bisep sado senaman
Foto: Racool_studio - www.freepik.com

Melakukan senaman dengan menggunakan alat bantuan senaman seperti dumbbell sememangnya cukup popular di kalangan kaki workout. Penggunaannya mampu memberikan pelbagai variasi rutin senaman dan paling penting boleh meningkatkan otot bisep menjadi lebih mantap.

Tapi tahukah anda terdapa beberapa kenis teknik rutin senaman menggunakan dumbbell yang berbeza. Malah setiap satunya boleh memberikan fokus untuk bisep di bahagian dalam luar dan juga bawah.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa teknik senaman menggunakan dumbbell yang boleh anda lakukan di mana sahaja termasuklah di rumah.

IKLAN

BISEP CURL

Ini merupakan rutin senaman dumbbell yang paling penting kerana ia menjadi asa untuk rutin yang lain.

  • Berdiri tegak dengan tangan di bawah memegang dumbbell.
  • Angkat sehingga mencecah ke parasa bahu dan perlahan-lahan kembalikannya ke bawah semula
  • Elakkan melakukan henjutan atau jerk

ALTERNATED BISEPS CURL

  • Teknik sama dengan bisep curl. Cuma apa yang berbeza anda perlu mengangkat dumbbell secara bergilir antara tangan kiri dan kanan
  • Jika penant berhenti untuk seketika sebelum melakukan tangan sebelah lagi. Jangan paksa diri untuk lakukan angkatan secara paksa.
Bisep Dapat Jadi Sado Dengan Beberapa Teknik Senaman Dumbbell Ini
Foto: serhii_bobyk – www.freepik.com

HAMMER CURL

Satu lagi bentuk senaman bisep yang penting dalam rutin dumbbell untuk kekuatan bisep.

IKLAN
  • Pegang dumbbell di di bahagian sisi badan dengan tapak tangan menghadap ke arah badan.
  • Angkat kedua-dua belah tangan dengan membengkokkan siku dan rendahkannya semula secara perlahan-lahan.
  • Paling penting kena pastikan tangan sentiasa lurus semasa melakukan rutin ini.

SEATED ALTERNATED CURL

  • Duduk di atas kerusi dan pegang dumbbell di kedua belah tangan. Pastikan bahagian tapak tangan menghadap ke badan.
  • Secara berselang-seli angkat dumbbell hingga ke paras bahu.

INCLINE BISEP CURL

  • Cari tempat untuk bersandar dan pegang dumbell di kedua belah tangan.
  • Angkat kedua-dua dumbbell hingga ke paras bahu.
  • Jangan lakukan henjutan secara paksa.
Bisep Dapat Jadi Sado Dengan Beberapa Teknik Senaman Dumbbell Ini
Foto: senivpetro – www.freepik.com

SEATED CONCENTRATED CURL

  • Dudul di atas bangku atau kerusi dengan sebelah tangan memegang dumbbell dan sebelah lagi direhatkan di atas paha.
  • Angkat dumbbell hingga ke paras bahu dan perlahan-lahan turunkannya semula.

Terdapat pelbagai lagi teknik senaman dumbbell yang boleh anda lakukan. Usah risau MASKULIN akan kongsikan lebih banyak di dalam artikel akan datang.

Semoga teknik yang dikongsikan di atas mampu merealsasikan impian anda untuk dapatkan bisep yang ‘sado’.

IKLAN

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=17s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI