
Antara ilmu atau kebolehan yang berbaloi untuk dipelajari oleh kaum lelaki adalah seni mempertahankan diri.
Bagi bekas jaguh silat negara Al Jufferi Jamari, 32, ilmu mempertahankan diri mampu menjadi ‘senjata’ di saat senjata fizikal sudah tidak berguna lagi.
“Apabila pisau dah tiada, senjata dah tiada, semua dah tiada, tangan kosong dan akal fikiran kita ini lah yang kena ada menjadi senjata,” kata Al Jufferi ketika ditemui Maskulin.
“Tapi nak menjadikan ia senjata itu, macam mana? Pelajarilah seni mempertahankan diri”.
Ilmu itu juga merupakan persediaan yang penting sebelum seseorang ditimpa musibah, tambahnya.
Bukan Sekadar Ajar Bertempur, Ia Membentuk Adab Seseorang
Walaupun Al Jufferi seorang pengamal ilmu persilatan, namun baginya sebarang jenis ilmu membela diri juga membawa manfaat yang setara walaupun berbeza teknik.
Baginya, golongan lelaki khususnya wajib mempunyai ilmu mempertahankan diri.
“Kita kena pertahankan maruah keluarga kita, diri kita. Kalau yang mana dah berkahwin, mesti mempertahankan isteri dan anak-anak,” tambahnya.
Bukan sekadar mengajar cara bertempur, namun seni bela diri turut membentuk jati diri, disiplin, adab serta kesopanan seseorang, ulasnya lanjut.
Usia Muda Lebih Mudah Dilentur
Mula mempelajari ilmu persilatan seawal usia 12 tahun, Al Jufferi mengakui pentingnya untuk mempelajari seni bela diri seawal usia kerana golongan dewasa sedikit sukar untuk dilatih.
“Kalau untuk yang macam umur 18, 20an lah senang cerita, mereka agak lambat sikit,” jelasnya.
Namun dengan minat dan semangat yang tinggi, tidak mustahil untuk melenturkan mereka, tambahnya lagi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pesanan Patriotik Wira Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei Sentuh Hati Warganet

Esok, 31 Ogos 2019 kita rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62.
Seperti mana sambutan-sambutan yang lalu pasti ramai akan melontarkan kata-kata penuh semangat, partriotik dan membawa mesej perpaduan dinantikan oleh kita semua terutama daripada tokoh-tokoh terkenal negara.
Dan pada hari ini, legenda badminton dan wira negara Datuk Lee Chong Wei telah memuat naik sebuah posting yang cukup memberikan semangat dan membawa mesej perpaduan yang hebat.
Umum mengetahu bahawa sejak kebelakangan ini negara kita dilanda oleh pelbagai kontroversi serta peristiwa yang sedikit sebanyak telah mencalar ikatan perpaduan pelbagai bangsa di negara kita.
Kata-kata cacian, maki hamun serta mesej perkauman di laman media sosial seakan menjadi barah yang perlu kita berikan perhatian agar generasi akan datang tidak bergelumang dengan kejahilan seperti ini.
Itulah yang dinyatakan oleh Datuk Lee Chong Wei.
MASKULIN tertarik dengan mesej yang dibawa oleh beliau yang megimbau ketika dia berdepabn Lin Dan di perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2006.
“Bermain melawan antara pemain paling berbakat dan handal di dunia dan ketinggalan 13-20, pada masa itu saya fikir saya akan kalah. Penat dan kecewa. Namun bila melihat kepada peminat di stadium, suara mereka tak pernah padam.
“Saya saksikan seorang kanak-kanak perempuan menadah kedua belah tangannya dengan memejamkan mata sambil berdoa. Di satu sisi lagi, seorang gadis India menangis dan di ceruk berbeza pula anak lelaki kawan saya menjerit nama saya memberikan semangat.”
Posting yang dimuat naik tersebut telah mendapat komen yang cukup positif daripada pengguna Facebook berbilang bangsa. Rata-rata mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berkongsi mesej yang cukup bermakna sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba.
Ikuti perkongsian beliau di bawah:
Hi all, Salam sejahtera semua.
Recently I have not frequented the social media as often as I used to. Sebab sakit hati I baca content that pops up. Friends and fans shooting vulgarities at each other, all due to some very petty issues. It is not the Malaysia I fought for.
When I met Lin Dan during the 2006 Malaysian Open final, I thought I would lose when I trailed at 13-20. It was impossible. Against the most talented man with a 7 point match point deficit, I was already thinking about what to eat for dinner.
I was tired and dejected. I looked up to the crowd. Their vociferous support never wavered. Then I saw a Malay girl, maybe around 8ish years old putting both hands together with her eyes closed. She was praying for me.
The other side of the stadium I saw an Indian gal, crying. I dunno if she crying for me, but I assumed she was.
Then another corner, my friend’s Son; a ten year old Chinese boy was shouting my name so loud that the umpire had to gaze that corner hinting him to lower down his voice.
I knew I couldn’t give up. The whole Malaysia prayed for me to win. A Malaysia consisting of kawan, ah ne, and Heng Dai. A colourful Malaysia. A Malaysia where I eat Roti Canai for breakfast, Nasi Lemak for lunch and Char Koey Tiao for dinner.
We Malaysians are better than these, my friends.
5 years ago, there was a hilarious report from a someone who said Malaysian Chinese would support Lin Dan it was a Lin Dan- Misbun fight. First and foremost, who are u to say these when faith and loyalty shouldn’t be your forte . Second of all, as a Malaysian who know these two players, of course I support Misbun. Misbun is my countryman, Lin Dan is not. Misbun won, my country happy, everyone happy, maybe got cuti. If Lin Dan won, ape gua dapat?
We Malaysians lepak sekali, mamak sekali, look after one another tak kira kaum. We cheer for our country Malaysia. Are we going to stop all these because of one random voice from the building?
Don’t let petty issues like Dong Zong Nor Khat tear us apart,
Don’t let minor people spreading racial hate beat us,
Don’t let insentive people pull our nose out of our sanity,
Don’t let the anasir jahat (from the Chinese , Indians and Malays) defeat our country, our people.
Malaysians are much much bigger than these. Tunjukkan kita jauh lagi teguh dari semua nonsense ini. Spread love not hate!
I want my sons and grandchildren to have their Malay and Indian friends. I want them to feel safe in Malaysia. I want them to fight for the flag, like how I did for u guys in the last decade.
When Malaysia won the Thomas Cup in 1992, Punch Gunalan was the team manager, Razif was the Captain, Rashid was the most talented, Kok Keong was the fighter and Beng Kiang delivered the winning smash. It was a beautiful Malaysia, multiracial. Don’t kill it .
Happy birthday soon, Tanah tumpahnya darah ku. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Sumber: Facebook Datuk Lee Chong Wei
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Solat Sunat & Hajat, Antara Rutin Jojo Ghazali Sebelum Turun Gelanggang

Johan Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Jojo, baru-baru ini meluahkan rasa bangganya apabila dijemput oleh legenda MMA, Khabib Nurmagomedov, untuk berlatih bersama di Dagestan, Russia.
Khabib, yang baru-baru ini melawat Kuala Lumpur, sempat bertemu dengan Jojo dan menjemputnya untuk menyertai kem latihan yang terkenal dengan latihan disiplin ketat serta persiapan mental dan fizikal yang tinggi.
Jojo, seorang pejuang Muay Thai yang semakin dikenali di arena seni bela diri tempatan dan antarabangsa, menyatakan rasa syukur atas peluang ini. “Saya bersyukur dan tak akan lepaskan peluang ini.
“Bagi saya, Khabib dan Muhammad Ali adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Mereka merupakan petarung Muslim yang ikonik,” katanya dengan penuh semangat.
TAWARAN LAKONAN
Selain perkembangan kerjaya dalam Muay Thai, Jojo turut berkongsi dia turut menerima tawaran untuk lakonan. Namun, buat masa sekarang, dia ingin fokus pada perkembangan karier pertarungannya.
“Buat masa sekarang, saya mahu beri sepenuh perhatian pada Muay Thai dan seni bela diri. Mungkin bila kerjaya ini sedikit perlahan, saya akan mempertimbangkan tawaran berlakon. Tapi, berlakon bukan mudah. Ia perlukan tenaga, masa, komitmen, dan latihan yang intensif, terutamanya bagi saya yang tak ada latar belakang bidang lakonan,” jelas Jojo.
Apabila ditanya tentang watak impiannya jika berpeluang berlakon, Jojo tanpa ragu-ragu menyebut: “Kalau boleh pilih, saya mahu berlakon watak seperti Tom Cruise.”
Dalam dunia sukan pula, Jojo mengidolakan Cristiano Ronaldo, atlet yang sentiasa memberi inspirasi kepadanya dengan kerja keras dan dedikasi luar biasa.
Baru-baru ini, Jojo turut mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan baju Melayu ketika perlawanan di Amerika Syarikat baru-baru ini. Ditanya mengenai pemilihan pakaian tradisional itu, Jojo menjelaskan, “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Saya mahu tunjuk kepada dunia budaya kita”.
Menjelang setiap perlawanan, Jojo mempunyai rutin tersendiri. Walaupun tidak tetap, dia berkongsi bahawa solat hajat dan solat sunat sering menjadi amalan sebelum melangkah ke gelanggang.
“Sebenarnya saya tak ada rutin yang sama sebelum perlawanan tapi saya akan lakukan solat – solat sunat, solat hajat untuk kosongkan minda bagi persiapan mental,” tambahnya lagi.
SUKAN MENCABAR
Untuk mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan sukan Muay Thai, Jojo memberikan pesanan ringkas tetapi mendalam.
“Sukan ini bukan mudah. Ia antara yang paling mencabar. Sukan ini menyakitkan dan boleh menyebabkan kecederaan serius, berbahaya dan memerlukan fokus sepenuhnya. Tak boleh buat separuh-separuh.”
BACA: Khabib Pelawa Jojo Berlatih Di Dagestan – “Malaysia Ada Atlet Berbakat Dan Jaguh Muay Thai”
Jojo terus memberikan inspirasi kepada ramai peminat sukan dan seni bela diri dengan ketekunan, dedikasi, dan semangat juangnya.
Sebagai seorang atlet yang terus berkembang, Jojo melambangkan gabungan kekuatan, disiplin, dan rasa bangga terhadap akar budaya serta agama yang dipegang teguh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Astro Gempak
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Amin Idris Dedah Diri Mualaf, Peluk Islam Di Usia 4 Tahun

Dalam satu pendedahan yang mengharukan, Amin Idris, seorang personaliti terkenal, menceritakan kisah perjalanan spiritualnya yang bermula pada usia yang sangat muda.
Amin Idris , pengacara televisyen, malah penceramah motivasi, pendakwah bebas, penulis buku dan personaliti media sosial mula memeluk agama Islam pada usia 4 tahun, suatu usia yang jarang kita dengar seseorang membuat keputusan sebesar itu.
Seorang Mualaf
Siapa menyangka, pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini merupakan seorang mualaf. Dilahirkan dalam keluarga berbilang bangsa dan agama, ayahnya berketurunan India dan Iban, ibunya campuran Siam, Cina, dan Filipina.
“Mungkin juga ramai yang tak tahu, nama saya dahulu James Kelson Dambu Murthy gabungan nama Iban dan india. Saya sempat guna nama itu ketika darjah satu.
“Saya masuk Islam umur empat tahun. Mak tak ada asas ilmu agama yang kuat, jadi dia tak tahu nak ajar macam mana,”kata Amin, menceritakan pengalaman awalnya sebagai saudara baharu.
Jodoh ibu bapanya yang tidak panjang menyebabkan beliau berhijrah ke Negeri Cik Siti Wan Kembang bersama ibu dan adik-beradik yang lain. Setelah keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), beliau yang mesra disapa Bro Amin mengakui dalam dilema apabila diminta memasuki sekolah agama oleh ibunya.
“Apapun, saya kena ucap terima kasih kepada mak kerana selepas UPSR, saya mendapat tawaran asrama penuh. Memang saya nak masuk tapi mak tak bagi.
Pilihan itu nyata membawa titik perubahan dalam hidupnya apabila serius mempelajari ilmu agama termasuklah bab wuduk, solat dan puasa
Berimamkan gajet
Bahkan, tuan punya badan turut terdedah dengan program usrah dan belajar mengaji.
“Saya masih ingat, semasa minggu orientasi, saya terkebil-kebil sebab tak pandai ambil wuduk. Saya terpaksa tunggu orang sebelah untuk tiru dia ambil wuduk. Bukan itu sahaja, saya juga pernah diketawakan oleh orang ramai di masjid.
“Ketika itu saya sembahyang Zuhur lapan rakaat dengan hanya satu tahiyat. Memang waktu itu saya betul-betul tak reti. Alhamdulillah, waktu itu barulah puasa saya sempurna, solat lima waktu dan belajar agama.
“Banyak benda yang mengenal erti dakwah dan sebagainya yang mana membentuk siapa saya hari ini,” kata pengacara program Tazkirah Malam Jumaat di Astro Oasis yang aktif menulis dan bakal terbit dengan buku baharu kelak.
Besarkan Anak Dengan Kasih Sayang
Dalam masa sama, beliau tidak mahu anak-anaknya melalui pengalaman sama sepertinya, tidak dibesarkan dengan merasai kasih sayang seorang bapa.
“Saya tak pernah rasa kehadiran seorang ayah waktu mendapat anugerah pelajar terbaik, hari sukan dan sebagainya ketika di sekolah.
“Jadi, bila ada anak sendiri, semua itu saya tak p•ernah tinggal, termasuklah hantar anak ke asrama, minggu melawat anak dan sebagainya,” kongsinya lagi.
Ditebak persoalan kenapa lebih gemar berkongsi video bersama anak-anaknya tanpa kehadiran sang isteri, ini jawapan tuan punya badan.
“Saya suka kongsi video berkaitan anak-anak kerana zaman sekarang, terlalu banyak kes ayah yang tidak berfungsi sebagai ‘bapa’. Sementara bab isteri, saya memilih untuk privasi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI