Menuju berkahirnya tahun 2021, tahun yang begitu mencabar memberikan makna yang tersendiri. Bersempena melabuhnya tirai tahun 2021, BMW Malaysia bakal membawakan acara yang cukup signifikan bukan sahaja untuk jenama tetapi kepada peminat kenderaan keluaran mereka.
BMW Malaysia dengan kolaborasi bersama BMW M Owners Club telah bakal berkolaborasi mengadakan perbarisan kenderaan terunggul mereka.
Perbarisan kenderaan berprestasi tertinggi di Malaysia tersebut bakal melibatkan lebih 100 jentera BMW M. Kereta-kereta BWM M ini akan menelusuri jalan raya sekitar kotaraya Kuala Lumpur pada musim perayaan ini bagi menyambut ketibaan ulang tahun BMW M yang ke-50 pada tahun 2022!
Juga menjelang musim perayaan ini, BMW Malaysia ingin melabuhkan tirai tahun 2021 menerusi portfolio BMW M miliknya yang luar biasa.
Menerusi kolaborasi ini, barisan jentera berprestasi tinggi BMW M akan tiba dari seluruh negara untuk berhimpun bagi tatapan umum pada hari Sabtu, 18 Disember 2021 di Pavilion Bukit Jalil yang baru sahaja dibuka.
Selain itu, acara yang bakal dianjurkan ini juga akan menjadi titik permulaan yang sempurna bagi sambutan ulang tahun BMW M ke-50 yang diperkenalkan dan diasaskan pada Mei 1972.
Ekspresi kenderaan BMW dengan prestasi tertinggi mula diperkenalkan menerusi projek perlumbaan mereka yang sulung, BMW 3.0 CSL. Ia merupakan merupakan homologasi yang dirumus untuk melayakkan kenderaan tersebut bagi perlumbaan dalam European Touring Car Championship.
Untuk pengetahuan anda hanya 1,265 unit sahaja pernah dikeluarkan. Pada hari ini, portfolio BMW M bukan sahaja disanjung oleh dunia sukan permotoran tetapi ia juga telah cuba direplikasidi dengan cukup banyak sekali di dalam industri ini.
Di atas sebahagian daripada semangat keihsanan perayaan Krismas, kanak-kanak dari komuniti rentan dari Rumah Charis juga akan dipelawa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sumbangan hadiah yang dihoskan oleh para anggota BMW M Owners Club.
Perbarisan kenderaan BMW M ini akan dibuka untuk tatapan umum, dan para pemilik BMW M yang berminat juga boleh mengambil bahagian dalam acara tersebut. Ia akan diadakan di Piazza of Pavillion Bukit Jalil pada 18 Disember 2021 pada jam 10 pagi sehingga 3 petang. Buat anda yang ingin menyaksikan koleksi kereta hebat BMW M bolehlah datang merasai kemeriahan acara tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Chasing Christmas BMW M Owners Drive’, anda boleh ikuti di laman Instagram BMW M Owners Club di sini.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI