Pada hari ini, BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW 330i M Sport terbaru dalam versi terkini menerusi portfolio milik BMW yang dipasang di Malaysia.
Menariknya model terbaru ini dipasang di Kulim, Kedah. Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, pihaknya memperkenalkan kereta sedan sport premium generasi ketujuh terlaris di dunia. Ia sekali gus menjadi penanda aras dalam segmen kenderaan berkenaan.
BMW 330i M Sport terbaru ini membawak inovasi teknologi mengagumkan seperti varian jentera yang diimport, termasuklah reka bentuk atletik yang menawan serta prestasi dinamik yang sinonim dengan sedan sport yang ikonik ini.
Ia juga dilengkapi set roda aloi ringan 18 inci dalam penggayaan dua ruji 790 M dan dwiwarna ‘Orbit Grey’ dengan tayar bercampur, angkup berwarna biru yang memaparkan logo ‘M’ pada brek M Sport, serta lampu hadapan LED adaptif yang hadir dengan teknologi ‘Bi-LED’.
BACA: 12 Info Servis Kereta DIY Yang Boleh Selamatkan Poket Anda
Tarikan ciri luaran yang serba premium BMW 330i M Sport menampilkan gril ‘kidney’ lebih besar, set lampu belakang tiga dimensi berbentuk ‘L’ dan penggunaan kaca berkabus.
Bibir spoiler berciri aerodinamik yang dipasang di belakang berserta dua paip ekzos bersaiz 90 milimeter memberikan jentera ini kelebihan berdaya lasak.
Jentera eksklusif ini dikuasakan enjin petrol TwinPower Turbo 2.0 liter yang memecut kelajuan tertinggi 250 km/j. Ia juga berupaya untuk membuat pecutan abad dalam masa 5.8 saat.
Dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan yang dikemas kini, jentera tersebut hanya mengguna pakai bahan api berjumlah 6.4 liter bagi setiap 100 km.
Emisi karbon rendah yang berjumlah 147 g/km juga dioptimumkan melalui penapis zarahan yang dirangkumkan ke dalam sistem rawatan ekzos jentera ini.
Beratnya juga telah dikurangkan sebanyak 25kg dan mempamerkan ciri aerodinamik cemerlang dalam kelas seumpamanya.
Hadir dengan tahap keterhubungan yang tinggi serta penggayaan reka bentuk interior yang mempesonakan, BMW 330i M Sport terbaharu membawakan stereng sport berkulit M Sport dengan ciri multifungsi dan padel penukar gear serta pencahayaan interior.
Antara tarikan utama BMW 330i M Sport terbaharu ialah BMW Intelligent Personal Assistant dan Kunci Digital serta inovasi keselamatan yang ditawarkan dalam bentuk Park Assist dan Reverse Assist, yang diberikan oleh sistem Parking Assistant.
Foto: BMW Malaysia