Pemain bola sepak Sepanyol, Lamine Yamal masih mengutamakan pelajaran meskipun perlu beraksi di Kejohanan Eropah UEFA 2024 (Euro 2024).
Hal itu terbukti apabila Lamine Yamal yang baru berusia 16 tahun itu memberitahu yang dia turut membawa kerja sekolahnya ke Euro 2024.
Memetik laporan Daily Mail, Lamine berkata yang tumpuannya bukan sekadar pada sukan bola sepak sahaja.
“Saya bawa kerja sekolah saya ke sini kerana saya sedang di tahun keempat ESO,” kata Lamine.
“Saya ada kelas secara atas talian juga dan ianya berjalan dengan baik. Saya harap cikgu tidak marah kepada saya,” tambahnya.
Untuk makluman, ESO adalah singkatan kepada Educación Secundaria Obligatoria yang merupakan peringkat ketiga dalam sistem pendidikan Sepanyol.
ESO adalah diwajibkan bagi pelajar berusia 12 hingga 16 tahun.
Lamine Yamal menceburi sukan bola sepak dengan Barcelona musim lalu, lantas membuat penampilan sulungnya pada usia 15 tahun.
Pemain sayap itu dengan cepat berkembang menjadi pemain utama untuk gergasi Catalan itu dan mendapat panggilan pertama ke pasukan kebangsaan pada September 2023.
Dia kemudian berjaya menjaringkan gol pada penampilan sulungnya menentang Georgia, menjadikannya pemain termuda pernah beraksi dan menjaringkan gol untuk La Roja.
Sejak itu, Lamine telah membuat tujuh penampilan dan berkemungkinan menjadi pemain utama untuk pasukan Luis de la Fuente di Jerman pada musim panas ini.
“Pemain Baka Istimewa”
Luis de la Fuente selaku pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol turut memuji kebolehan bermain Lamine.
“Pemain bola sepak seperti ini adalah baka istimewa,” ujar bekas pemain berusia 62 tahun itu.
“Ia adalah luar biasa bagi seorang budak lelaki berusia 16 tahun untuk mempunyai keyakinan diri seperti itu, keupayaan untuk bermain dan kelihatan seperti seorang veteran. Kerana hanya mereka yang terpilih sahaja yang memiliki perkara itu,” tambahnya.
Sebagai jurulatih, Luis juga merasa bertanggungjawab untuk memanfaatkan keupayaan hebat dimiliki bakat-bakat muda untuk kemajuan seluruh pasukan.
“Saya tidak terkejut dengan kemampuan mereka (Lamine Yamal, Pau Cubarsi dan Nico Williams) dan saya fikir kami jurulatih perlu memberi mereka peluang, keseimbangan, keselamatan dan kestabilan serta membantu mereka menikmati masa ini,” ulasnya lagi.
Sumber: Daily Mail
BACA: Bagai Adik & Abang, Alif Satar Harap Mampu Kekal Sihat & Kuat Seperti Ayah
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI