Apabila lelaki memasuki umur 30-an, sikap dan keperibadiannya haruslah seiring dengan perkembangan usia yang semakin matang.

Ketika ini, anda kena mula tinggalkan tabiat yang tidak sihat kerana sudah tiba masanya untuk anda fokus pada kehidupan dan mengenali hala tuju hidup.

Kalau boleh, jangan bersikap sambil lewa dalam kebanyakan perkara dan buanglah perangai keanak-anakan jika masih ada.

Selain itu, utamakan kesihatan dan carilah gaya hidup yang lebih selamat demi masa depan yang lebih sempurna.

Ini antara perkara-perkara yang patut anda elak apabila mencecah usia 30-an.

BACA: Orang Lelaki Kalau Nak Awet Muda, Tak Susah, Cuma Kena Amalkan Tip Ini Sahaja

1. Ambil makanan segera

Apabila Umur Masuk 30-an, Elak Buat 8 Perkara Ini Kalau Nak Sihat & Lebih Berjaya!

Elak ambil makanan segera sebagai hidangan untuk mengisi perut kosong. Ini kerana kandungan garam yang tinggi dan penambah perasa (MSG) yang terdapat dalam makanan sedemikian mampu mempengaruhi tahap kesihatan anda.

Anda harus tahu bermulanya umur 30, tahap kesihatan lelaki akan terdedah kepada kelesuan, kurang stamina, tekanan darah dan juga risiko penyakit prostat. Kalau boleh mulai dari sekarang, ambil berat tentang kesihatan anda.

2. Kerap main video game

Apabila Umur Masuk 30-an, Elak Buat 8 Perkara Ini Kalau Nak Sihat & Lebih Berjaya!

Umur dah masuk 30-an pun masih ‘gila’ bermain video game? Kalau boleh cuba kurangkan kerana banyak lagi perkara penting yang harus anda dilakukan.

IKLAN

Tiada sesiapa yang akan marah jika anda bermain game sewaktu menunggu seseorang tetapi jika sudah melekat di hadapan komputer atau TV, anda harus berubah.

Tolonglah jangan jadi zombie di alam maya semata-mata kerana video games tetapi jadilah individu yang berguna di alam nyata.

3. Tinggal di tempat kotor

Apabila Umur Masuk 30-an, Elak Buat 8 Perkara Ini Kalau Nak Sihat & Lebih Berjaya!

Tak salah kalau nak berjimat cermat tapi kalau sampai sekarang pun anda masih tinggal serumah sampai 10 orang, ia sudah jadi tak bersih. Anda harus tahu bilangan isi rumah yang rasional adalah sekitar 4 hingga 6 orang sahaja paling ramai.

Bukan apa, semakin ramai penghuni dalam rumah, bila masa anda atau penghuni yang lain ada masa untuk berkemas? Pasti masing-masing sibuk dengan urusan yang tersendiri dan akhirnya, kebersihan terpaksa diketepikan.

4. Suka berhutang

Apabila Umur Masuk 30-an, Elak Buat 8 Perkara Ini Kalau Nak Sihat & Lebih Berjaya!

IKLAN

Apabila memasuki umur 30-an, anda seharusnya menekankan pembayaran secara tunai dalam setiap transaksi. Jika berhutang, hadkan pada perkara yang penting sahaja. Contohnya pembelian kereta atau rumah.

Transaksi secara tunai sebenarnya dapat mengurangkan tekanan hidup dan menjamin kelancaran kewangan anda. Satu lagi, jika pada usia 30-an anda masih meminjam duit daripada ahli keluarga atau rakan-rakan setiap bulan, tolong ubah.

5. Guna bahan terlarang

Apabila Umur Masuk 30-an, Elak Buat 8 Perkara Ini Kalau Nak Sihat & Lebih Berjaya!

Cukup-cukuplah anda menghambakan diri dengan bahan terlarang seperti dadah dan ganja ini. Apa gunanya setia dengan perkara-perkara yang menghancurkan hidup anda?

Untuk umur sebegini, anda seharusnya mempunyai kehidupan yang selesa dan bukannya masih berada di lorong-lorong busuk mencari ‘kaki’ dadah.

Renungkan kembali matlamat hidup anda. Masih tidak terlambat untuk berubah. Yang penting cekalkan hati dan cuba sedaya upaya untuk keluar dari kancah kehinaan ini.

IKLAN

6. Buat kerja saat akhir

Apabila Umur Masuk 30-an, Elak Buat 8 Perkara Ini Kalau Nak Sihat & Lebih Berjaya!

Tarikh akhir tugasan sudah dikeluarkan tetapi anda kata tiada mood untuk menyiapkannya?

Sedarlah! Perangai ini sudah tidak relevan lagi pada umur anda sekarang. Ini adalah perangai budak-budak yang sedang meningkat naik usia.

Berubah sekarang atau hidup anda akan sentiasa dikejar dengan beban kerja yang bertimbun-timbun.

7. Fahaman politik

Apabila Umur Masuk 30-an, Elak Buat 8 Perkara Ini Kalau Nak Sihat & Lebih Berjaya!

Jika seseorang meminta anda memberi komen terhadap parti-parti politik maka anda harus ada pendapat tersendiri dan bukannya memberi komen, “Saya tidak gemar politik”. Jika anda peka tentang politik tempatan melihatkan kematangan anda.

Satu lagi kalau boleh, jika anda taksub sekali pun pada apa-apa fahaman politik, jangan menyusahkan orang lain. Fahaman politik yang diikuti itu adalah hak anda, tetapi memaksa orang lain untuk ikut serta itu salah.

8. Berpakaian selekeh

Apabila Umur Masuk 30-an, Elak Buat 8 Perkara Ini Kalau Nak Sihat & Lebih Berjaya!

Ke mana sahaja termasuk majlis besar anda masih lagi setia dengan kemeja-T dan jeans?Pemakaian tersebut tidak salah tetapi haruslah berpadanan dengan lokasi tempat yang anda tuju.

Bukankah lebih kemas jika anda hadir ke majlis besar dan formal dengan berbaju kemeja dan berkasut dikilatkan? Anda akan nampak eksekutif dan segar. Tampil kemas dan bersih sentiasa menunjukkan kematangan anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI