BMW Malaysia telah melakukan kerjasama bersama Shell Malaysia dengan memperkenalkan program servis minyak enjin dan alat penyenggaraan untuk kenderaannya. Apa yang istimewa ia menampilkan minyak enjin premium, Shell Helix Ultra Professional ABB SW-4 Engine Oil.
Usaha sama dua jenama ini diraikan sebagai rakan kongsi strategik bukan sahaja di peringkat nasional tetapi global. Jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl kerjasama ini membolehkan kedua-dua jenama membekalkan nilai dan servis terbaik untuk pelanggan.
Shell selaku pengeluar terbaik di dunia sepanjang 13 tahun yang lalu telah menjadi satu-satunya pembekal yang disyorkan bagi minyak enjin mereka. Ia juga menjadi pembekal bagi enjin pasaran sekunder bagi semua jenama dalam BMW Group di rantau ini sejak tahun 2015.
Menerusi program ini pemilik dapat menikmati dua pakej menarik iaitu Pakej Servis Minyak BMW dan Pakej Nilai Servis BMW. Pakej Servis Minyak BMW membawakan Shell Helix Ultra Professional ABB SW-40 Engine Oil –yang mampu melindungi dan melanjutkan jangka hayat enjin berprestasi tinggi.
Minyak enjin tersebut diformulasikan dengan PurePlus Technology yang unik, iaitu sebuah proses perintis yang membekalkan minyak yang jernih dengan tahap kebersihan yang hampir mutlak diperbuat daripada gas asli.
Produk tersebut juga menampilkan Teknologi Pembersihan Aktif Shell yang membantu melindungi kuasa dan prestasi enjin daripada mendapan.
Di samping itu, formulasi penyejatan Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 yang bertahap rendah turut mengurangkan keperluan untuk menambah minyak secara kerap. Ini tawaran selain kerintangan degradasi minyak yang lebih tinggi.
Dengan pembelian dua pakej Servis Minyak BMW, yang ditawarkan pada harga RM500 untuk setiap pakej, pelanggan dapat membawa pulang BMW M4 Motorsport Collectible Remote Car edisi terhad yangbernilai RM250 secara percuma sementara stok masih ada.
Pakej Nilai Servis BMW pula menawarkan pemilik kenderaan BMW jangka panjang sebuah program yang menarik dengan potongan harga sebanyak 30% bagi alat-alat penyenggaraan Original BMW seperti brek, bilah pengelap, palam pencucuh, serta penapis mikro dan penapis udara.
Pelanggan boleh membuat janji temu dengan mudah bagi Pakej Servis Minyak BMW atau Pakej Nilai Servis BMW di mana-mana Pusat Pengedaran BMW Bertauliah.Program ini ditawarkan mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi BMW di sini.
Jika anda ingin mencari aksesori kereta pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini!