Bina Otot Seperti Superman, Caranya Mudah Hanya Dengan 5 Senaman Push Up!

Share

Sebut sahaja karakter adiwira Superman pastinya anda sudah terbayangkan seorang lelaki yang memiliki fizikal tegap dan sasa. Kemunculan karakter ini dalam pelbagai medium seperti komik, animasi dan juga filem cukup dikagumi ramai.

Bagi penggemar aktiviti kecergasan terutamanya pastinya mengidamkan bentuk badan sepertinya. Salah satu cara terbaik membina otot seperti Superman ialah dengan melakukan beberapa teknik push up.

Tahukah anda bahawa senaman push up mampu menguatkan hampir keseluruhan otot badan terutamanya pada bahagian atas badan.

Jika ia dilakukan dengan kerap maka anda akan dapati perubahan ketara bukan sekadar pada otot dada, tapi pada otot-otot lain juga. Senaman push up memfokuskan pada otot bahagian depan.

Percayalah jika anda konsisten melakukan senaman tekan tubi, pasti membuatkan penampilan anda lebih segak apabila memiliki otot dada bidang dan tegap.

Ingin dapatkan otot dada tegap, pastikan anda buat 5 senaman tekan tubi ini.

Wide grip push-ups

Trik pertama dapatkan otot dada bidang adalah melakukan gerakan wide grip push-ups secara rutin.

Gerakan yang memfokuskan latihan pada keseluruhan otot dada ini mampu dilakukan dengan cara memposisikan badan seperti akan melakukan push-ups biasa. Kemudian gerakkan telapak tangan ke arah tepi hingga lebih lebar dari bahu.

Clap push-ups

Gerakan ini bukan sahaja boleh jadikan menjadikan dada nampak bidang, ia juga membantu menambahkan otot lengan. Untuk melakukan gerakan ini, mulai dengan posisi push-ups

seperti biasa.

Ketika tubuh berada pada posisi push, lakukan ups dengan tekanan kuat ke lantai sehingga tangan terlepas dari lantai, lalu tepukan tangan sebelum kembali pada posisi asal.

Spiderman push-ups

Tidak hanya pada dada bidang, gerakan push-ups ini jika dilakukan secara rutin mampu menjadikan otot perut terbentuk dengan rapi. Posisikan tubuh dalam struktur push-ups seperti biasa.

Ketika anda berada pada posisi push, bengkokkan sebelah kaki ke tepi perut sehingga lutut sejajar dengan paha. Lakukan gerakan ini secara rutin dengan 30 kiraan untuk permulaan. Anda boleh lakukan 100 kiraan bagi yang sudah pro.

Knee push-ups

Jika anda inginkan dada bidang tanpa perlu ke gym, lakukan gerakan push-ups ini secara rutin. Gerakan ini turut membantu pembentukan otot perut. Mulakan dengan gerakan push-ups 

seperti biasa. Ketika anda berada dalam posisi push, bengkokkan lutut hingga mendekati dada.

Single leg raised push-ups

Terakhir adalah gerakan single leg raised push-ups. Gerakan ini membantu anda membentuk dada dan otot di bahagian atas tubuh dengan baik tanpa perlu ke gym. Cara melakukan gerakan ini sangat mudah.

Posisikan tubuh anda seperti anda melakukan push-ups normal. Setelah itu, lakukan push-ups sambil sebelah kaki diangkat ke atas. Lakukan gerakan ini secara rutin setiap hari agar anda mendapatkan otot dada tegap.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim