Gaya Hidup

Bila terkena Keracunan Makanan, Untuk Rawatan Sementara 6 Bahan Ini Boleh Bantu Anda

Share

Cerita tentang keracunan makanan memang tidak boleh dibawa main-main. Sekali terkena, hanya Allah sahaja yang tahu betapa deritanya. Masalahnya, keracunan makanan ini bukan terjadi dalam tempoh yang singkat. Dalam erti kata lain, bukan selepas makan terus terkena.

‘Kesakitan’ itu biarkan anda jalani kehiudpan seperti biasa dahulu. Tiba sahaja masanya untuk sakit itu munculkan diri, mereka yang terkena pasti akan lembik. Mana kan tidak, selain sakit perut yang teramat sangat, mereka yang terkena keracunan makanan akan mengalami muntah-muntah dan cirit-birit tanpa henti.

Akibatnya, badan akan kekurangan air dan amat berisiko kepada bayi yang masih kecil. Mereka boleh diserang demam dingin sehingga tubuh menggeletar. Jika terkena, terus bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Selain itu, jika keadaan terdesak, anda juga boleh gunakan 6 bahan ini untuk rawatan sementara waktu.

1. Teh

Bancuh teh dengan sedikit madu, daun pudina atau daun basil. Anda bukan sahaja rasa sedikit nikmat malah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya juga sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa sakit sekali gus melindungi perut anda dari terkena penyakit.

2. Halia

Minuman halia yang dicampur dengan madu dan dihidangkan ketika panas. Minuman ini berupaya meredakan sakit akibat keracunan makanan yang masih berada pada tahap yang ringan. Cara penyediaannya adalah dengan ambil sesudu madu dan kacau bersama larutan air halia. Formula ini dipercayai berupaya mencegah masalah radang dalam perut sekali gus menghilangkan rasa sakit disebabkan keracunan.

3. Gula merah

Campurkan empat sudu teh gula merah ke dalam air suam. Kacau dan minum perlahan-lahan. Gula merah dikatakan mampu memberikan lebih tenaga yang diperlukan untuk sementara dan amat perlu dicuba sewaktu tubuh semakin lemah

4. Daun basil

Selain disebut sebagai daun selasih, daun basil boleh meredakan gejala keracunan makanan terutamanya jika anda an mual dan muntah-muntah. Caranya, rendam daun basil dalam air dan minum atau masukkan ke dalam masakan untuk dimakan. Anda boleh menjadikan daun basil ini sebagai jus dan untuk impak yang lebih cepat, minumlah ketika perut masih kosong.

5. Biji jintan

Rawat perut anda yang sakit dengan mencampurkan satu sudu teh biji jintan yang telah ditumbuk halus ke dalam sup yang masih panas. Cara ini membantu anda untuk meredakan radang yang berlaku pada bahagian perut sekali gus mengurangkan rasa sakit yang dirasai.

6. Yogurt

Jika anda rasa mual atau muntah-muntah disebabkan keracunan makanan, maka anda digalakkan untuk mengambil yougurt. Kandungan mikroorganisma di dalamnya dikatakan membantu melawan keracunan makanan sekali gus melegakannya.

Published by
arif.karim