BMW G 310 GS RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA-HARGA RM29,900 SEUNIT

Share

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan barisan model baharunya pada acara perlumbaan MotoGP 2017.

Pengedar jenama motosikal BMW di Malaysia itu membawa masuk BMW S 1000 XR, BMW G 310GS

dan BMW HP4 Race.

Kehadiran model adventure itu memberi pilihan menarik buat penggemar kembara dan menjadikan ia satu-satunya produk adventure 300cc di pasaran.

Ia dijana oleh enjin 313cc

silinder tunggal bersama sistem penyejukan cecair. Enjin dengan sistem pancitan bahan api itu berupaya menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm pada 7,500rpm.

Jentera itu juga mudah dikendalikan dengan berat hanya 169kg. Perkadaran yang kompak bersama tapak roda pendek, rim bersaiz 19 inci

di depan dan pergerakan  gegelung suspensi lebih panjang menawarkan postur tunggangan menegak.

BMW G 310 GS menggunakan kerangka besi tubular dengan bahagian belakang dipasang secara bolt-on untuk menawarkan ketegaran dan kualiti terbaik.

Ini memberi sumbangan kepada tunggangan lebih stabil dan maklum balas stereng lebih tepat. Manakala roda belakang pula menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung.

Ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu hitam, merah dan putih mutiara metalik, harga BMW G 310 GS ialah RM29,900 seunit. Harga berkenaan tidak termasuk GST dan insurans.

Jentera berkenaan akan berada di pasaran bermula Rabu hadapan.

 

GALERI

Published by
webadmin