Pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ferrari di Malaysia, Ital Auto Malaysia Sdn Bhd, secara rasminya membuka bilik pameran pertamanya di negara ini. Terletak secara strategik di pusat ibu negara Malaysia di Four Seasons Place Kuala Lumpur, bilik pameran baru ini dibangunkan demi memenuhi permintaan para peminat Ferrari yang meningkat.
Bilik pameran Ferrari Ital Auto Malaysia mempunyai keluasan 3,826 kaki persegi, dengan dua ruang pameran kenderaan yang memberikan pentas kepada model Ferrari terkini untuk dipamerkan sepanjang masa.
Setiap titik sentuhan kunci dalam bilik pameran, dari kaunter penerimaan hingga lantai jualan, diuruskan oleh duta-duta yang berpengalaman tinggi dengan kelayakan untuk memberikan standard perkhidmatan yang sepadan dengan jenama Ferrari. Terdapat juga paparan interaktif dan dinding video pengalaman jenama yang unik untuk memberi maklumat kepada pengunjung mengenai semangat perlumbaan dan warisan sukan yang terkenal dengan Ferrari.
Ads
“Malaysia adalah rumah kepada komuniti peminat Ferrari yang penuh semangat dan peminat jenama yang setia. Menubuhkan Bilik Pameran Ferrari Ital Auto Malaysia di Four Seasons Place Kuala Lumpur adalah penting bagi kami untuk memastikan Prancing Horse yang ikonik berdiri tinggi di Tengah ibu kota, sambil memastikan kemudahan dan perkhidmatan kami mencapai piawaian kecemerlangan automotif yang sinonim dengan jenama ini,” kata Zahir Kelvin Ong Abdullah selaku Pengarah Eksekutif Ital Auto Malaysia Sdn Bhd.
Ads
Pelancaran Purosangue & Roma Spide
Pelancaran Ferrari Ital Auto Malaysia bertepatan dengan kemunculan dua model Ferrari yang sangat dinantikan di Malaysia, Purosangue dan Roma Spider. Purosangue adalah penerima terkini enjin V12 ikonik Maranello, manakala Roma Spider mengekalkan proposisi, ruang, dan spesifikasi berjaya tinggi Ferrari Roma, tetapi dengan daya tarikan tambahan dari atap keras yang boleh ditarik.
“Purosangue dan Roma Spider adalah dua model yang telah membawa kepelbagaian positif kepada campuran produk Ferrari sejak diperkenalkan. Sesuai bahawa kereta ini diraikan bersamaan dengan pelancaran bilik pameran Ferrari Ital Auto Malaysia yang baru. Saya gembira bahawa Ital Auto Malaysia Sdn Bhd telah mendapatkan lokasi strategik di tengah-tengah bandar untuk faedah komuniti Ferrari tempatan kita,” kata Dieter Knechtel selaku Presiden Ferrari Far East dan Middle East Hub.
Ads
Semua kenderaan Ferrari yang dibeli dari Ferrari Ital Auto Malaysia disokong oleh jaminan pembetulan selama tujuh tahun dengan Penyelenggaraan Tulen untuk mengekalkan prestasi dan keunggulan yang menjadi ciri semua kenderaan yang dibina di Maranello.
Bilik pameran Ferrari Ital Auto Malaysia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 7 petang pada hari bekerja, dan dari 10 pagi hingga 4 petang pada hujung minggu. Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temujanji, layari laman web Official Ferrari Dealer Ital Auto atau hubungi 03-2303 9888.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penungggang motor jenis kapcai & sportbike masih lagi menggunakan teknologi komponen rantai yang digerakkan menggunakan set sprocket sebagai sistem pacuan utama.
Kedua-dua komponen ini sangat penting dan perlu diselenggara rapi supaya kondisinya kekal mantap & selamat digunakan.
Tugas utamanya adalah menyalurkan tenaga dari enjin ke roda. Disebabkan itu, terdapat risiko motosikal anda merosot prestasinya seiring dengan usia serta kondisi penggunaan dua komponen berkenaan.
Sebagai penunggang motosikal, anda perlu tahu masa yang sesuai untuk menukar kedua-dua komponen tersebut untuk memastikan prestasinya tidak sampai ke tahap yang merisikokan penunggang.
Apa yang MASKULIN ingin tekankan adalah, jangan sampai rantai tertanggal dan sprocket sudah tumpul giginya baru kita nak tukar.
Selalunya sproket dan rantai motosikal perlu diganti apabila perbatuan mencecah kira-kira 25,000km. Tetapi ingat, ia bergantung kepada cara tunggangan. Tempoh penukaran mungkin lebih awal jika tunggangan anda banyak terdedah kepada persekitaran yang sangat berdebu, kotor, dan basah.
Janganlah menangguh menukar dua komponen itu jika sudah tiba masa. Rantai yang terlalu kendur berisiko putus atau tertanggal dari sproket, begitu juga sproket yang sudah haus. Malah, boleh menyebabkan kemalangan.
Jika mahu menukar sproket dan rantai, seeloknya tukarkan kedua-dua sekali dan jangan berasingan supaya prestasi sistem pacuan motosikal anda kekap optimum dan tip top!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suzuki Motor Corporation, syarikat berkenaan bakal mendedahkan Swift Sport baharu pada acara IAA Frankfurt Motor Show ke-67, September depan.
Sejak dilancarkan pada 2005, modal hatchback berkenaan menerima sambutan menggalakkan. Malah di pasaran tempatan, hanya model Suzuki Swift sahaja mendapat tempat di hati pengguna Malaysia. Sedangkan produknya yang lain kurang popular.
Sayangnya syarikat itu telah menamatkan operasinya tahun lalu di Malaysia. Adakah Malaysia bakal menerima Swift Sport baharu nanti? Mungkin produk rebadge dari Proton? Masih samar-samar. Sementara itu, kita semak dahulu perincian Swift Sport berkenaan.
Suzuki Swift Sport generasi ketiga itu direka bentuk semula sepenuhnya dan menawarkan pelbagai peringkat keseronokan buat mereka yang menginginkan pemanduan sporty. Pihak Suzuki melakukan rombakan secara menyeluruh bermula dari rekaan sehinggalah menambah baik sektor pengendalian.
Swift Sport tersebut menerima penampilan lebih agresif menerusi pemilihan rim aloi baharu dan rekaan gril yang berbeza. Menerusi laman sesawang Suzuki, model tersebut bakal ditawarkan dengan enam pilihan warna.
Swift Sport 2017 didatangkan dengan paip ekzos berkembar bersama diffuser berwarna hitam di belakang. Masuk ke bahagian kabin, model tersebut menerima dua tona warna iaitu hitam dan merah yang menyerlahkan rasa sporty. Bahagian stereng dipadankan dengan butang kawalan.
Manakala di tengah papan pemuka tersedia skrin sentuh hiburan bersaiz 7-inci dengan sambungan Bluetooth, Apple CarPlay serta Android Auto. Tidak ketinggalan, bahagian kerusi dipadankan dengan jahitan benang berwarna merah.
Dari segi jana kuasa, Suzuki Swift Sport dikatakan bakal dilengkapi dengan enjin 1.4 liter pengecas turbo. Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 6 kelajuan automatik atau 6-kelajuan manual. Ini merupakan kali pertama enjin pengecas turbo ditawarkan pada Swift Sport.
Model yang menggunakan platform Heartect baharu itu akan didedahkan pada 12 September di Frankfurt Motor Show ke-67.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepada anda yang mempunyai dan memiliki memiliki kereta atau kenderaan empat roda berusia lima tahun sila beri perhatian.
Terdapat satu komponen dan jenis kerosakan yang sering tidak diberikan perhatian khusus. Masalah ini akan muncul selepas anda dapati enjin kereta bergegar dengan kuat. Sehingga ia boleh menjejaskan pemanduan serta keselesaan.
Anda mungkin hairan dari manakah puncanya masalah tersebut dan kenapa stereng boleh bergegar dengan cukup kuat. Dan semestinya anda risau akan kesan yang boleh menimpa terhadap kereta.
Terlebih dahulu kita perlu tahu apa itu engine mounting. Secara asasnya engine mounting merupakan komponen yang ‘memegang’ enjin kereta dan juga kotak gear. Kebiasaannya terdapat dua atau tiga pada bahagian enjin dan ia juga mempunyai lapisan getah yang membawa fungsi menyerap gegaran.
Di antara punca utama mengapa kerosakan pada engine mounting ini boleh rosak adalah disebabkan bahagian getahnya yang sudah keras atau kedudukan besi mounting rosak dan tercabut daripada bahagian casis enjin.
KESAN AKIBAT KEROSAKAN
Terdapat beberapa jenis kesan dan kerosakan yang boleh berlaku kepada kereta anda sekiranya engine mounting rosak. Antaranya ialah;
Enjin kereta boleh jatuh dan teralih dari kedudukan asal. Ini akan menyebabkan kerosakan teruk kepada komponen lain seperti sistem ekzos, driveshaft, alignment lari dan kerosakan lain lagi.
Juga boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian panel body dan casis kereta akibat gegaran berterusan dari mounting enjin yang rosak
Pergeseran akan berlaku di antara komponen yang berada berdekatan dengan enjin seperti turbocharger, manifold, bateri, radiator, kipas dan sebagainya. Secara tak langsung boleh menyebabkan lagi banyak komponen rosak
PETANDA AWAL
Dalam penjagaan kereta sebelum berlakunya apa-apa kerosakan kebiasaannya kereta akan memberikan pentunjuk. Begitu juga kerosakan pada bahagian engine mounting. Ia merupakan jenis kerosakan yang jarang sekali berlaku secara tiba-tiba.
Berikut merupakan tanda-tanda engine mounting kereta anda sudah rosak;
Selepas enjin kereta dihidupkan anda dapati timing engine jadi turun naik. Ia lebih buruk apabila penghawa dingin dipasang. Selain itu, kereta juga turut bergegar dengan kuat lalu menjadikan pengalaman menawa kereta jadi tidak selesa.
Rasa bergoyang atau tidak stabil semasa mengambil selekoh atau ketika memusingkan kenderaan. Engine tidak diikat dengan betul dan menyebabkan inersia lebih semasa pusing.
Bagi kereta jenis manual ia lebih mudah untuk mengetahui sama ada ia mengalami kerosakan atau tidak. Letakkan sedikit kaki kiri di bahagian pedal clutch. Jika ada gegaran kuat maka itu petanda mounting untuk gearbox ada masalah.
Ketika kereta bergerak laju di jalan lurus namun anda dapati stereng bergegar dengan kuat. Memang sah ada masalah engine mounting yang perlu diperiksa dengan segera.
Jadi jika dapati kereta anda mempunyai petanda-petanda seperti di atas sila cepat-cepat bawa ke bengkel untuk dibaiki.
Ikuti channel YouTube MASKULIN untuk seleksi video-video yang menarik!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.