Anda dah bertekad untuk dapatkan bentuk badan sado? Dah bersedia untuk membakar lemak dan membentuk otot anda menjadi lebih cun?
Artikel kali ini kami nak terangkan langkah demi langkah cara bagaimana latihan bina badan untuk orang yang baru nak bermula.
Jangan harapkan keajaiban berlaku dengan sekelip mata. Jangan harapkan anda boleh dapat bentuk badan yang cantik selepas sehari sahaja buat workout.
Latihan bina badan mengambil masa dan anda perlu fokus dan konsisten dalam melakukan latihan bina badan yang betul.
Secepat 29 hari
Berita baiknya adalah anda boleh dapat bentuk badan yang diidamkan dalam masa 29 hari untuk kesan awalnya dan 6 hingga 12 bulan untuk kesan keseluruhannya.
Sebagai orang baru, anda boleh buat latihan dengan lebih kerap berbanding dengan mereka yang dah lama dalam bidang ini.
Walau bagaimanapun untuk orang yang baru, kerosakkan otot akan mengambil masa yang cepat untuk sembuh kerana kesan koyakan masih baru.
Ads
Jangan risau dengan perkataan otot rosak
Ia adalah satu kebaikan untuk seorang ahli bina badan mendapat kerosakkan otot kerana ia akan menggalakkan badan untuk pulih dan seterusnya menyebabkan peningkatan pembentukkan otot untuk workout yang seterusnya.
Ini adalah apa yang dinamakan bina badan – satu kitaran yang berterusan one-step-back, two-steps-forward, dan ulang berulang kali untuk minggu seterusnya.
Oleh kerana itu, tempoh rehat dan tidur adalah amat penting kerana semasa inilah badan akan berehat dan memulihkan otot yang rosak (two-steps-forward).
Latihan pelengkap proses perubahan bina badan
1. Jadi, selain daripada membuat latihan bina badan untuk setiap otot sekali seminggu, kami mencadangkan anda yang baru nak bermula dalam bina badan untuk menggandakan latihan untuk setiap otot dalam seminggu dan gandakan bermula dari situ.
Ads
2. Anda juga dicadangkan untuk memecahkan latihan bina badan kepada 2 hari: Bahagian Atas Badan (Upper body) kecuali otot perut pada hari pertama, bahagian bawah badan (lower body) beserta otot perut pada hari kedua.
3. Oleh kerana matlamat kita untuk melatih setiap bahagian otot 2 kali seminggu, anda boleh mulakan hari pertama dan kedua pada hari Isnin dan Selasa sebagai contoh.
4. Kemudian ulang balik latihan hari pertama dan kedua pada hari Khamis dan Jumaat, hari Rabu dan hari minggu peruntukkan untuk berehat. Mula balik kitaran latihan hari pertama dan kedua pada Isnin minggu berikutnya.
Boleh fokus kepada classic exercises
Matlamat kami dalam artikel ini adalah untuk mendedahkan kepada anda yang masih baru dalam bidang bina badan mengenai perkara asas yang perlu anda lakukan, jadi fokus kita adalah kepada senaman asas atau apa yang digelar oleh mat saleh sebagai classic exercises.
Ads
Setelah anda dah menguasai latihan yang ringkas ini, anda boleh beralih kepada latihan yang lebih mencabar dan fokuskan kepada latihan yang lebih mencabar otot.
Pada peringkat permulaan ini, adalah lebih penting untuk anda pelajari rentak latihan bina badan dan ambil feel setiap latihan berbanding terus angkat berat yang seberat yang boleh.
Kebanyakkan latihan seperti lat pulls dan kebanyakkan latihan angkat dumbbell, sebenarnya agak susah untuk target otot mana yang perlu anda tumpukan jika anda menggunakan berat yang berlebihan.
Mula dengan yang ringan dulu yang anda boleh angkat sebanyak 10-20 kali terlebih dahulu dan tambah berat selepas anda mendapat rentak.
Catit setiap perkembangan anda dari segi pertambahan berat beban dan pembesaran otot untuk rujukan anda dan untuk merancang corak latihan seterusnya.
Sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman jumping jack atau lompat bintang merupakan antara senaman yang pernah popular digunakan sebagai senaman alternatif. Senaman jumping jack antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.
Meskipun senaman jumping jack ini kelihatan mudah tetapi ia juga sangat efektif untuk dilakukan. berikut disertakan 8 kelebihan senaman jumping jack.
1. Baik untuk jantung
Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan mencegah obesiti.
2. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh badan
Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.
3. Menguatkan tulang
mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping Jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.
4. Membakar kalori
Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisyen dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutama jika ia dilakukan dengan kosisten.
5. Melatih otot
Jumping Jack bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen, deltoids dan calves.
6. Meningkatkan metabolisme
Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.
7. Mengurangkan berat badan
Jumping Jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan ia menyebabkan proses pembakaran kalori dan lemak secara tidak lansung.
8. Mengekalkan tubuh badan yang ideal
Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan serta mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perkara ini mungkin tak berlaku pada semua orang namun ia tak mustahil boleh berlaku kepada anda.
Bayangkan anda melakukan latihan senaman bagai nak rak tapi badan masih sama tiada sebarang perubahan! Ya, jika perkara ini berlaku memang boleh buat sesiapa sahaja sakit hati. Dan secara tak langsung boleh menjejaskan motivasi untuk terus melakukan latihan senaman.
Tapi anda tahu mungkin tak tahu sebenarnya ia berlaku di atas kesilapan anda sendiri. Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan senaman anda tidak berkesan. Anda nak tahu apakah yang boleh menyebabkan perkara seperti itu berlaku?
Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!
Rehat Tak Cukup
Tahukah anda, manusia memerlukan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari bergantung kepada aktiviti harian anda. Bagi mereka yang sangat aktif pasti memerlukan rehat yang cukup. Hampir 90 peratus tubuh badan kita akan mengalami proses pemulihan otot semasa kita dalam keadaan tidur. Mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan merencatkan tumbesaran otot dan sebagainya.
Pemakanan yang sihat membantu dalam meningkatkan prestasi anda. Anda perlu bijak merancang pemakanan anda secara seimbang. Walaupun anda bukanlah seorang atlit profesional, anda perlu mengamalkan rentak pemakanan yang seimbang dan berkualiti.
Program
Anda perlu juga bijak mengatur latihan anda. Di samping itu, anda perlu mempelbagaikan bentuk latihan dari segala aspek termasuklah latihan kardiovaskular dan latihan regangan. Sekiranya anda hanya fokus hanya pada satu bentuk latihan, anda telah meninggalkan aspek penting untuk kekal cergas. Kemungkinan anda mempunyai badan yang sasa tetapi anda tidak cergas dari aspek kardiovaskular. Anda juga perlu menyeimbangkan latihan anda dengan melatih kesemua otot anda. Ketidakseimbangan otot boleh mengakibatkan kecederaan pada jangka masa panjang.
Strategi
Latihan anda perlu ada peningkatan dari segi bebanan dan pengulangan. Latihan anda perlu diubah setiap 6 hingga 8 minggu bagi memberi keserasian dan menambah impak yang lebih efektif kepada tubuh badan anda.
Regangan
Aktiviti regangan penting bagi mempercepatkan pemulihan otot dan sendi di samping meningkatkan julat pergerakan (ROM). Secara amnya, kita tahu bahawa mereka yang mempunyai otot yang begitu sasa, sukar untuk melakukan regangan. Hal ini kerana mereka jarang melakukan aktiviti regangan. Dari masa ke masa, mereka yang kurang melakukan aktiviti regangan ini akan terdedah kepada kecederaan otot dan sendi.
Latihan Kardiovaskular
Latihan ini sangat penting bagi menyokong latihan bebanan tetapi tidak diperlukan dengan kerap kerana ini akan melambatkan tumbesaran otot anda. Cukup sekadar melakukan latihan kardiovaskular 2 hingga 3 kali seminggu selama 30 minit. Selain itu juga, anda boleh menerapkan latihan ini ke dalam latihan circuit dan crossfit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyanyi legenda, Amy Search baru-baru ini ada mendedahkan berita gembira apabila beliau bakal menjadi ayah sekali lagi di usia 60 tahun. Namun hasratnya tidak kesampaian apabila beliau mendedahkan isterinya, Norish Hassan yang sedang hamil dua bulan mengalami keguguran.
Berita itu dikongiskan oleh Amy sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam. Meskipun merasa sedih, Amy redha dengan apa yang berlaku dan berharap mungkin hikmah ataupun kemanisan disebalik dugaan ini.
“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.
“Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka,” tulisnya.
Penyanyi lagu Issabela itu turut memuat naik video yang memaparkan sesi pemeriksaan doktor pada statusnya itu.
Dalam pada itu, Amy memberitahu dia reda dengan dugaan tersebut dan berharap akan ada keindahan di sebalik ujian diberikan kepada mereka sekeluarga.
“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-NYA. AmeenYRA,” luah Amy.
Untuk rekod, Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Takziah kami ucapkan dan moga Amy Search serta isteri dan keluarga menghadapi dugaan ini,.
Sumber : Instagram Amy Search
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.