Tanyalah mana-mana pelari, apabila menyebut tentang kasut larian yang lengkap dengan plat karbon pasti perkara pertama bermain di minda ialah harga yang cukup premium. Namun, tahukah anda sudah ada pilihan kasut larian yang mempunyai plat karbon tetapi pada harga mampu milik. Inilah kasut larian BMAI Jingtan Fly, jenama asal China yang kini semakin mencuri perhatian.
Mula diperkenalkan pada tahun 2014, BMAI ternyata tidak kalah dalam mengetengahkan teknologi kasut larian yang bukan sahaja berkualiti tetapi paling penting pada harga yang jauh lebi murah.
MASKULIN sendiri sempat menggunakan kasut BMAI Jingtan Fly ini dalam tempoh seminggu dengan mengujinya dari pelbagai aspek. Nak tahu apa kelebihan kasut BMAI Jingtan Fly dan kenana ia merupakan kasut larian yang berbaloi dimilik, ikuti review ini!
Bagi anda yang merupakan pelari yang meningkatkan prestasi, BMAI Jingtan Fly boleh menjadi solusi yang baik.
Kasut ini menggabungkan teknologi canggih dan bahan berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman larian yang cukup baik. Pertama sekali kita bicarakan tentang keselesaan pada bahagian upper.
Kasut ini menampilkan bahagian atas mesh jacquard fleksibel dengan reka bentuk inovatif mengutamakan pengudaraan dan keselesaan.
Upper-nya mengelilingi empat zon pengudaraan besar yang diletakkan secara strategik untuk memaksimumkan aliran udara dan menjaga kaki anda tetap sejuk dan kering walaupun semasa larian yang intensif.
Mesh jacquard bukan sahaja memastikan pengudaraan yang baik tetapi juga memberikan padanan yang ketat namun fleksibel yang menyesuaikan diri dengan bentuk semula jadi kaki anda. Fleksibiliti ini mengurangkan risiko melecet dan panas, membolehkan anda fokus sepenuhnya pada prestasi anda.
Pada bahagian insole pula ia hadir dengan teknologi buih superkritikal TPEE. Ia menawarkan jenis insole atau pelapik dengan sokongan yang memberikan keselasaan cukup memuaskan. Paling penting selesa dipakai walaupun larian pada jarak sederhana atau tempoh yang lama. Insole ini secara efektif menyerap impak, mengurangkan tekanan pada sendi anda dan meningkatkan keselesaan keseluruhan larian.
Salah satu ciri paling inovatif dan premium yang ada pada BMAI Jingtan Fly ialah, plat karbon fiber solid sepenuhnya.
Komponen ini direka untuk meningkatkan propulsi dan kecekapan – sekali gus membantu pelari mengekalkan kelajuan serta momentum mereka. Plat serat karbon bertindak mengembalikan tenaga dengan setiap langkah dan mampu membuat pacuan larian bertambah laju.
Bukan sahaja larian jadi lebih pantas malah ia boleh mengurangkan penggunaan tenaga yang banyak serta mengurangkan rasa penat. Ini membolehkan MASKULIN boleh berlari lebih lama dan lebih pantas dengan usaha yang kurang.
Dari segi aspek responsif dan pulangan tenaga, ia dibantu dengan Midsole BOOMFLY Aliphatic TPU superkritikal.
Midsole ini menyediakan pelapik responsif dan pulangan tenaga yang luar biasa, penting untuk mendorong batasan anda dan mencapai prestasi terbaik.
Ia dapat memastikan setiap langkah larian akan lebih rasa bertenaga dengan kemampuan membantu larian pada kelajuan lebih konsisten dan meningkatkan kecekapan larian keseluruhan anda.
Walau betapa ringan dan hebat pulangan tenaga kasut larian itu ia juga harus hadir dengan cengkaman bahagian tapak yang baik. Faktor cengkemaan membantu keselamatan pelari menjadi lebih baik.
Bahagian outsole kasut ini menampilkan teknologi DSP+ (Diamond Star Particle), yang menggabungkan partikel cengkaman berlian dalam tekstur parametrik poliuretana (PU) elastomer.
Reka bentuk outsole yang cukup unik ini juga menawarkan cengkaman dan ketahanan yang luar biasa untuk larian pelbagai permukaan. Sama ada berlari di jalan basah, kering atau permukaan yang tidak rata, teknologi DSP+ memberikan cengkaman yang boleh dipercayai.
Lantas mengurangkan risiko seorang pelari itu tergelincir dan terjatuh. Selain itu, binaan serta rekaan outsole yang tahan lama pula memastikan prestasi yang tahan lama, menjadikan kasut ini pelaburan yang berbaloi untuk pelari serius.
Secara keseluruhannya, MASKULIN berasa cukup berpuas hati dengan BMAI Jingtan Fly. Dengan mengambil kira faktor kelebihan serta harga tabg ditawarkan, ia bolehlah dianggap sebagai kasut larian performance yang berbaloi untuk dimiliki.
BACA: 10 Kasut Larian Berprestasi Tinggi Terbaik 2024 Pilihan MASKULIN
Sama ada ingin memecahkan rekod peribadi atau sekadar menikmati larian yang lebih selesa, kasut ini direka untuk membantu anda mencapai matlamat anda.
BMAI Jingtai Fly kini ditawarkan pada harga yang cukup menarik iaitu RM439. Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang www.pangu.my.
RATING MASKULIN: 4.5/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.