Bina Kekuatan Otot Bahu & Leher Dengan Senaman Shrugs, Teknik Mudah Dilakukan Di Rumah Saja!

Share

Tidak dinafikan ramai penggemar aktviti senaman lebih memberi fokus kepada otot lengan, perut, dada dan belakang dalam rutin harian. Namun jika anda ingin memantapkan otot bahagian atas atau upper body menjadi lebih menarik, jangan lupakan untuk beri fokus pada otot leher dan bahu.

Kepada anda yang ingin memastikan otot di bahagian tersebut jadi cantik, antara senaman yang boleh dilakukan ialah ‘shrugs’. Secara asasnya senaman shrugs merupakan sejenis bentuk latihan tambahan dalam rutin senaman anda untuk membina otot badan lebih kuat di bahagian bahu.

Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada kettlebell atau dumbbell. Tapi adakah anda melakukan senaman shrugs dengan betul selama ini?

Sebelum mula bersenam adalah amat penting anda memberikan tumpuan kepada gerakan yang betul semasa melakukan shrugs. Dengan kedudukan postur serta tangan yang betul anda akan mendapat hasil lebih berimpak.

Berikut merupakan teknik yang betul melakukan senaman shrugs.

LEHER PADA KEDUDUKAN NEUTRAL

Pertama sekali semasa melakukan shrugs pastikan anda melihat ke bawah. Secara teorinya anda akan melakukan pusingan yang lebih lengkap pada kedudukan ini. Namun harus hati-hati agar tidak jatuh ke depan.

Melihat ke bawah boleh membuatkan servikal tulang belakang berada pada kedudukan baik untuk melakukan shrugs.

TANGAN YANG LURUS

Pastikan juga tangan anda yang memegang bebanan berada betul-betul lurus ke bawah. Jika anda perhatikan ramai orang silap dengan membengkokkan lengan mereka. Ini boleh menyebabkan momentum dan penggunaan tenaga lebih tinggi ke hadapan.

TANGAN RAPAT

Jika anda perhatikan ada rakan-rakan melakukan shrugs dengan mengangkat tangan ke depan – jangan tiru dan lakukannya! Pastikan tangan anda rapat ke badan dengan tangan menggenggam bebanan lurus ke bawah. Postur badan harus sentiasa baik dengan bahu ke belakang dan ketatkan bahagian perut.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim