Ramai orang tidak berapa gemar memakan sayuran hijau seperti lobak merah, mungkin rasanya yang kurang sedap. Namun terdapat alternatif sayuran lain yang boleh dimakan untuk kita sama-sama dapatkan kebaikan terutamanya kesihatan seperti contoh sayur bayam, kobis dan lain-lain lagi.
Antara sayuran yang popular adalah lobak merah. Ia mempunyai pelbagai kebaikan yang kadangkala ramai orang tidak berapa tahu. Dalam entri ini MASKULIN
bagi anda pencerahan lanjut tentang kebaikannya.BACA: Ini Rahsia Lelaki Sihat Turunkan Berat Badan, Mereka Selalu Minum 6 Jenis Teh!
Memakan 6 biji lobak merah dapat mengurangkan risiko koleterol tidak baik dalam tubuh serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Zat antioksidan dalamnya juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi yang dapat menggalakkan penyakit jantung.
Jika memakan 6 lobak merah dalam seminggu mengurangkan risiko anda untuk diserang strok lebih baik daripada hanya memakan satu biji sebulan.
Ia mempunyai sifat penyembuhan yang membantu pembersihan buah pinggang. Ia bagus untuk menjaga kesihatan buah pinggang.
Orang tua terutamanya boleh menjaga mata daripada diserang katarak kerana lobak merah mempunyai kandungan beta-kerotin yang banyak untuk mencegah penularannya.
BACA: Ini Kebaikan Sayur Brokoli Untuk Kesihatan Lelaki, Kekal Awet Muda Salah Satu Daripadanya
Sayuran ini mempunyai zat falcarinol dan falcarindiol yang banyak, malahan ia merupakan zat anti-barah yang melindungi manusia daripada terkena penyakit barah seperti barah paru-paru, barah usus besar dan barah payu dara.