
Kalau selalu kita dengar orang bela kucing, anjing, hamster dan paling pelik orang bela ular la kot. Tapi dekat Nigiria ni betul-betul rare. Sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai Gadawan Kura di kalangan penduduk tempatan turut memelihara haiwan liar sebagai bintang peliharaan mereka.
Tujuan mereka membela dubuk-dubuk ini adalah sebagai haiwan peliharaan adalah sebagai suatu simbolik kekuatan kumpulan mereka kepada masyarakat dan pihak lawan mereka di sana.
Dubuk merupakan sejenis haiwan liar yang ganas yang banyak terdapat di negara-negara di Afrika. Haiwan ini terkenal dengan jeritannya yang seperti suara orang ketawa. Suara ketawa ini boleh kedengaran sehingga jarak 5 km.
Sumber : Taikotai
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jutawan Relaks Je, Tapi Yang Tak Berapa Kaya Sibuk Dengan Barang Berjenama

Menguruskan wang hasil titik peluh diri sendiri bukan suatu perakara muda. Ditambah pula keinginan terhadap benda-benda yang tidak diperlukan pun dalam kehidupan seharian. Maka tidak hairanlah ramai yang membazir, membeli dan memiliki barangan yang sebenarnya tidak perlu.
Ramai usahawan dan jutawan terkenal pada masa kini masih lagi berjimat cermat dalam membelanjakan wang mereka. Biar pun angka pendapatan mereka bertambah berlipat kali ganda setiap bulan, tetapi mereka cukup normal dan berdisiplin dalam bab perbelanjaan wang sendiri. Berikut adalah beberapa tip bagaimana jutawan-jutawan ini berjimat cermat dalam membelanjakan wang mereka.
Tinggal di rumah sederhana
Warren Buffet merupakan jutawan ketiga terkaya di dunia, namun beliau masih lagi tinggal di rumah yang sama sejak tahun 1957. Rumah tersebut dibeli oleh Warren pada harga US$31,500. Carlos Slim, jutawan dan antara manusia terkaya di dunia masih lagi menetap di rumah yang sama sejak 40 tahun lalu.
Menggunakan kenderaan awam.
Jutawan-jutawan seperti John Caudwell (memiliki US$2.4 billion), David Cheriton (memiliki US$1.3 bilion) dan Chuck Feeney (memiliki US$1.63 bilion) mampu memiliki helikopter atau jet peribadi untuk pergi kerja.
Namun medium kenderaan yang dipilih oleh mereka bertiga untuk pergi bekerja adalah menaiki dan menggunakan kenderaan awam. Ada kalanya, mereka juga memilih untuk berjalan kaki sewaktu bertugas.
Beli pakaian di pasar raya
Jutawan seperti David Cheriton (memiliki US$1.3 bilion), Sergey Brin dan Larry Page (pengasas Google) lebih selesa memakai jeans dan kemeja-T sepanjang masa. Ingvar Kamprad, pemilik Ikea, tidak gemar memakai sut atau pun tuksedo,manakala John Caudwell (memiliki US$2.4 bilion) pula lebih gemar membeli pakaian murah di pasar raya.
Memandu kereta biasa
Jutawan Jim Walton, pengasas Wal-Mart dan memiliki US$21 bilion masih lagi memandu trak buruk yang dimilikinya sejak 15 tahun lepas. Azim Premji (pengasas Wipro Limited dan memiliki US$15 bilion hanya memandu kereta Toyota Corolla. Ingvar Kamprad pula masih lagi memandu kereta Volvo berusia 10 tahun. T
Elak membeli barang mewah
Mungkin anda terkejut mendapat tahu bahawa jutawan seperti Carlo Slim boleh berbelanja sebanyak beratus ribu dolar setiap minit untuk 100 tahun akan datang tanpa perlu bekerja.
