Boleh Ke Hidup Sampai Hampir 100 Tahun? Jawapannya ‘Boleh’ Tetapi Dengan Cara Ini!

Share

Teringin nak hidup lama-lama sampai usia mencecah 100 tahun? Jawapannya mestilah boleh asalkan anda pandai dan peka dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Misalnya, Jabatan Epidemiologi, Pusat Perubatan Universiti Maastricht di Belanda telah membuktikan mereka yang melakukan aktiviti tubuh selama 60 minit mampu hidup lama.

Berbanding mereka yang cuma beriadah dalam tempoh 30 minit sehari, usia mereka kebanyakannya adalah di bawah 90 tahun.

Nisbah lelaki 39 peratus & wanita pula 21 peratus

Keputusan kajian juga mendapati, 39 peratus lelaki yang melakukan aktiviti fizikal selama 90 minit sehari pula mampu mencapai usia 90 tahun berbanding mereka yang melakukan senaman kurang daripada setengah jam.

Manakala sebanyak 21 peratus wanita yang melakukan aktiviti fizikal antara 30 hingga 60 minit sehari berupaya mencapai usia 90 tahun berbanding mereka yang melakukan dalam tempoh 30 minit atau kurang.

Apa aktiviti yang boleh dibuat?

Banyak aktiviti fizikal yang boleh anda lakukan dan antaranya adalah seperti berikut :

  1. Mulakan berjalan 10 minit, kemudian berjogging
  2. Selepas 30 minit, lakukan aktiviti sederhana cukup seminggu sekali
  3. Amalkan tiga atau empat aktiviti aerobik setiap minggu
  4. Pastikan ada peningkatan 50 hingga 85 peratus kadar maksima jantung (kadar sasaran jantung) untuk sesi 30 hingga 40 minit
  5. Berbasikal ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja
  6. Angkat berat mengikut kemampuan tubuh anda
  7. Senaman erobik berintensiti tinggi
  8. Membawa haiwan peliharaan berjalan-jalan
  9. Berkebun di halaman rumah atau di ladang milik sendiri
  10. Bertukang dengan membina peralatan seperti kerusi, meja atau rumah

Kesan yang diterima individu?

Setelah melakukan aktiviti fizikal, tubuh anda akan menerima banyak manfaat antaranya :

  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, kanser dan obesiti
  2. Menjaga sendi, tendon dan ligamen anjal
  3. Menguatkan tulang dan otot
  4. Mengurangkan beberapa kesan penuaan
  5. Membantu mengurangkan ketegangan dan kegelisahan.
  6. Menambah baik kesihatan mental dan mood
  7. Meningkatkan tenaga dan ketahanan
  8. Membantu tidur nyenyak
  9. Mencegah obesiti

Semoga bermanfaat!

Published by
Akyem Samad