Hidup pada zaman sekarang kita seakan tidak dapat lari dari influencer atau pempengaruh jika menggunakan apa-apa laman media sosial. Kewujudan pempengaruh kini perlu kita akui mempunyai signifikasinya yang tersendiri dalam masyarakat moden.
Mereka yang mempunyai jumlah pengikut ramai ini mempunyai ‘kuasa’ tersenduri untuk mempengaruhi atau mencipta trend tertentu. Sama ada ia satu trend ke arah kebaikan atau keburukan itu bergantung kepada kandungan yang dihasilkan oleh mereka.
Mr Beast
Di persada dunia media sosial peringkat global nama Mr. Beast tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di kalangan generasi millennials atau generasi Z. Mr. Beast merupakan individu yang mempunyai jumlah subscribers paling ramai di YouTube dengan lebih 130 juta!
MURAH HATI
Dengan pengaruh yang yang sangat besar ini tanggungjawab yang dipikul olehnya sememangnya cukup berat. Di sebalik menghasilkan kandungan yang menghiburkan, Mr. Beast juga dikenali sebagai seorang pempengaruh dan pembikin kandungan yang sentiasa murah hati.
Terbaru, Mr. Beast telah dilaporkan telah membiayai pembedahan katarak seramai 1,000 orang yang telah buta atau hampir buta. Pembedahan itu mampu mengembalikan penglihatan pesakit yang terlibat pulih dengan segera.
Mr. Beast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson memuat naik video berjudul ‘1,000 Blind People See For The First Time’ beberapa hari lalu dan kini ia mencatatkan jumlah tontonan melebihi 57 juta kali.
Ads
Video berdurasi 8 minit tersebut menyaksikan bagaimana Mr. Beast merealisasikan hasrat pesakit yang terhad penglihatan mereka kembali pulih dengan prosedur pembedahan.
Pakar oftalmologi dan pakar bedah, Jeff Levenson yang melakukan pembedahan tersebut telah menjadi penyelaras bagi program Gift of Sight selama lebih 20 tahun, yang menyediakan pembedahan katarak percuma untuk pesakit buta akibat mengalami masalah katarak.
Ads
“Separuh daripada orang buta di dunia ini memerlukan pembedahan selama 10 minit,” ujar Levenson dalam video itu merujuk kepada pembedahan pembuangan katarak.
INSPIRASI
Menurut Jeff Levanson dalam satu temu bual bersama CNN, dia mendapat inspirasi untuk menjayakan misi ini dengan melakukan pemdedahan katarak selepas dirinya juga melalui prosedur sama seuatu ketika dahulu.
Kerjasamanya bersama Mr. Beast ini ternyata telah mengubah kehidupan mereka yang dibantu mejadi lebih baik.
Ads
Difahamkan, mereka mula menghubungi pusat perlindungan gelandangan dan klinik percuma untuk membuat senarai pesakit di kawasan Jacksonville di Florida yang memerlukan pembedahan katarak tetapi tidak mampu.
Akhirnya, mereka dapat mengumpul seramai 40 pesakit dan Levenson melakukan semua pembedahan mereka dalam satu hari bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang.
Pesakit yang menerima rawatan itu datang daripada pelbagai negara seperti Jamaica, Honduras, Namibia, Mexico, Indonesia, Brazil, Vietnam dan Kenya dan pembedahan tersebut mengambil masa tiga minggu untuk diselesaikan.
Satu kisah inspirasi yang cukup mengagumkan. Semoga kisah ini mampu memberikan inspirasi untuk kita membantu mereka yang memerlukan.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-34 menerusi lagu ‘Sumpah’, nampaknya rezeki Naim Daniel terus mengalir apabila dia berjaya memiliki rumah pertama idamannya.
Luahan rasa bersyukurnya itu telah dikongsikan Naim Daniel di laman Instagramnya. Selain peminat, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas pemilikan rumah pertamanya itu.
Baru-baru ini, MASKULIN sempat menemubual Naim Daniel tentang rumah impiannya.
Menurut selebriti berusia 23 tahun itu, rumah impiannya cukup sekadar rumah biasa yang menjadi impian dia dan keluarganya.
“Kalau boleh nak buat bawah tasik,” sempat Naim Daniel berseloroh kepada wartawan MASKULIN saat ditanya rumah bagaimana yang diimpikan.
Katanya lagi, rumah yang dibelinya itu merupakan rumah yang dicari oleh mamanya.
“Mama kata ok lah, rumah ni untuk kau nak stay sorang. And also, rumah ini sesuai untuk next time in future jika dah ada famili, rumah ni boleh guna. Ok lah, mungkin ni rumah persediaan untuk mengakhiri fasa-fasa bujang ke, apa ke kan?” kongsi Naim Daniel.
Apa-apa pun, tahniah MASKULIN ucapkan buat Naim Daniel!
Sumber Gambar: Instagram Naim Daniel
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di kalangan peminat acara larian nama Soh Wai Ching pasti tidak asing lagi. Nama pelari ini cukup terkenal kerana kehebatannya dalam melakukan larian menara yang berjaya mencipta nama bukan sahaja di peringkat nasional tetapi antarabangsa.
Dua tahun lalu dia berjaya menjuarai larian menara Empire State Building di Amerika Syarikat dan terbaru Soh Wai Ching sekali lagi mencipta kejayaan luar biasa yang hampir sama.
Jaguh pelari menara ini membuka tirai tahun 2024 dengan cukup cemerlang selepas berjaya meraih kemenangan di Qingdao Vertical Marathon, China.
Menerusi cabaran yang dianggap cukup sukar tersebut, Soh Wai Ching berjaya menguasai cabaran dengan larian mendaki sebanyak 2,121 anak tangga. Menara tersebut mempunyai 81 tingkat dan lebih hebat lagi dia hanya mengambil masa selama 12 minit 17 saat sahaja.
Sekali gus mencipta rekod baru kejohanan!
Ternyata larian dan pendakian yang dilakukannya pada kali ini bukan sekadar kemenangan biasa. Soh Wai Ching yang kini berusia 29 tahun memecahkan rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang oleh pelari tempatan, Shi Ai Ai dengan masa 12:45 saat.
Foto: Qingdao Vertical Marathon 2024
Dengan kejayaan ini, Wai Ching telah menoreh rekod baru dalam larian menawan menara setinggi 331 meter tersebut.
Dengan penuh semangat, Wai Ching berkata, “Saya sangat gembira menjadi juara dan lebih lagi kerana berjaya memecahkan rekod lama. Ini adalah sasaran saya dan saya bersyukur atas sokongan semua. Saya berazam untuk terus berjuang dengan semangat yang sama sepanjang tahun 2024!”
Foto: Qingdao Vertical Marathon 2024
Kenyataan ini menunjukkan tekad dan semangat juang Wai Ching yang tinggi, dan pastinya akan menjadi inspirasi untuk ramai.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Soh Wai Ching, atlet unggul yang terus-menerus mengharumkan nama negara!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
‘Che Sayang Kitchen’ diumumkan sebagai pemenang kategori Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Malah, Anugerah Creator of the Year ini turut disampaikan oleh Khairul Aming kepada Che Sayang Kitchen, yang berjaya menewaskan beberapa pempengaruh terkenal lain seperti Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra yang dicalonkan bagi kategori sama.
‘Che Sayang Kitchen’ Ungguli TikTok Awards Malaysia 2024, Pernah Bergelar Jurutera Oil & Gas
Tapi siapakah sebenarnya lelaki di sebalik nama Che Sayang Kitchen yang terkenal dengan siri video masakan “2 Minit 1 Resepi” itu?
Abdul Qayyum Halid, yang lebih dikenali sebagai Che Sayang, merupakan alumni Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Beliau mula mendapat perhatian apabila aktif berkongsi video-video bertemakan masakan di TikTok.
Mulakan Perniagaan
Beliau memulakan perniagaan sambilan pada tahun 2013, ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 2014, beliau menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti. Atas nasihat bapanya, beliau berhenti berniaga sambilan dan menumpukan perhatian kepada pengajiannya di UTP.
Zaman Universiti
Semasa di universiti, Abdul Qayyum, yang kini berusia 28 tahun, mencuba pelbagai jenis perniagaan, antaranya menjual roti RM1 pada tahun 2015, KamiDelivery pada tahun 2016, dan Solvypro pada tahun 2017, namun kesemuanya menemui kegagalan.
Kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas
Pada tahun 2018, beliau bergraduasi dengan ijazah kelas pertama serta menerima Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Canselor Emas. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas pada tahun 2019, namun minatnya dalam bidang perniagaan tidak pernah pudar.
Pada tahun 2020, beliau mencuba nasib sekali lagi dalam bidang perniagaan bersama adik-adiknya dengan menjalankan perniagaan Choco Flakes, dan pada tahun 2023, beliau bersama keluarganya mengasaskan perniagaan acar ikan masin Che Sayang. Namun, kedua-dua perniagaan tersebut gagal.
Tidak berputus asa
Walaupun mengalami kegagalan, Abdul Qayyum tidak berputus asa. Pada 2 Mac 2023, beliau memulakan langkah baharu dengan memuat naik video masakan pertamanya di TikTok melalui akaun Che Sayang Kitchen. Video tersebut pada asalnya tidak bertujuan untuk berniaga, tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Tidak disangka-sangka, akaun tersebut semakin dikenali dan kini mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut.
Resepi dikongsi oleh Che Sayang Kitchen kerana cara masakan simple serta bahan yang mudah
Ramai generasi muda kini bercita-cita untuk menjadi content creator, namun ada yang terpengaruh dengan pemikiran yang salah seperti “pendidikan tidak penting” atau “bad marketing is good marketing”, yang boleh merosakkan minda generasi muda. Pendidikan dan ilmu pengetahuan tetap memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan.
Content creator berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk tekanan untuk menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik tetapi juga bermanfaat. Meskipun ada yang beranggapan platform seperti TikTok hanya untuk hiburan, ia juga telah menjadi medium utama dalam penyampaian maklumat, termasuk dalam bidang agama. Oleh itu, content creator perlu bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam setiap kandungan yang mereka hasilkan.