Beliau sebenarnya tidak memiliki barang-barang mewah termasuklah jet peribadi, kereta mewah atau pun kapal layar peribadi. Kebanyakan jutawan juga mengelakkan diri daripada memiliki barang-barang mewah. Warren Buffet tidak suka hidup mewah dan pernah berkata, “Barang-barang mewah hanya akan menyusahkan kita di kemudian hari.”
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Keletihan, Kelesuan, Hilang Deria Bau Serta Deria Rasa Termasuk Gejala COVID-19 – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA, 27 Mei — Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa, kini termasuk dalam gejala COVID-19 tidak nyata, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham hari ini.
Dr Noor Hisham berkata sebelum ini jika seseorang itu mempunyai gejala nyata seperti demam, batuk, selesema, cirit-birit dan sesak nafas, kebarangkalian untuk mendapat jangkitan COVID-19 itu wujud.
“Tetapi gejala yang kita tak perasan ada kalanya adalah keletihan, kelesuan, yang juga satu gejala (COVID-19). Hilangnya deria bau dan deria rasa. Itupun satu gejala.
“Mesyuarat (tempoh hari) di Jabatan Perdana Menteri pun, pegawai tersebut yang datang ke mesyuarat (pasca-Kabinet), dia tidak ada gejala yang nyata, contohnya demam, batuk, sesak nafas ataupun selesema. Tetapi hanya gejala kelesuan yang ada,” jelasnya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, apabila pegawai tersebut ada gejala kelesuan, kebetulan yang beliau diperlukan bagi menghadiri mesyuarat tersebut, maka KKM telah melaksanakan ujian saringan dan beliau positif.
Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata, walaupun di pejabat mempunyai peralatan untuk mengambil suhu, jelasnya walaupun seseorang suhu normal (36.6 hingga 37.2), tidak semestinya mereka tidak bergejala (gejala tidak nyata).
“Tapi kalau ada gejala (nyata dan tidak nyata), pastikan jangan datang ke pejabat langsung,” katanya yang mengulas pertanyaan pemberita berhubung wujudnya perbezaan suhu pada termometer yang digunakan.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata, KKM akan melihat bagaimana untuk menempatkan pesakit COVID-19 yang telah didiscaj selepas 14 hari, sekiranya mereka tidak mahu pulang ke rumah.
“Kalau mereka tak nak balik, kita akan lihat bagaimana untuk kita tempatkan mereka di hospital atau mungkin di institut latihan dan tempat yang asymptomatic (tidak menunjukkan apa-apa simptom) bergejala ringan.
“Mereka yang bergejala pada hari pertama dan hari 14 masih lagi bergejala, itu yang kita akan tahan lagi. Sebab ada yang (bergejala) berpunca dari virus dan kebolehjangkitan atau komplikasi,” jelasnya.
Tambah Noor Hisham, sekiranya pesakit ada komplikasi dan memerlukan rawatan berlanjutan, KKM akan pantau dan rawat, sehingga mereka didiscaj daripada wad.
Jelas Dr Noor Hisham lagi, KKM juga menerbitkan garis panduan untuk pakar-pakar serta doktor mereka, untuk merawat serta mengurus pesakit untuk tempoh 14 hari dalam masa terdekat.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan badan bukan kerajaan (NGO), bekerjasama untuk melaksanakan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masyarakat, ketika aktiviti riadah dan bersenam.
Dr Noor Hisham menjawab pertanyaan pemberita berhubung isu jarakan sosial, ketika orang awam melakukan aktiviti riadah dan bersenam, sehingga menyebabkan kawasan taman rekreasi menjadi sesak.
Sumber: BERNAMA
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu

Sesebuah rumah tangga akan menjadi lebih sempurna apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus. Apatah lagi jika suami isteri istiqamah melaksanakan amalan yang menjemput rezeki.
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu
Jika suami isteri nak murah rezeki, ini LIMA perkara yang mereka kena buat selalu.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
RAHSIA RAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Artikel ini diambil dan diolah dari Kashoorga.
Sumber kredit: FB: Firdaus Mokhtar
BACA LAGI : Qari Negeri Sembilan Jadi Juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2024
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI