Bagi penggemar streetwear dan juga fesyen seangkatannya, jenama Supreme bolehlah dikatakan sebagai ‘the ultimate’ brand bagi mereka.

Mungkin anda juga sudah sedia maklum akan nilai harga jualan semual barangan Supreme yang sangat tinggi dan kadangkala tidak masuk akal. Selain pelbagai seleksi pakaian dan juga aksesori, Supreme juga dilihat sering melakukan kolaborasi dengan pelbagai jenama lain.

Terbaru telah heboh diperkatakan tantang biskut istimewa OREO yang tampil dengan tulisan Supreme.

IKLAN

Biskut Supreme Oreo Dijual Semula Pada Harga USD4 Ribu!

Dan seperti biasa perihal yang mampu membuatkan ramai daripada berkerut dahi mula menjadi bualan ramai. Dan persoalannya adakah ia mempunyai nilai reselling tinggi?

IKLAN

The New York Post merupakan media pertama yang mengesan bahawa biskut Supreme Oreo ini ditawarkan di eBay. Menerusi posting bidaann untuk jualan tersebut, ia dikatakan pakej yang ‘rare’ mengandungi 3 keping Supreme Oreo yang masih lagi lengkap tanpa dibuka.

Biskut Supreme Oreo Dijual Semula Pada Harga USD4 Ribu!

IKLAN

Dan ia dibuka untuk jualan pada harga USD4,000 (RM16,870)! Carian daripada janaan Internet juga mendapati terdapat beberapa tawaran lebih murah bermula dari harga USD26 hingga USD2,500.

Itulah uniknya penangan jenama Supreme. Kadangkala penggemar jenama ini tidak mempedulikan nilai harga tetapi lebh kepada ingin memiliki sesuatu yang sangat terhad.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI