Bina Otot ‘Sado’ Dengan Siri Senaman Crossfit Yang Mudah!

Share

Crossfit merupakan cabang senaman yang agak popular di kalangan lelaki. Menumpukan kepada aspek stamina dan tenaga badan secara maksima, corak senaman ini memberikan kesan yang sangat efektif buat anda yang ingin membina otot dan mendapatkan fizikal tegap.

4 jenis senaman crossfit yang MASKULIN kongsi kali ini memberi tumpuan kepada hampir semua jenis otot badan seperti tangan, lengan, bahu, perut, kaki dan juga betis.

Jika anda ke gym ini 4 corak dan langkah senaman yang boleh anda cuba!

DEADLIFT

Ia akan lebih ffektif jika anda lakukan dengan pergerakan pantas. Secara tak langsung ia memberi kesan kepada keseluruhan otot tubuh dan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.

BURPEE OVER BAR

Lakukan burpee over

bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.

KETTLEBELL SWING

Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.

GOBLET SQUAT

Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.

Published by
Farizul Izwany