
Dalam dunia moden yang pantas dan penuh tuntutan, lelaki hari ini memerlukan lebih daripada sekadar kenderaan. Mereka perlukan gaya, kuasa dan praktikaliti yang bergabung sempurna. Menyahut keperluan ini, BMW Motorrad Malaysia melancarkan dua model skuter premium bersaiz sederhana yang cukup menggoda untuk penunggang urban yang berkarakter, BMW C 400 X dan BMW C 400 GT.
Reka bentuk kedua-dua model ini bukan sekadar cantik dipandang. Ia adalah simbol kebebasan mobiliti urban moden yang dipenuhi teknologi canggih dan prestasi jitu.

Sesuatu yang sangat dihargai oleh lelaki aktif yang sentiasa bergerak dari mesyuarat ke gim, dari kota ke destinasi percutian.
BMW C 400 X tampil dengan aura maskulin melalui varian “Rugged” yang serba garang – warna Kalamata metallic matt, rim merah, tayar gaya offroad dan angkup brek emas.
Bagi yang dambakan elegan dan keselesaan maksimum, BMW C 400 GT dalam varian “Exclusive” pasti menarik perhatian. Dengan warna Diamond White metallic dan pencahayaan lantai, ia menyerlahkan rasa sofistikated seorang lelaki urban berkelas.

Namun, keindahan visual hanyalah sebahagian cerita. Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 350cc yang menghasilkan 34hp dan tork maksimum 35Nm.
Indikasi cukup bertenaga untuk menelusuri kesesakan kota atau nikmati perjalanan jarak jauh dengan penuh keyakinan. Transmisi CVT serta set kuasa ayun berketahanan tinggi memastikan tunggangan lancar dan responsif.
Keselamatan dan Kawalan
BMW tidak main-main dalam hal keselamatan. Dengan BMW Motorrad ABS Pro, anda boleh membrek dengan lebih yakin di selekoh.
Dynamic Brake Control dan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) memastikan kestabilan ketika membrek mengejut atau memecut di permukaan licin.
Kawalan Tork Seretan Enjin (MSR) pula membantu mencegah tunggangan yang tidak stabil ketika menurunkan kelajuan mendadak — ciri yang sangat berguna dalam trafik tidak menentu.
BMW C 400 X turut hadir dengan paparan TFT 6.5 inci, manakala C 400 GT pula menerima skrin 10.25 inci dengan fungsi split screen dan navigasi.
Semua ini boleh diintegrasikan dengan aplikasi BMW Motorrad Connected untuk pengalaman lebih lancar.
Tambahan ruang simpanan dengan 3 liter di bawah tempat duduk C 400 X dan 12 liter untuk C 400 GT. Ia cukup luas untuk simpanan topi keledar, jaket atau beg kerja. Kotak penyimpanan tambahan 43.5 liter juga tersedia untuk mereka yang mahukan lebih.
Sistem tanpa kunci dan port USB disediakan sebagai standard, memberikan sentuhan futuristik yang memudahkan gaya hidup harian.
Pemilikan Bijak
Bermula dari RM47,500 untuk BMW C 400 X dan RM53,500 untuk C 400 GT, pemilikan boleh dimulakan serendah RM668 sebulan.
Ditambah dengan pelan servis menyeluruh dan waranti tiga tahun, pelaburan ini bukan sekadar untuk gaya — ia adalah pelaburan untuk mobiliti pintar, selamat dan bergaya.
BACA: 5 Servis Kereta Paling Penting Sebelum Pulang Kampung Sambut Hari Raya Aidilfitri
Jentera bukan sekadar skuter — ia adalah kenyataan gaya hidup lelaki moden. Sama ada anda seorang eksekutif kota atau penjelajah hujung minggu, dua model ini menawarkan keselesaan, teknologi dan keupayaan yang serasi dengan kehidupan maskulin penuh gaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI