bisnes online ciri mudah
Foto: marymarkevich - www.freepik.com

Tidak dinafikan penangan pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan nyawa dan kesihatan malah ia memberi impak cukup besar terhadap ekonomi. Sepanjang penularannya tahun ini, kita telah saksikan banyak bisnes terpaksa gulung tikar.

Lebih menakutkan ia bukan hanya menjejaskan perniagaan kecil malah starikay-syarikat gergasi juga terkesan dengan teruk. Di antara industri yang paling terjejas ialah pelancongan, penerbangan, perniagaan gedung beli-belah dan pelbagai sektor lagi.

Apabila ini berlaku maka ramai terpaksa diberhentikan kerja atau ditamatkan kontrak. Namun alah bisa tegal biiasa. Rayat Malaysia yang rata-rata terkesan tidak mudah mengalah. Ramai yang telah mula berjinak-jinak dengan melakukan perniagaan demi kelangsungan hidup.

Bisnes Secara Online Di Rumah, Ini Ciri-Ciri Perniagaan Mudah Dijalankan
Foto: aleksandarlittlewolf – www.freepik.com

Ramai juag yang telah memulakan perniagan pelbagai jenis produk secara online. Terdapat beberapa tarikan utama mengapa ramai memilih berniaga secara online. Di antaranya ialah ia mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding membuka premis perniagaan. Terdapat beberapa ciri-ciri perniagaan online mudah dilakukan di rumah.

IKLAN

PILIH PRODUK POPULAR

Tidak dapat dinafikan populariti sesuatu jenama produk memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. Jenama popular lebih mudah dijual berbanding produk jenama baru atau tidak dikenali. Jadi pilihlah untuk berniagaan produk yang sudah dikenali ramai.

MODAL TIDAK PERLU BESAR

Bagi perniagaan online salah satu ciri-cirinya yang penting ialah tidak memerlukan modal yang besar. Dan anda juga tidak perlu membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan dalam bentuk begini. Dan lebih bijak jika anda memilih untuk menjadi dropship kepada pelbagai jenis produk.

IKLAN
Bisnes Secara Online Di Rumah, Ini Ciri-Ciri Perniagaan Mudah Dijalankan
Foto: yanalya – www.freepik.com

RANGKAIAN LEBIH LUAS

Kelebihan bisnes secara online ialah rangkaian atau sasaran pelanggan yang boleh dicapai lebih luas. Apatah lagi jika anda bijak mengendalikan laman media sosial yang kini telah sedikit-sebanyak berubah menjadi platform e-dagang.

TIDAK PERLU SIMPAN STOK BANYAK

Ciri perniagaan online yang mudah juga tidak memerlukan anda menyimpan syok yang banyak. Kos untuk menyimpan barangan juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi sekiranya produk tersebut mempunyai tarikh luput. Jadi, adalah amat penting untuk sesuatu perniagaan atas talian yang mudah untuk tidak memerlukan seseorang menyimpan stok dalam kuantiti yang banyak.

IKLAN

MEGULANG PESANAN

Pilih jenis perniagaan di mana produknya mempunyai petensi untuk diulang beli oleh pengguna. Sebagai contoh produk makanan atau produk yang diguanakan secara harian. Jika ada pelanggan tetap anda akan ada pendapatan yang lebih terjamin.

Ikuti dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI