Blancpain dan Swatch, dua nama besar dalam dunia jam tangan mewah, telah membuka tirai 2024 dengan pengenalan model keenam yang memukau dalam siri jam tangan Scuba Fifty Fathoms mereka.
Model terbaru ini, yang dijuluki sebagai Blancpain x Swatch Scuba Fifty Fathoms Ocean of Storms, bukan sekadar penambahan biasa kepada koleksi tersebut; ia adalah sebuah mahakarya yang menggabungkan keanggunan dan misteri.
Uniknya, model ke-6 ini tidak mengambil inspirasi dari lautan di Bumi seperti model-model lain dalam siri ini. Sebaliknya, ia menghormati Oceanus Procellarum – “Lautan Ribut” dalam bahasa Latin – yang merupakan mare (lautan di bulan) terbesar di bulan, meliputi lebih dari dua juta kilometer persegi.
Dengan profil warna hitam gelap yang mendominasi, jam ini membawa pengguna menyelami kedalaman angkasa, membuka jendela ke keindahan langit malam yang tidak berbatas.
Blancpain x Swatch Scuba Fifty Fathoms Ocean of Storms adalah gabungan kreatif dari dunia Swatch dan Blancpain, mengambil reka bentuk ikonik Fifty Fathoms dan menyelitkan elemen warisan Omega yang terkenal dengan tema bulannya.
Lebih menarik lagi, jam ini juga memperkenalkan nudibranch (siput laut) Okenia Luna pada rotor-nya, yang menginspirasikan unsur warna jam ini. Meskipun siput laut ini sebenarnya berasal dari perairan Tenggara Pasifik dekat Peru dan Chile, namanya yang bertema bulan membuatnya sesuai dengan sempurna untuk model ini.
Ads
Dari segi estetika, model Ocean of Storms ini paling mirip dengan Blancpain Fifty Fathoms asli. Ia memancarkan aura keanggunan dengan kombinasi warna hitam dan putih, ditambah dengan sentuhan oren pada penarafan kedalaman dan hujung jarum detik.
Berbeza dengan model Arctic Ocean yang saya ulas sebelum ini, yang terinspirasi oleh reka bentuk vintage Fifty Fathoms, model Ocean of Storms ini berakar pada reka bentuk moden dengan penggunaan Bioceramic hitam untuk kes, bezel, dan mahkota.
Jam tangan ini mempunyai ukuran yang sama dengan model lain dalam siri ini – 42.3mm diameter dan 14.4mm tebal. Bezel akrilik bercahaya, yang kini berwarna hitam dan putih, selaras dengan kes Bioceramic hitamnya.
Ads
Tali NATO bergaris, diperbuat dari jaring ikan terpakai, kini hadir dalam warna hitam, kelabu, dan putih. Dial jam ini juga menawan dengan latar hitam sunburst dan tanda putih yang jelas, hanya diperhiasakan dengan aksen oren untuk penarafan kedalaman dan hujung jarum detik.
Ditenagai oleh pergerakan automatik SISTEM51 jenama tersebut, jam ini beroperasi pada frekuensi 21,600 vph dengan simpanan kuasa sekitar 90 jam.
Dibina dengan 51 komponen dan dirangkai sepenuhnya oleh mesin, pergerakan ini menawarkan kestabilan dan ketahanan, terutama dengan penggunaan pegas rambut Nivachron yang antimagnetik. Uniknya, model Ocean of Storms memaparkan cetakan mare Oceanus Procellarum dengan imej nudibranch Okenia Luna pada rotor plastik telusnya.
Ads
Blancpain x Swatch Scuba Fifty Fathoms Ocean of Storms bukan hanya sebuah jam tangan biasa.
Ia adalah simbol kecanggihan, inovasi, dan penghormatan terhadap keajaiban angkasa. Dengan desainnya yang menarik dan fungsi canggih, ia bukan hanya alat penunjuk waktu, tetapi sebuah pernyataan gaya dan penghargaan terhadap keindahan alam semesta.
Dengan kehadirannya yang elegan dan penuh gaya, jam tangan ini tidak diragukan lagi akan menjadi salah satu bintang paling berkilauan dalam koleksi para pengumpul jam tangan mewah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
4 hari menjelang Aidilfitri ini, bagaimana dengan persiapan raya anda? Mungkin minggu ini merupakan minggu paling sibuk untuk anda membeli-belah di mall, mana-mana bazar mahupun secara online yang menawarkan harga rendah dan istimewa sempena hari raya yang mulia ini.
Anda pasti fikir bahawa baju raya merupakan barang yang paling dicari oleh rakyat Malaysia di website kan? Nampaknya tekaan anda salah! Untuk pengetahuan anda, barangan paling dicari oleh rakyat Malaysia adalah tiket penerbangan!
Menurut iPrice Malaysia, rakyat Malaysia lelbih banyak mencari tiket penerbangan di internet berbanding baju raya!
59% rakyat Malaysia mencari promosi tiket penerbangan, 35% mencari shopping dan 3% sama rata mencari servis internet dan automatif. Mungkin rakyat Malaysia lebih gemar menaiki kapal terbang berbanding perjalanan atas jalan raya, ataupun mereka dah bersedia untuk beraya di luar negara?
Walaubagaimanapun, baju raya masih dicari oleh mereka-mereka yang malas nak berjalan ke mall atau bazar beli belah. Antara portal yang paling dicari oleh mereka-mereka yang gemar membeli secara online adalah Neelofar Hijab dan Fashin Valet.
Ada lagi tak yang masih belum dapatkan tudung atau pakaian yang dikeluarkan oleh Neelofar Hijab dan Fashion Valet? Untuk beli online tak sempat ni, apa kata anda terus ke butik mereka!
Credit: iPrice&RojakDaily
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan senang ingin berjaya di dalam dunia perniagaan tambahan lagi di usia muda!
Namun, pengasas jenama Bulan Bintang ini membuktikan usia bukan penghalang untuk kita berjaya dalam perniagaan dan apa yang kita ceburi. Tujuh tahun mengusahakan perniagaan berasaskan Kurta baju Melayu, jenama Bulan Bintang kini boleh dianggap sebagai antara jenama pilihan pembeli setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
Individu yang bertanggungjawab membina jenama tersebut sehingga ke tahap ini tidak lain tidak bukan ialah Azzim Zahid Azmi. Pada usia 25 tahun, ‘otak bisnes’ yang dimiliki olehnya telah memberikan pelbagai bentuk motivasi kepada remaja sebaya mahupun yang lebih muda untuk memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan.
Menjengah dengan lebih dekat kisah kejayaan pengasas tersebut, REMAJA senaraikan lima fakta menarik yang boleh sama-sama kita jadikan sebagai inspirasi untuk mengejar impian. Tiada apa yang mustahil guys.
01
Perniagaan Bulan Bintang bermula sewaktu Azzim ingin mengerjakan ibadah Umrah bersama ibunya dan dia mencari baju ‘paling Islamik’ yang selesa dipakai di tanah suci. Azzim menyasarkan untuk mencari Kurta, namun sukar untuknya mendapatkan Kurta dengan rekaan minimal dan ‘kosong’. Azzim akhirnya berjaya mendapatkan apa yang dihendaki dan bernasib baik kerana Kurta tersebut dikhabarkan sudah habis terjual.
Sekembali daripada ibadah Umrah dan menamatkan persekolahan, Azzim terfikir ada pasaran luas untuknya memperkenalkan rekaan Kurta minimal sebegini.
02
Azzim membeli beberapa gulung kain dan dia menaip, “Kilang Jahit Pukal” atau tanda pagar “#JahitPukalMurah” di kotak carian Instagram untuk mencari siapakah yang boleh merealisasikan rekaan Kurtanya itu. Selepas menemui pekerja warga Bangladesh yang boleh menjahit, dia menyiapkan 200 ke 300 helai Kurta. Bermula dengan jumlah sedikit, ia mula melipat kali ganda memasuki angka ribuan helai.
03
Ternyata pengalaman mengajar seseorang individu. Pada tahun pertama memulakan perniagaan Bulan Bintang, Azzim yang dahulunya hanya berpengalaman menjual baju T nyata belum lagi memahami selok-belok perniagaan musim perayaan. Sewaktu Ramadan, memang ramai yang menyerbu gerainya dan Azzim gigih menambah stok. Namun sesudah tamat Raya, dengan permintaan yang telah berkurangan; Azzim tersedar koleksinya itu ‘bermusim’. Dengan sejumlah stok tidak terjual, dia mengambil keputusan menghabiskan dua tahun berikutnya untuk fokus kepada pengajian di peringkat degree dahulu.
04
Hanya pada tiga tahun pengajian, Azzim menemui motivasi untuk menghidupkan semula Bulan Bintang. Kali ini, dia mencuba pasaran baju Melayu pula. Kali ini kehendak rekaannya juga berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh pasaran. Di kala ramai peniaga memperkenalkan Baju Melayu ‘slim fit’ yang melekap pada badan, Azzim inginkan baju Melayu yang sedikit longgar, tanpa logo terpampang pada baju dan paling utama, cantik. ‘Tailored-fit’ gelarnya. Sebelum Ramadan berakhir, stoknya itu habis terjual. Sekali lagi, firasat perniagaan Azzim mengena.
Daripada 3000 helai yang disediakan pada 2019, ia meningkat kepada 10,000 stok pada tahun 2020. Azzim memperkenalkan konsep ‘Next Day Delivery’ oleh Bulan Bintang di Lembah Klang untuk menyelesaikan isu penghantaran pada musim pandemik. Janji Bulan Bintang, “Order Hari Ini, Esok Sampai,” dan ia merupakan strategi yang membantu meletakkan jenama tersebut di hadapan jenama-jenama lain.
05
Azzim tidak lagi menoleh ke belakang. Pada tahun lalu, jenama itu telah menyediakan puluhan ribu stok baju Melayu di samping memperkenalkan semula koleksi Kurta asalnya dengan rekaan serta kualiti yang lebih baik.
Sambil menyifatkan orang muda di luar sana harus memulakan langkah perniagaan pada usia muda, Azzim merasakan ramai yang stuck pada ‘fasa angan-angan’ kerana gerun melihat usahawan senior yang sudah jauh ke hadapan. Baginya, seseorang harus melihat pada keupayaan masing-masing dan ingat, mana-mana usahawan perlu bermula dari bawah.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengayaan rambut telah menjadi fesyen dan ikutan dari zaman ke zaman, sebagai contoh gaya rambut pompadour yang digayakan oleh Elvis Presley dan juga gaya rambut afro yang sememangnya popular dengan keunikannya. Jika dilihat dari segi trend masa kini, pelbagai jenis gaya rambut direka. Tetapi haruslah diselaraskan dengan rupa bentuk muka dan warna kulit agar kelihatan lebih kacak dan tampan.
Jadi, fesyen dalam pengayaan rambut harus di ambil kira oleh lelaki yang ingin menyerlahkan lagi personaliti dan keyakinan diri. Jom kita lihat 10 trend rambut yang hit dan menjadi ikutan ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.