BMW Malaysia Perkenal Model BMW X7 Pertama Di Malaysia, Kenderaan Simbol Eksklusif!

Share

Sebut sahaja tentang BMW pasti anda akan terbayang akan simbolik elegan, maskulin, gagah serta eksklusif yang dibawa olej jenama kenderaan berprestij ini.

Sebagai sebuah jenama kenderaan yang sinonim dengan kejuruteraan terbilang dan premium, penggemar dan pemerhati teknologi automotif sentiasa ternanti-nanti pembaharuan serta model terbaru yang diperkenalkan jenama asal Jerman ini.

Terbaru BMW Malaysia sekali lagi bakal membuat pengguna jalan raya terpegun dengan model terbaru yang diperkenalkan buat pertama kali terutamanya di Malaysia. Inilah rungkaian dimensi kemewahan yang terbawa dalam nuansa pesona memukau dan premium dibawa model terbaru BMW X7.

BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW X7 yang dianggap sebagai ikon terkini melambangkan kemewahan dan eksklusiviti. Dalam kategori Sports Activity Vehicle (SAV), BMW X7 mencerminkan kualiti bertaraf paling tinggi dalam pelbagai aspek kemodenan, kemewahan dan pesona. Malah tak salah MASKULIN katakan ia menjadi penanda aras bagi kenderann ketegori ini.

SPESIFIKASI TERHEBAT

Kenderaan SAV mewah ini juga memperlihatkan aura ambien eksklusif model BMW X dibawa ke sedan BMW 7 Series buat julung kali. Ini sekali gua mendemonstrasikan strategi pengeluar kenderaan premium ini yang seterusnya dalam segmen kenderaan mewah.

Kehadiran BMW X7 yang pertama ini dipercayai mampu menyerlahkan portfolio model BMW X merupakan antara faktor utama yang dikenal pasti oleh BMW Group untuk menjamin pertumbuhan yang sihat dalam pasaran kereta dunia pada masa akan datang.

BACA: Proton X50 Dilancarkan Pada Tahun 2020? Penampilan Cukup Hebat!

SAV mewah ini hadir dalam varian BMW X7 xDrive40i Pure Excellence. Ia dikuasakan oleh enjin petrol cukup berkuasa dengan sebaris enam silinder memiliki kuasa maksimum berjumlah 250 kW/ 340 kk, dan puncak tork berjumlah 450 Nm. Justeru, jentera ini berupaya untuk membuat pecutan dari sifar ke seratus dalam masa 6.1 saat.

Kesemuanya dapat dikecapi dengan penggunaan bahan bakar gabungan yang berjumlah 9.5l/100 km dan emisi karbon gabungan berjumlah 217 g/km.Reka bentuk casis yang penuh sofistikasi pada BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ini merangkumi sebuah suspensi udara dwigandar.

SISTEM BANTUAN TERCANGGIH

Oleh itu, ia memastikan jentera tersebut dapat menawarkan tahap keselesaan pemanduan yang lebih baik.

BMW X7 yang pertama hadir dengan pelbagai sistem bantuan serta perkhidmatan keterhubungan untuk membawakan Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang dijanjikan oleh BMW tanpa mengkompromikan perwatakan lasaknya.

Teknologi BMW Personal CoPilot terdiri daripada Parking Assistant Plus yang menawarkan fungsi bantuan olahan automatik untuk membantu pemandu mengoperasikan kenderaan ini dalam ruang parkir selari, berserta dengan Bantuan Mengundur (Reversing Assistant) untuk membantu pemandu keluar dari ruang parkir yang sempit.

Pemilik BMW X7 yang pertama dapat menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia meliputi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian BMW
Published by
Farizul Izwany