1) Jangan Berkahwin kerana Potensi
Selalunya lelaki apabila berkahwin, dia mengharapkan perempuan tersebut tidak pernah berubah, dan perempuan pula apabila berkahwin dia berharap untuk mengubah lelaki tersebut. Ini adalah pendekatan yang salah bagi kedua-dua pihak. Apabila anda berkahwin dengan seseorang, jangan anggap anda mampu mengubah mereka dan mencapai potensi mereka. Tiada sebarang jaminan walaupun perubahan-perubahan tersebut adalah untuk kebaikan. Malah, selalunya ia akan menjadi sebaliknya. Kalau anda tidak mampu menerima seseorang atau membayangkan untuk hidup bersama mereka seadanya, maka, jangan berkahwin dengan mereka. Perbezaan ini termasuklah fikrah, pendapat dalam beragama, tabiat, kebersihan, skil komunikasi dan sebagainya.
2) Pilih Sikap (sifat,watak,peribadi) melebihi Keserasian (chemistry)
Tidak dinafikan keserasian dan daya tarik amatlah penting, namun sikap melebihi kedua-duanya. Bak pepatah yang masyhur, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” Idea untuk “jatuh hati” sepatutnya tidak menjadi asbab utama untuk mengahwini seseorang; cinta sangat mudah dikelirukan di antara keberahian dan nafsu. Antara sifat yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan termasuklah rendah diri, kebaikan, tanggungjawab dan kebahagiaan. Berikut adalah pecahan mengikut setiap sifat:
Lelaki dan wanita kedua-duanya mempunyai keperluan emosi, bagi membina sebuah perkongsian yang berjaya keperluan tersebut perlu saling melengkapi. Asas keperluan emosi seorang wanita adalah untuk dicintai. Asas keperluan emosi seorang lelaki pula adalah untuk dihormati dan dihargai. Untuk menjadikan seorang wanita rasa dicintai, berikannya tiga AAAs: Attention (Perhatian), Affection (Kasih Sayang) dan Appreciation (Penghargaan). Untuk menjadikan seorang lelaki rasa dicintai pula berikannya tiga RRRs; Respect (Kehormatan), Reassurance (Kepastian) dan Relief (Pelepasan/Kelegaan). Telah menjadi kewajipan bagi setiap pasangan untuk memastikan pasangannya bahagia dan ini termasuk juga keintiman. Selagi mana setiap pasangan memenuhi keperluan emosi pasangannya, hubungan akan menjadi lebih intim dan lebih mesra.
Dalam perkahwinan anda hanya akan hidup bersama atau hidup berasingan. Berkongsi arah tuju hidup yang sama akan meningkatkan peluang bahawa anda akan hidup bersama.
Anda perlu menjawab YA untuk empat soalan berikut :
Memilih seseorang yang anda tidak merasa selamat dengannya secara emosi bukanlah resepi yang baik untuk sebuah perkahwinan yang berkekalan dan penuh kasih sayang. Apabila anda tidak rasa selamat, anda tidak dapat meluahkan perasaan dan pendapat anda. Belajarlah cara untuk kenali diri sama ada anda di dalam sebuah hubungan yang dizalimi ataupun tidak. Jika anda rasa anda perlu perhatikan apa yang anda katakan, apabila bersama seseorang itu dan anda rasa tidak bebas untuk menjadi diri sendiri dan selalu berhati-hati dalam setiap langkah anda, itu tandanya anda mungkin di dalam abusive relationship . Sila perhatikan perkara-perkara tersebut:
Sangatlah penting untuk kita sentiasa ingat bahawa tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap kebahagiaan anda. Ramai orang silap apabila mereka fikir orang lain yang akan memberi kebahagiaan kepada mereka dan menjadikan hidup mereka lebih baik dan itulah sebab bagi mereka untuk berkahwin. Mereka gagal untuk menyedari jika mereka tidak bahagia sebagai seorang yang bujang, mereka akan terus menderita apabila mereka berkahwin. Jika anda sekarang tidak bahagia dengan diri anda, tidak suka diri sendiri, tidak suka arah tuju hidup ke mana anda pergi, silalah bertanggungjawab terhadap diri anda buat masa sekarang dan baiki perkara-perkara tersebut sebelum berfikir untuk berkahwin. Jangan bawa isu-isu tersebut ke dalam perkahwinan dan mengharapkan pasangan anda untuk membaikinya.