, jadikan sahaja kawasan perumahan di taman atau kampung anda sebagai tempat anda berjoging.
Jika masih belum memiliki kasut yang sesuai, anda boleh gunakan kod promo ini untuk dapatkan harga yang menarik
Manfaat kesihatan daripada joging
1. Baik untuk tulang
Tulang akan menjadi semakin kuat apabila selalu menerima rintangan. Tulang kaki khususnya mendapat manfaat yang paling besar bagi senaman ini.
2. Menguatkan otot
Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit tetapi lama-kelamaan, badan akan akan menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
3. Sihat untuk jantung
Joging akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen lebih tinggi semasa bersenam. Ini akan menjadikan jantung lebih sihat.
4. Membakar kalori
Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah sia-sia. Ia membakar kalori di dalam badan anda dan membantu menurunkan berat badan.
Joging untuk tujuan berbeza
Anda boleh melakukan sebarang aktiviti fizikal atas tujuan berbeza. Setiap tujuan itu juga mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza.
Contoh teknik joging berbeza mengikut tujuan adalah:
1. Meningkatkan stamina – jika anda baru ingin bermula, mulakan dengan berjalan laju. Kemudian, beralih kepada berlari anak sebelum menambah tempo larian anda.
2. Menurunkan berat badan – kalori lebih banyak dibakar apabila kelajuan bertambah kerana simpanan tenaga dalam bentuk lemak akan digunakan. Jika anda inginkan hasil yang efektif, kawal juga jumlah kalori daripada pemakanan anda.
3. Menambah kenalan dan teman sosial – sukan sememangnya medan yang baik dalam menambah kenalan kerana ia adalah sesuatu yang universal dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Tiada teknik khusus untuk tujuan ini. Anda boleh menyertai mana-mana kelab joging atau larian amal yang dianjurkan secara umum.
4. Menyertai pertandingan – ini sudah tentu memerlukan latihan sesuai mengikut jenis pertandingan. Jika anda menyertai mana-mana kelab, ia kebiasaannya menyediakan panduan dan latihan. Bagi pertandingan terbuka, anda boleh jalani latihan sendiri.