Bila menyebut tentang BMW mungkin ramai di antara anda terbayangkan akan kehebatan kereta yang dihasilkan oleh jenama mewah ini. Namun dalam masa yang sama ia turut mempunyai segmen motosikal yang tidak kurang hebatnya. Terbaru, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW R 18 First Edition.
Ia merupakan motosikal dalam segmen kruiser yang menawarkan pengalaman tunggangan luar biasa. Kruiser boxer berkapasiti besar ini menggabungkan ciri-ciri ikonik dalam sejarah BMW Motorrad dan memodenkan tunggangannya dengan karakter unik.
“Kami mengotakan janji ‘Menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan’. Kami sekali melangkah masuk ke segmen kruiser dengan BMW R 18 First Edition. Ia diperkenalkan buat pertama kali sebagai Concept R 18 di acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este.
“Kruiser konsep yang tulen ini telah memberi bayangan kepada dunia apa yang bakal hadir dalam segmen tersebut. Dan kami ingin membekalkan kepuasan tunggangan yang sebenar dengan kruiser ini,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
Ads
PENGARUH ELEMEN
Kruiser memaparkan beberapa elemen daripada model-model terkenal seperti BMW R 5 dari segi teknologi dan visual. Varian edisi pertama yang eksklusif ini menggandingkan iras BMW R 18 yang klasik dengan ciri-ciri kelengkapan eksklusif dalam warna cat serta krom.
Boxer klasik berkapasiti besar ini menampilkan logo edisi pertama dengan gubahan jalur halus berlatarkan warna glos hitam sekali gus menyerlahkan gaya sensasi.
Pesona kruiser baharu ini turut disumbang oleh bar hendal, tuil penukar gear, pelitup hendal, pelitup kepala silinder, pelitup engkol, serta komponen salur masuk udara dalam material Krom. Hanya 18 unit sahaja yang bakal disediakan di Malaysia.
Ads
Jentera hebat ini juga membawa interpretasi kruiser moden yang berpegang kepada tradisi BMW Motorrad. Ia dilengkapi tangki bahan api 16 liter dengan bentuk titis air yang berasal daripada BMW R 5. Ini termasuklah dapra hadapan dan belakang, panel sisi di bawah tempat duduk, selongsong serampang serta perumah lampu hadapan dan panel instrumen bulat yang kesemuanya diperbuat daripada bahan logam.
SPESIFIKASI HEBAT
Kruiser mewah ini membekalkan elemen pencahayaan yang jelas dengan lampu hadapan LED penuh, serta lampu belakang LED dan lampu brek yang dirangkumkan dalam indikator belakang. BMW R 18 terbaharu juga membawakan elemen gubahan berjalur kembar dan berkrom.
Enjin boxer sesaran yang terbesar dibangunkan oleh jenama ini merupakan nadi utama motosikal ini. Ia hadir dengan enjin boxer empat lejang, dua silinder yang diperbaharui tersebut hadir dengan aci sesondol berasaskan rantai.
Ads
Kesemuanya terletak di atas komponen aci pacuan yang menggalas kapasiti bernilai 1,802 cc, ia mampu mencatat tork maksimum berjumlah 158 Nm pada paras 3000 rpm, dan kelajuan tertinggi mencecah 180 km/j. Juga dikenali sebagai “Big Boxer”, enjin boxer ini disejukkan melalui udara atau minyak.
Kruiser ini turut hadir dengan gear mengundur dan pelitup pengisi bahan api yang boleh dikunci sebagai standard. Untuk memperibadikan lagi BMW R 18 ini, para pemilik juga mempunyai pilihan untuk menambah aksesori dengan aneka Original BMW Motorrad Accessories, sama ada untuk memperkayakan aspek muatan, reka bentuk, penampilan, serta ergonomik dan keselesaan jentera ini.
Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update paling gempak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki kabinet TV yang biasa daripada bahan-bahan kayu atau kaca adalah sesuatu yang normal dan sekadar menjadi perhiasan yang menarik.
Namun pernahkah anda terfikir bagaimana rupanya jika anda menggunakan kepala kereta Proton Wira sebagai kabinet TV menjadikannya lebih unik tetapi sangat ‘rare’?
Bermodalkan RM1,500
Seorang pengusaha bengkel baik pulih kenderaan di Pulau Pinang, Mohamad Fitri ketika ditemui pihak media memberitahu dia mengambil masa selama seminggu dengan kos sekitar RM1,500.
Menariknya, kabinet TV tersebut juga dilengkapi dengan sistem lampu seperti kereta biasa selain dilengkapi kelengkapan hiburan rumah seperti dekoder dan permainan konsol untuk mengisi masa lapangnya.
Potong suku bahagian hadapan
Katanya lagi, dia memotong suku daripada bahagian hadapan kereta Proton Wira yang terbiar di bengkelnya lalu digilap agar ia kelihatan menarik semula.
Kemudian, Mohamad Fitri melekatkan bahagian tersebut pada dinding sekali gus menjadikannya sebagai ‘eye-catching’ kepada tetamu yang hadir.
Pernah ditawarkan harga yang tinggi
Oleh kerana hasil kerja uniknya tular dalam media sosial, Mohamad Fitri mengakui terdapat ramai pihak yang menghubunginya untuk mendapatkan dekorasi yang serupa bermula harga RM2,500 dan ke atas.
Selain memfokuskan model kereta jenis Proton Wira, Mohamad Fitri turut memotong kepala kenderaan jenis lain mengikut kehendak pelanggannya.
Apa komen anda tentang idea kreatif anak tempatan ini? Menggunakan bahan kitar semula dengan menjadikannya sebagai bahan yang lebih baik dan menarik.
Lagi pun dah tak lama lagi bakal tiba musim perayaan Aidilfitri pula. Macam nice jer kalau kita pun bikin konsep yang sama. Betul tak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Komponen motosikal yang paling adalah Absorber atau dikenali sebagai Penyerap Hentak. Ia menyumbang kepada kestabilan terutama ketika melalui permukaan jalan beralaun atau tidak rata serta ketika mahu memotong.
Kebiasaannya usia absorber mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun segalanya bergantung kepada cara anda menggunakan motorsikal serta kekerapan penyelenggaraan dijalankan.
Selain itu, jika menggunakan absorber yang masih elok, ia menjamin perjalanan anda dalam keadaan selamat. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan kemalangan terjadi disebabkan kesilapan sendiri yang lupa untuk lakukan pemeriksaan ke atas motor.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh buat sendiri di rumah untuk check keadaan absorber sama masih elok atau lebih baik tukar baru.
4. Cuba tunggang motorsikal melalui jalan berlubang atau tidak rata
Jika anda rasa lantunan yang melampau, disarankan untuk menukar absorber. Semakin banyak lantunan, semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Harus diingat, jika menunggang dengan absorber yang sudah rosak, ia boleh bagi kesan dekat jentera motor serta menyakitkan badan terutama bahagian belakang badan serta pinggang.
Ingat, badan nak pakai lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun menggunakan kereta dengan gear automatik kini lebih popular namun penggunaan kereta dengan klac manual masih lagi popular terutamanya di kalangan lelaki.
Buat peminat modifikasi kereta terutamanya mereka lebih cenderung memilih kereta menggunakan gear dengan klac. Mungkin untuk ‘feel’ yang lebih hebat ketika memandu serta keupayaan mengawal sendiri pertukaran gear.
Bak kata peminatnya, memandu kereta manual ini lebih berseni dan menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan. Malah jika pandai memandu dan menggunakan gear manual dengan baik, penggunaan minyak juga lebih efisien.
Akan tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda elak jika memiliki dan memandu keretra manual. Apakah tabiat itu? Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
LETAK KAKI PADA PEDAL KLAC
Elakkan melakukan tabiat sentiasa meletakkan kaki di pedal klac. Tabiat ini boleh mengakibatkan kaki anda tekan klac pada sebahagiannya. Lalu boleh menyebabkan gelinciran yang mana boleh menjejaskan tahap efisien penggunaan bahan api.
Sebaliknya letakkanlah kaki anda pada foot rest yang biasanya ada terletak di kiri lantai kokpit pemandu kereta.
TEKAN MINYAK DENGAN KUAT KETIKA RPM RENDAH
Kita akan menekan minyak dengan kuat apabila ingin memecut atau bergerak laju. Jadi apabila ia berlaku enjin akan memerlukan lebih petrol dan turutan gear yang sempurna.
Tabiat menekan minyak seaktu putaran enjin rendah tidak membantu dan tidak elok untuk kereta. Jadi turunkanlah gear dan naikkannya dengan cara baik.
Walaupun dalam keadaan statik dan anda meluncur bergeral lancar, elakkan meletak tangan di tombol gear. Ia bagi mengelakkan rotating collar dan gear bersentuhan antara satu sama lain. Di mana jika diamalkan berterusan akan menyebabkan selector fork menjadi haus.
GUNA GEAR YANG BETUL
Memanu kereta manual, kita perlu bijak menggunakan gear sesuai dalam pelbagai kondisi jalan raya atau permukaan. Sebagai contoh, jangan turunkan gear ketika anda sedang bergerak laju hinhgakan putaran enjin mencecah garisan merah.
Bila berhenti di lampu isyarat merah, amalkan untuk meletakkan gear dalam kondisi neutral atau ‘N’. Tukar gear apabila lampu bertukar hijau dan pandulah seperti biasa. Amalan ini akan kurangkan tekanan pada enjin kereta.
Anda mungkin sudah tahu bahawa klac berfungsi memutuskan enjin daripada kotak gear setiap kali pedal ditekan. Cakera klac berfungsi menyalurkan kuasa daripada enjin ke bahagian kotak gear. Jadi setiap kali anda ingin menukar gear, anda mesti memutuskan hubungan antara enjin dan kotak gear supaya tukaran boleh dilakukan.
Andai kata anda cuba tukar gear tanpa klac, ia bukan akan merosakkan sistem transmisi saja malah enjin kereta anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.