Uncategorized

Bisnes Yang Boleh Anda Lakukan Dengan Bajet Rendah Tetapi Income ‘Mencanak’!

Share

Nak ke tak nak? Itu sahaja jawapan yang perlu anda jawab terlebih dahulu kalau nak berjaya dalam sesuatu bidang yang diusahakan termasuk berbisnes.

Menerusi entri ini, Maskulin ingin berkongsi empat bisnes yang boleh anda lakukan dengan bajet yang sangat rendah tetapi income yang diterima sangat ‘mencanak’ :

1. Tukang mesin rumput

Cuba buat kiraan asas. Sekali mesin rumput, upah yang diambil RM30. Kalau dapat cari lima buah rumah dalam masa sehari, RM150. Kalau sebulan, tukang mesin rumput boleh dapat pulangan kasar sebanyak RM4,500.

2. Jual buah potong

Cuba buat kiraan asas. Misalnya buah tembikai dalam RM2.50 sekilogram. Setelah dipotong dapat dalam 8 bungkus atau bekas dan dijual pada harga RM1.50. Target jual di kawasan orang ramai untuk habiskan 650 bungkus sehari, maka anda akan dapat RM975. Kalau sebulan, kasarnya dalam RM29,250.

3. Meniaga air

Margin untung bersih jual air adalah sekitar 80%. Dalam kiraan kasar, sehari boleh dapat RM480. Kalau kiraan selama 21 hari persekolahan untuk sebulan, boleh dapat dalam RM10,080

4. Dropship

Letaklah kos iklan RM80. Buat sale sekurang-kurangnya 11 item close deal. Setiap hari akan ada pelanggan yang buat transaksi sebanyak RM550. Tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110. Bersih RM360 × 30 hari = RM10,800.

Published by
Akyem Samad