Bina Mini Gym Di Rumah, Kalau Tahu Caranya Senang Saja

Share

Penularan wabak COVID-19 pada ketika ini dilihat seperti masih tiada penghujungnya. Jumlah kes di negara kita dan di seluruh dunia masih mencatatkan angka yang cukup tinggi. Lalu pelbagai usaha bina pelbagai seperti menjalankan aktiviti senaman di gimnasium menjadi cukup berisiko.

Disebabkan situasi semasa lebih ramai lebih selesa melakukan activiti senaman harian mereka di rumah. Namun sejauh mana sangatkah ia boleh memberikan pengalaman dan variasi rutin senaman berbanding melakukannya di gym.

Tapi bagaimana jika anda ada pilihan untuk membina sendiri mini gym di rumah. Tapi bagaimanakah caranya?

Foto: prostooleh – www.freepik.com

Ikuti tip membina mini gym di rumah dengan beberapa langkah seperti MASKULIN kongsikan di bawah.

LANGKAH 1: PILIH RUANG SESUAI

Ini perkara paling penting. Anda perlu memilih ruang sesuai untuk membina mini gym yang boleh memberikan privasi. Jika ada bilik yang tidak digunakan di dalam rumah, itulah lokasi terbaik. Atau anda boleh gunakan sedikit ruang di dalam bilik tidur, stor atau garaj.

LANGKAH 2: PENGUDARAAN BAIK

Lokasi yang anda pilih mestilah mempunya laluan udara yang baik. Amat penting untuk udara mengalir masuk dengan baik. Selain itu sebainya anda memilik bilik yang ada jumlah cahaya matahari yang sesuai. Melakukan senaman di dalam bilik yang ada pengudaraan yang baik membantu rutin senaman lebih lancar. Ia juga dapat meningkatkan kadar oksigen dalam badan.

Foto: senivpetro – www.freepik.com

LANGKAH 3: PEMBELIAN PERALATAN

Satu perkara yang perlu ingat – anda membina mini gym bukannya sebuah gym berskala besar. Jadi belilah perlatan senaman yang sesuai dan tidak terlalu mahal. Tidak perlu membeli set treadmill yang mahal. Anda boleh gantikan dengan tali rope jump, yoga mat, dumbbell, foam roller dan juga medicine ball. Dapatkan juga perlalatan yang sesuai dengan jenis senaman yang anda ingin lakukan.

LANGKAH 4: JIMAT BELANJA

Membina mini gym di rumah tidak memerlukan anda membeli peralatan mahal. Di pasaran online terdapat banyak tawaran perlatan senaman terpakai yang cukup murah. Jika anda pandai cari, boleh dapatkan basikal senaman juga dengan harga jauh lebih murah daripada yang baru.

LANGKAH 5: DAPATKAN CERMIN

Mungkin bagi setengah orang menganggap cemrin tidak penting. Tapi pernahkah anda tertanya mengapa di gimnasium pasti terdapat banyak cermin? Ia sebenarnya bertindak sebagai pencetus semangat buat anda melakukan senaman dengan baik. Cermin juga boleh memberikan bayangan tentang perubahan yang anda lalui dari semasa ke semasa apabila melakukan senaman.

Tidak sukar sebenarnya membina mini gym sendiri di rumah. Apa yang penting anda ada kesungguhan dan sedikit bajet. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim