Topik kekal awet muda bukanlah merujuk kepada kaum wanita semata-mata malah kaum lelaki juga perlu mementingkan penjagaan kulit wajah.
Selain bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, kekal awet muda boleh membuatkan lelaki menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Jadi nak tahu apa 8 petua lazim yang mudah bagi lelaki buat? Baca entri yang MASKULIN sediakan di bawah ini :
1. Elakkan merokok
Kalau anda memang seorang perokok, memang payah nak nampak muda. Kecuali anda berhenti rokok dan jauhkan diri dari asap rokok. Ini kerana asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.
BACA: Selain Baik Untuk Kesihatan & Awet Muda, Ini Adalah Khasiat Ulam Yang Ramai Orang Tak Tahu
2. Jauhi makanan yang kurang berkhasiat
Makanan kurang berkhasiat sudah tentu termasuk makanan ringan, maggi, fast food MCD, KFC, Burger King dan sewaktu dengannya. Jauhkan diri anda dengan pemakanan sedemikian dan amalkan makanan yang lebih sihat dan berkualiti.
3. Bersukan
Bersenam secara teratur juga dapat mengekalkan kecergasan dan juga boleh mengurangkan stress.
4. Mengamalkan doa untuk awet muda
Ini adalah salah satu doa sendiri (bahasa Melayu) yang boleh kita amalkan, Insya’Allah.
”Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada Mu daripada timpaan bala celaka, kecelakaan dan nasib yang buruk. Ya Allah, daku ( insan ) lemah, kuat dan segarkanlah diriku, ya Allah yang Maha Pengasih.”
5. Sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi stress
Lelaki yang sentiasa tenang ketika masalah timbul dan bijak menyelesaikannya, kebiasaanya kurang mengalami stress. Lihat saja wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku.
6. Meminum air herba
Minumlah air herba seperti tongkat ali, kacip fatimah atau akar kayu dan air suam. Selain itu, anda boleh juga mencuba teh herba, teh hijau, buah goji dan apricot. Berdasarkan petua orang-orang dahulu, herba sememangnya baik untuk tubuh. Dalam masa sama, boleh minum air suam kerana ia bersifat mencuci dan meneutralkan darah dalam tubuh.
7. Air embun
Letak piring, sebelum tidur di tempat yang luas, kemudian ambil airnya dan menyapu badan dengan air embun setiap pagi selepas solat subuh untuk mendapatkan tubuh yang segar. Insya’Allah..
8. Vegetarian
Mengikut kajian, orang vegetarian tidak makan daging. Maka, berat badan menjadi stabil. Sayur dan buah pula memiliki banyak warna. Jadi, semakin berwarna semakin sihat makanan anda.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI