
Bulan Ramadan bukan alasan untuk tidak bersenam, malah ia dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental sepanjang bulan yang mulia ini.
Pemilihan waktu yang sesuai memainkan peranan penting bagi memastikan tubuh kekal bertenaga tanpa menjejaskan ibadah puasa.
Menurut Jaifitness, tiada waktu terbaik yang khusus, tetapi pemilihan masa bergantung kepada keselesaan dan kemampuan individu.
@jaifitness2 Bila waktu terbaik untuk workout pada bulan puasa? (Part 1) Pendapat saya ada dalam video ni. Panjang sikit so saya pecah kepada 2 part. 😅 Make sure korang tengok sampai habis dan jangan lupa untuk follow, like dan share. #workout #puasa #fasting #ramadan #malaysiafitness #terawikh #bersenam ♬ Inspirational – neozilla
Sebelum Sahur
Bersenam sebelum sahur menjadi pilihan bagi mereka yang ingin memulakan hari dengan penuh produktiviti.
Kelebihannya, tubuh lebih fokus dan segar kerana tiada gangguan.
Workout pada waktu ini juga membolehkan anda berasa lebih bertenaga sepanjang hari.
Namun, tenaga mungkin sedikit berkurangan kerana tubuh hanya bergantung pada simpanan makanan dari malam sebelumnya.
Selain itu, jadual tidur juga boleh terjejas kerana perlu bangun lebih awal untuk bersenam.

Selepas Sahur
Workout selepas sahur adalah pilihan yang baik bagi mereka yang ingin bersenam dengan tenaga yang baru diperoleh.
Tambahan pula, anda masih boleh mengambil air sebelum azan Subuh untuk memastikan badan kekal terhidrat.
Waktu ini sangat sesuai untuk sesi workout yang ringan seperti stretching atau brisk walking.
Walau bagaimanapun, kekangan masa yang singkat mungkin menyebabkan sesi senaman menjadi terburu-buru.
Sebelum Berbuka
Waktu sebelum berbuka adalah antara masa paling popular kerana badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga selepas seharian berpuasa.
Fasted workout pada waktu ini boleh membantu pembakaran kalori dengan lebih efektif dan meningkatkan fat oxidation.
Walaupun begitu, tenaga mungkin berada pada tahap minimum kerana tubuh tidak menerima makanan sepanjang hari.
Oleh itu, aktiviti ringan seperti jogging atau yoga lebih sesuai dilakukan pada waktu ini.

Selepas Berbuka
Bagi mereka yang ingin melakukan workout dengan prestasi terbaik, bersenam selepas berbuka adalah pilihan ideal.
Tenaga yang diperoleh daripada makanan membolehkan anda melakukan senaman berintensiti tinggi seperti weightlifting atau HIIT.
Namun, anda perlu memberi masa yang mencukupi untuk proses pencernaan sebelum memulakan senaman.
Selain itu, sesi workout pada waktu ini juga mungkin bertembung dengan solat tarawih dan masa bersama keluarga.
BACA LAGI : Coach Oci Kongsikan 6 Punca Kenapa Cepat Haus Walaupun Minum Banyak Air Waktu Sahur
Tiada waktu yang paling sempurna untuk workout di bulan Ramadan kerana setiap individu mempunyai jadual dan keperluan yang berbeza.
Yang paling penting adalah mencari waktu yang sesuai dengan rutin harian tanpa mengabaikan ibadah dan kesihatan.
Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak aktif, sebaliknya gunakan masa ini untuk memperbaiki tahap kecergasan diri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI