Cermin mata gaya hidup dan sukan kini menjadi sebahagian daripada keperluan terutamanya buat seseorang yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sentiasa berada di luar.
Dengan kondisi cuaca yang panas dan matahari yang cukup cerah di negara kita penggunaan cermin mata berkanta gelap merupakan satu keperluan. Selain memberikan visual penglihatan yang lebih baik ia juga mampu melindungi mata daripada sinaran cahaya UV.
Selain itu, cermin mata berkanta gelap juga menjadi item fesyen gaya hidup yang cukup penting dalam penampilan seorang lelaki. Salah satu jenama yang selalu menjadi pilihan ramai ialah Oakley.
Terbaru, Oakley melancarkan sebuah program yang memberikan peluang kepada pengguna melakukan kustomisasi dengan pemilihan bingkai, kanta dan pelbagai aksesori cemrin mata.
Oakley Custom Program merupakan program yang cukup unik diperkenalkan oleh jenama tersebut bagi memberikan peluang buat individu yang inginkan kelainan serta menonjolkan personaliti mereka mengikut sentuhan peribadi.
Penekanan terhadap ‘personalization’, program ini memberikan peluang pengguna untuk menyerlahkan keunikan masing-masing menerusi kustomisasi cermin mata gaya hidup atau sukan yang ditawarkan oleh jenama ini.
Program ini menawarkan kombinasi yang sangat banyak. Malah menurut mereka lebih 40 juta kombinasi berbeza dapat dilakukan. MASKULIN sendiri mengikuti sendiri pengalaman mengikuti program ini.
Pertama sekali kita perlu memilih model cermin mata. Untuk program ini Okaley menawarkan empat seleksi iaitu Frogskin, Holbrook. Sutro dan Radar EV. Setiap model menawarkan beberapa seleksi warna berbeza. Secara keseluruhannya terdapat 30 gaya berbeza ditawarkan.
Selepas memilih bingkai beralih pula kepada kanta, bilah dan juga aksesori hiasan tambahan. Di sini juga terdapat banyak variasi mengikut warna dan juga rekaan berbeza.
Oakley juga memberi peluang kepada pengguna program ini untuk memasang sendiri cermin mata pilihan mereka. Ia merupakan satu pengalaman yang cukup penting terutamanya melibatkan item kustom.
Tawaran Oakley Custom Program ini hanya boleh didapati secara eksklusif di butik Oakley KLCC sahaja. Jadi jika anda mahukan cermin mata kanta gelap yang kena dengan selera sendiri bolehlah mengunjunginya dengan segera.