BMW Malaysia memperkenalkan model terbarunya BMW X5 xDrive45e M Sport. Jentera hebat ini merupakan model elektrik terkini dipasang secara domestik. Ia juga merupakan model perintis dalam barisan kenderaan BMW X.
BMW X5 telah terbukti menjadi jentera Sports Activity Vehicle (SAV) premium yang paling efisien dan berkuasa tinggi pernah menyusuri jalan raya. Tahun lalu, BMW X5 telah menyumbang lebih daripada 25% serahan kenderaan BMW X yang diterjemahkan kepada 3,000 lebih unit.
BMW Malaysia menyatakan keyakinan mereka bahawa BMW X5 xDrive45e M Sport akan terus meneruskan legasi model-model ikonik yang terdahulu.
Model terbaru ini juga tampil dengan nuansa serba atletik berasal dari susur galur BMW X yang disinambungkan dengan bentuk yang lebih besar bagi menaik taraf aspek ruang dan keselesaan.
SAV baharu ini turut menampilkan pembaharuan dalam iras kelasakannya yang ikonik, termasuk lampu hadapan Adaptive LED yang langsing dengan BMW Selective Beam, serta lampu kabus LED di hadapan yang melengkapi komponen signatur gril ‘kidney’ yang megah.
Dengan pakej M Sport, BMW X5 xDrive45e terbaharu menampilkan set roda aloi ringan ‘M’ bersaiz 20 inci dalam penggayaan Star Spoke 740 M Dwiwarna, berserta dengan brek M Sport.
Ads
BMW X5 xDrive45e M Sport juga dikuasakan oleh enjin enam silinder berkapasiti tiga liter yang lengkap dengan teknologi BMW eDrive. Menerusi output maksimum gabungan berjumlah 290 kW/394 kk dan puncak tork gabungan berjumlah 600 Nm, SAV baharu ini menjana kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j.
Pecutan abad dapat dibuat oleh kenderaan ini dalam masa 5.6 saat sahaja. Menerusi mod elektrik tulen,
BMW X5 xDrive45e M Sport mempunyai capaian panduan elektrik berjarak 77 km setelah dicaj penuh, dan mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 135 km/j.
Ads
Di samping itu, SAV ini menggunakan paras bahan api yang rendah, iaitu 2.5 l/100 km serta emisi karbon bertahap rendah pada paras 56 g/km.
Enjin luar biasa jentera ini dilengkapkan oleh transmisi lapan kelajuan dengan dinamik penukaran gear yang dinaik taraf. Keempat-empat roda dibekalkan kuasa melalui sistem pacuan semua roda xDrive.
Ads
BMW X5 xDrive45e M Sport terbaharu juga kini menampilkan suspensi udara 2-gandar pada komponen gandar hadapan dan belakang, sekali gus memaksimumkan keupayaan dan keselesaan dinamiknya.
Bantuan pemanduan tahap baharu disediakan oleh BMW X5 xDrive45e M Sport melalui BMW Personal CoPilot, yang merangkumi Amaran Pengeluaran Laluan dan Amaran Penukaran Laluan.
Sistem tersebut juga menampilkan Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Amaran Perentasan Trafik di Belakang, Pencegahan Perlanggaran Belakang serta info had kelajuan.
Di samping itu, BMW X5 xDrive45e M Sport turut dilengkapi dengan Parking Assistant Plus dengan Kamera Pandangan Keliling, berserta dengan Bantuan Mengundur yang menawarkan fungsi bantuan yang mengagumkan ketika mengolah masuk dan keluar dari ruang parkir serta mengundur masuk ke ruang yang sempit.
Bantuan Mengundur berkenaan menyimpan rekod panduan 50 meter yang terakhir pada tahap kelajuan setinggi 35 km/j, dan ia juga menawarkan bantuan untuk mengundur keluar daripada ruang parkir atau ruang yang sempit dengan mengambil alih kawalan stering.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masih tidak terlambat rasanya untuk kami di MASKULIN mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Tahun ini walaupun kita berhari Raya dalam ‘suasana’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun tidak bermakna ia tidak perlu diraikan dengan meriah.
Sejujurnya meraikan Hari Raya di dalam rumah sendiri bukanlah satu perkara yang kita semua boleh nikmati. Namun kita bertuah hidup dalam era dunia digital yang memungkinkan hubungan komunikasi dilakukan dengan mudah. Alhamdulilah, MASKULIN perhatikan rakyat Malaysia majoritinya amat patuh dengan PKP dan sanggup berkorban demi menyahut seruan membendung penularan COVID-19.
Selain itu hiburkanlah hari anda dengan menonton program televisyen yang bukan sahaja penuh informasi tetapi menghiburkan seperti ‘RODA PANAS’!
Episod sempena Hari Raya yang juga merupakan episod keenam menampilkan Black Hanifah sebagai tetamu jemputan. Bersama-sama hos, Remy Ishak, anda semua akan dibawa untuk mendekati kenderaan yang digelar Black sebagai ‘rumah bergerak. Plutus Caravan.
Ya, ia sememangnya berbeza berbanding apa yang diketengahkan oleh ‘RODA PANAS’ sebelum ini. Menerusi episod terdahulu kita dihidangkan dengan jentera yang berkuasa tinggi, sporty dan juga mewah. Namun kali ini cukup berbeza dengan apa yang dikongsi oleh Black menerusi kenderaan karavan istimewanya.
“Saya mula minat ketika aktif main motosikal. Bila nak main moto, anak dan isteri tiada tempat selesa untuk duduk. Jadi timbul idea untuk saya sediakan kenderaan selesa untuk mereka. Pada mulanya saya beli van Inokom.
“Kemudian dari situ saya banyak baca dan tonton YouTube tentang karavan. Sampailah saya jatuh cinta dan beli Plutus Caravan,” jelas Black lagi.
Plutus Caravan merupakan kenderaan berkaravan yang dihasilkan oleh syarikat automotif berasal dari China dan dipasarkan di Malaysia oleh China Auito Manufacteroers (CAM) yang berpangkalan di Klang.
Model standard kenderaan ini menyaksikan ia tampul dengan enjin 2.8 liter TDi dengan transmisi manual. Ia turut dilengkapi dengan ABS dan EBD, airbag, reverse sensor dan dihiasai rim aloi 15 inci.
Manakala Plutus Caravan milik Black pula telah ditransformasikan menjadi sebuah ‘rumah bergerak’ yang lebih gempak dengan penampilan luar berwarna hitam. Berbeza dengan model standard yang hadir dalam warna putih.
Selain warna, apakah agaknya ubah suai dan modifikasi yang dilakukan oleh Black terhadap Plutus Caravan miliknya. Dan apakah aksesori yang khabarnya ada yang dihasilkan secara kustom khusus demi memenuhi selera dan keperluannya.
Jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod 6 pada esok, 17 Mei 2021 jam 9:30 malam hanya di Astro Naura dan strim menerusi Astro Go.
Tun Mahathir Mohamad, seorang figura yang tidak asing lagi dalam arena politik Malaysia, telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini.
Masih aktif dan bertenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti orang lain, termasuklah memandu sendiri walaupun usia sudah meniti 99 tahun.
Tun Mahathir Masih ‘Steady’ Di Usia 99 Tahun, Pandu Uji Proton S70!
Keupayaan beliau itu dibuktikan menerusi satu satu video klip yang dikongsikan TikTok @amofficialmy menunjukkan Tun Mahathir memandu uji sebuah Proton S70.
Tun Mahathir Masih ‘Steady’ Di Usia 99 Tahun, Pandu Uji Proton S70!
Dalam satu video itu, jelas kelihatan beliau kelihatan masih mampu memandu dengan baik, malah Tun Mahathir juga berupaya mengendalikan kereta dengan hanya menggunakan satu tangan.
Orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ‘Bapa Proton’, individu yang memainkan peranan penting dalam menjadikan Proton sebuah jenama tempatan yang dihormati di dalam dan luar negara
Proton S70 Premium
Dalam masa sama, orang ramai juga perasan kereta yang dipandu Tun Mahathir berbeza daripada spec Premium yang biasa. Proton S70 Premium tidak mempunyai sunroof, bagaimanapun kereta itu dilengkapi sunroof.
Orang ramai berpendapat mungkin Proton membuat model S70 itu khas buat Tun Mahathir sahaja dan tidak boleh didapatkan di mana-mana.
Proton diasaskan oleh Tun Mahathir pada 7 Mei 1983 untuk membawa industri automotif tempatan bersaing ke arena antarabangsa.
Buat anda terutamanya yang baru sahaja memiliki kereta baru di antara modifikasi paling senang untuk dilakukan ialah menukar sport rim. Apatah lagi jika anda membeli kereta yang dibekalkan dengan rim standard dan kelihatan tidak mengancam di mata anda.
Namun dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen serta aksesori terdapat beberapa perkar perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu. Ingat ya, menggunakan sport rim sangat penting bukan sahaja untuk keselesaan pemanduan tetapi juga untuk keselamatan anda.
Jika tersilap pasang padah boleh datang mengundang. Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
SAIZ LUBANG RIM DAN PCD
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
KENAL PASTI ET ATAU OFF SET RIM
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
UKURAN LEBAR RIM
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentangukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah daam atau belakang rim.
SAIZ & WARNA SESUAI
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.