Tayar pecah yang berlaku ketika sedang memandu merupakan satu mimpi buruk buat semua orang. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan serius malah boleh mengancam nyawa jika tidak dikendalikan dengan betul. Jika situasi seperti ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan?
Dalam keadaan kenderaan empat roda yang dipandu pastinya situasi ini akan menyebabkan anda sedikit sebanyak rasa panik. Apatah lagi kereta muda akan sedikit hilang kawalan dek tayar yang pecah.
Jangan panik dan ikuti langkah-langkah keselamatan yang ada boleh lakukan ini seperti di bawah!
Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan. Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukan dalam kejadian tayar pecah kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan. Anda boleh menggunakan ‘brek enjin’ dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.
BACA: Tidur Dalam Kereta Dengan Aircond Terpasang Boleh Membunuh!
Ingat tips pertama, KAWAL DIRI. Anda harus mengawal diri anda daripada menekan pedal brek secara mengejut. Dengan keadaan tayar kereta yang sudah terkunci dan kereta yang sedang terhuyung-hayang, anda masih boleh membrek, namun ada kaedahnya.
Ingat, anda harus membrek dengan kaedah seolah-olah anda sedang mengepam, tekan dan lepas. Begitu juga dengan brek kereta, tekan dan lepas hingga kereta anda semakin perlahan dan berada dalam kelajuan yang mampu dikawal.
Kenapa tidak boleh brek secara mengejut? Anda harus ingat, nisbah brek antara roda hadapan dengan belakang adalah tidak sama, malah anda mungkin tidak tahu tayar mana yang sedang pecah. Tindakan brek secara mengejut boleh menambah risiko untuk kereta anda berpusing lebih teruk dan merosakkan sistem brek kereta anda.
Tips ini mungkin boleh diabaikan bagi pemilik kenderaan yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), namun TIDAK bagi mereka yang sebaliknya. Membrek secara mengejut ibarat menendang bola sekuat hati, cuba anda tahan bola tersebut secara mengejut.
Pasti ada kesan pada bola dan anda yang menahan. Bayangkan jika bola itu adalah kereta anda yang ditahan secara mengejut dan impak kepada anda yang berada di dalam kereta.
Semua pemandu pasti tahu bahawa roda stereng adalah kompenen utama dalam kenderaan yang mengawal arah pergerakan tayar. Logiknya, tayar kereta akan patuh dengan input yang anda berikan kepada stereng ketika memandu. Jadi, memang normal jika kita cuba mengawal kereta yang sedang terhuyung hayang dengan memulas stereng, namun apa yang anda perlu tahu, dalam situasi tayar pecah, logik itu telah BERUBAH.
Ketika anda mahu membelok ke kiri, kereta mungkin akan ke kanan dan sebaliknya atau anda hanya memulas stereng sedikit, tetapi kereta membelok secara berlebihan. Situasi ini terjadi jika kita mengambil contoh tayar depan sebelah kanan kereta yang pecah, kenderaan akan cenderung untuk ke kanan walaupun stereng tidak dipulas ke kanan kerena nisbah berat sudah tidak seimbang dan berat kenderaan akan tertumpu pada roda yang pecah itu.
Jadi, cuba pulas stereng kereta anda secara berlawanan dengan arah kenderaan anda sedang bergerak. Secara lembut dan jangan pulas habis.
Pernah main game Need For Speed, tak kira lah siri yang mana pun? Jika anda perasan di dalam permainan tersebut, ketika anda memecut dan berada dalam gear tinggi, anda sampai di kawasan selekoh tajam dan cuba membelok secara mengejut tanpa merendahkan gear, sekadar menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Kenderaan anda pasti akan terbalik dan berpusng-pusing.
Begitu jugalah dengan situasi sebenar di jalan raya. Jadi, jika anda menggunakan kereta gear auto, anda harus menukar gear anda dari D4 kepada D3 dan D2. Jika anda menggunakan gear manual, tukar kepad gear rendah tanpa menekan kluc, YA TANPA MENEKAN KLUC. Kaedah ini dipanggil sebagai Kaedah Pembrekkan Enjin, ia efektif dan selamat untuk memperlahan kenderaan anda.
Anda perlu memastikan kenderaan anda berada dalam laluan yang sepatutnya. Ini amat penting bagi mengelak kemalangan yang lebih serius misalnya terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan lain. Paling utama, jangan sesekali cuba memberhentikan kenderaan anda dengan cara merapatkan kenderaan ke pembahagi jalan dan melanggar tembok atau pokok dengan sengaja. Bayangkan jika anda dalam kelajuan tinggi, tindakan tersebut hanyalah menjemput maut.
Jika anda berjaya melakukan tindakan di atas, kebiasaannya kenderaan anda sudah pun berada di dalam kawalan. Seterusnya anda hendaklah mencari kawasan lapang untuk berhenti dan menukar tayar.
Bukan ketika anda masih dalam situasi cemas ketika kenderaan terhuyung-hayang, tetapi ketika kereta anda sudah pun berhenti di tepi jalan. Anda tidak perlu menjadikan situsi lebih sukar dan menarik perhatian pemandu lain dengan lampu amaran walaupun situasi tersebut belaku di atas jalan raya.
Jika anda tiada pilihan untuk berhenti melainkan di lorong kecemasan, anda wajib memasang lampu kecemasan, menggunakan lampu kelip atau memakai baju pemantul cahaya, bagi memudahkan kenderaan lain melihat kereta dan diri anda. Jika ada segi tiga reflektif, letakkan di belakang kereta pada jarak 45 meter dari kenderaan. 45 METER, BUKAN JARAK 2 3 LANGKAH. Itu sangat membahayakan.
Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan anda boleh dilihat oleh pemandu lain. Jika boleh, hubungi Peronda Jalan Raya seperti Peronda PLUS untuk mendapatkan bantuan yang lebih sempurna, terutama bagi mereka yang tidak tahu prosedur menukar tayar.