
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Shaheizy Sam, umum sedia maklum bahawa aktor itu pernah memiliki tubuh yang agak sado.
Semuanya kerana mahu melaksanakan watak anggota polis dalam Polis Evo 2 dengan lebih berkesan serta nampak hidup.
Namun setelah beberapa tahun melayari alam rumah tangga, aktor tampan ini seperti terpaksa akur menjadi seorang suami dan juga ayah yang bahagia.
Ini kerana bukan sahaja hati senang malah selera makan juga boleh bertambah-tambah kerana hidup dalam keadaan yang serba positif dan ceria.
Lucunya baru-baru ini, Shaheizy Sam ada memuat naik sekeping gambar keadaan dirinya yang terkini.
Salahkan makanan kenapa sedap sangat
Dalam posting berkenaan, Shaheizy dilihat semakin buncit dan menyalahkan makanan kerana terlalu sedap sangat.
Padahal dia sebelum ini pernah berkata menerusi satu kapsyen, “Esok lusa hilanglah lemak ini,” tetapi lain pula yang jadinya.
Bini nak badan suami macam Shaheizy
Pengikut Shaheizy memberi pelbagai reaksi atas perubahan Shaheizy yang dilihat agak ketara namun bagi lelaki, it’s OK!
Lainlah kalau wanita, memang tengah kurus pun dia boleh kata berat badan dah naik. Aishh.. pening nak hadam!
Tetapi kepada para isteri yang inginkan suami masing-masing memiliki bentuk tubuh seperti Shaheizy Sam, bergembiralah kerana ia sudah termakbul.
Apa komen dan reaksi anda pula? Kongsikan bersama Maskulin.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cara Betul Nak Buat Senaman Lompat Tali Agar Mudah Nak Bakar Banyak Kalori!

Sukan lompat tali memang cukup digemari oleh kebanyakan orang. Selain boleh dibuat di mana-mana, sukan lompat tali ini juga tidak memerlukan belanja yang besar. Malah ia menjadi pilihan terbaik kerana sesuai untuk seisi keluarga, ringan dan mudah untuk dilakukan.
Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Pusat Kesihatan Connecticut, penggunaan tali skipping terbukti bagus untuk kesihatan jantung. Ia juga dapat memperkuatkan bahagian atas dan bawah badan serta membakar kalori dalam masa yang singkat.
BACA: Nak Elak Terkehel Masa Berlari, Praktikkan Senaman Kaki Ini Agar Kuat & Berotot!
Cara betul nak melompat
- Lakukan aktiviti regangan badan sebelum memulakan sukan lompat tali ini.
- Berdiri tegak dengan posisi kedua-dua tangan memegang hujung tali di antara ketiak dan siku.
- Pijak tali bagi memastikan ukuran yang sesuai. Jika berlebihan, simpul tali mengikut kesesuaian.
- Kemudian letak tali di belakang tubuh, posisi ini disebut juga sebagai posisi awalan.
- Hayunkan tali ke depan dan lompat. Tali yang dihayunkan dijadikan sebagai rintangan lompatan.
- Lakukan tanpa memijak tali tersebut. Anda digalakkan lompat hingga ketinggian tidak melebihi 30cm.
- Lompat mengikut kemampuan masing-masing.
- Hentikan putaran tali dan lompatan jika anda kepenatan, berehat seketika sebelum ulang lompatan.
BACA: Selain Berkesan Bakar Lemak & Buang Kalori, Ini 8 Lagi Kelebihan Senaman Lompat Bintang!
Kebaikan sukan lompat tali
1. Jika dilakukan hanya 15 hingga 20 minit pun, anda boleh membakar keseluruhan kalori pada sekeping bar coklat.
2. Apabila anda melompat, tubuh badan akan mengeluarkan endorphin yang memainkan peranan sebagai pencegah kesakitan dan membuatkan tubuh rasa lebih santai.
3. Dengan melakukan lompat tali berulang kali, tubuh badan dapat membakar sebanyak 800 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam berbanding 200 hingga 300 kalori yang terbakar ketika berjalan dalam jumlah masa yang sama.
4. Sukan lompat tali dapat membina kepadatan mineral tulang dan meningkatkan kecergasan tubuh badan secara menyeluruh. Atlet menggunakannya untuk meningkatkan prestasi ketinggian lompatan mereka.
5. Ia juga dapat mengencangkan otot jika dilakukan secara rutin. Otot menjadi semakin kencang kesan daripada lompatan tersebut terutamanya otot kaki, otot bahagian bawah serta otot bahagian atas seperti lengan dan bahu.
6. Boleh membuka liang roma dan menghapuskan toksin melalui peluh.
7. Dapat memperkuatkan organ dalaman agar berfungsi dengan lebih cekap dan baik.
8. Ia dapat meningkatkan pengaliran darah serta memberikan lebih banyak nutrien kepada kulit.
9. Sukan lompat tali ini mampu membantu menambahkan tenaga dalam tubuh. Latihan yang dilakukan mampu membiasakan tubuh mengeluarkan tenaga yang tersimpan di dalam sehingga mengoptimakan tenaga di dalam tubuh untuk kegunaan di kemudian hari.
10. Manfaat sukan lompat tali mampu meningkatkan kepadatan tulang sehingga sukan ini sangat berguna untuk mengurangkan risiko terjadinya masalah osteoporosis.
Patut tahu!
- Aktiviti lompat tali ini dikesan pada tahun 1600 sebelum Masihi apabila orang Mesir menggunakan pokok anggur untuk melompat.
- Tali skipping juga merupakan sukan yang popular di lebih 38 buah negara dan organisasi. Malah kelab lompat tali boleh dijumpai hampir di mana-mana sahaja di negara-negara tersebut.
- Rekod dunia yang tercatat ialah sebanyak 188 lompatan yang dilakukan dalam masa 30 saat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Duduk Terlalu Lama Buat Anda Jadi Gemuk!

Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat. Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti.
Orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga.
Para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari.
Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga.
Penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.
Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Trik Guna Treadmill Untuk Dapatkan Pinggang Dari ‘XL’ Ke ‘M’ Atau ‘S’

Berjalan mendaki bukit banyak faedahnya. Bukan sahaja dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat, malah ia terbukti mampu mengekalkan kesimbangan dan postur badan.
Sesungguhnya, rutin ini memerlukan tenaga yang banyak di samping penggunaan otot badan yang stabil berbanding berjalan atau berlari di atas permukaan rata.
Namun, kebanyakan daripada kita menganggap rutin mendaki bukit ini agak sukar untuk diikuti kerana mudah berasa letih dan semput, lalu ia kurang diamalkan.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Anda silap! Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
Adapt gunakan treadmill
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
Terus membakar lebih banyak kalori
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
Pengaruh kelajuan treadmill
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
Jadikan treadmill rutin harian
1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
2- Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3- Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI