1.HANTAR GAMBAR SWEET DENGAN EX BOYFRIEND DEKAT AWEK BARU DIA
Owh.. kau lah perempuan gatal yang nak sangat dekat boyfriend aku tu walaupun tahu kewujudan aku? Nah, harap kau makan hati dan menangis dalam hujan tengok gambar sweet kitorang ni.
Ads
2. PANCITKAN TAYAR KERETA MASA DIA NAK PERGI DATING DENGAN PEREMPUAN LAIN
Biasanya pasangan baru couple akan dating tiap hujung minggu kan? Ha..kalau korang nak buat awek baru dia tu naik angin lagi, korang pergi rumah boyfriend korang tengah malam, pancitkan tayar dia. Haha.
3. UPAH MAK NYAH CANTIK ‘TRY’ DIA DEKAT FB
Sekarang ni memang susah nak bezakan lelaki dengan perempuan. Kadang-kala yang pondan ni lagi cantik daripada perempuan.
Ads
So, why not korang upah mana-mana pondan untuk try mengorat boyfriend korang sampai dia cair. Last, dia kena dump dengan pondan! Yeah. Sakitnya di situ!
4. ANNOUNCE DIA NAK BELANJA SEMUA KAUM WANITA DI KEDAI MAKAN
Disebabkan boyfriend korang ni mata keranjang, apa kata korang puaskan keinginan dia tu dengan membelanja semua awek di kedai makan masa tu. Mesti muka dia pucat lesi beb!
Ads
5. DRIVE JAUH KE PERLIS & TINGGALKAN DIA DEKAT R&R
Lupakan sebentar kerugian minyak yang korang alami sebab dia mesti akan rasa begitu bangang ditinggalkan begitu sahaja di hentian R&R.
6. BAWA BAKAL TEMAN LELAKI BARU KORANG
Masa dia ajak jumpa, korang pakat dengan jejaka tall, dark and handsome untuk mengaku dorang ni mungkin akan jadi pengganti boyfriend korang yang loser tu!
7. KAHWIN DENGAN KAWAN BAIK DIA. HIKS.
Bagi seorang lelaki, kawan baik mereka merupakan tulang belakang mereka. Ha.. sekali member baik dapat mengorat girlfriend dia. Perghh.. Siap bagi kad undangan kahwin lagi. Well… Harap jangan bakar diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketika artikel ini ditulis dunia mencatatkan lebih 38.8 juta kes positf Covid-19. Dalam jumlah yang amat besar tersebut seramai lebih 1.1 juta pesakitnya telah meninggal dunia. Ia satu angka yang cukup mengerikan bila membicarakan tentang wabak ini.
Pandemik yang dilalui kita pada masa kini bukanlah satu cabaran yang ringan. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan tetapi juga kepada ekonomi, perdagangan dan juga hubungan kontak fizikal. Pergerakan di peringkat global juga menjadi sangat terbatas.
Penularan wabak ini juga tidak mengenal siapa. Ia tidak mengenal status, kedudukan, pengkat, jantina mahu pun usia. Begitu juga ahli sukan terkenal dunia yang rata-rata mempunyai pendapartan yang sangat tinggi. Hari demi hari semakin ramai bintang sukan dilaporkan turut positif Covid-19.
Jika mereka yang sentiasa mendapat perlindungan terbaik boleh terdedah dengan virus ini apatah lagi kita sebagai marhaen. Namun kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur kerana kesedaran masyarakat terhadap bahaya wabak ini cukup tinggi.
Gelombang ketiga yang kita hadapai sekarang bakal menguji kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Berikut merupakan beberapa orang atlt dan ahli sukan yang dijangkiti Covid-19.
CRISTIANO RONALDO
Bola sepak
Foto: REUTERS/Gonzalo Fuentes
THIAGO ALCANTARA
Bola sepak
DUSTIN JOHNSON
Golf
Foto: PGA: U.S. Open Final Round
SADIO MANE
Bola sepak
NOVAK DJOKOVIC
Tenis
ZLATAN IBRAHIMOVIC
Bola sepak
VALENTINO ROSSI
MotoGP
Foto: MotoGP
KEVIN DURANT
Bola keranjang
MIKEL ARTETA
Bola sepak (pengurus)
KEI NISHIKORI
Tenis
SERGIO PEREZ
Formula 1
FREDDIE FREEMAN
Besbol
Dapatkan e-mag MASKULIN isu Oktober 2020 yang memaparkan hero negaraTan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Golongan perokok pasif wanita adalah kelompok paling berisiko mendapat adenokarsinoma paru iaitu sejenis kanser yang terbentuk daripada sel paru-paru yang tidak normal, membiak dan membentuk tumor.
“Menurut teori, wanita dikatakan lebih berisiko kerana sensitif terhadap asap rokok. Mereka ini kerap terdedah kepada tabiat pasangan yang merokok, rakan perokok aktif dan tempat awam yang dicemari asap rokok.
“Perlu diketahui ciri kanser paru-paru dalam kalangan perokok dan bukan perokok mempunyai banyak perbezaan. Biasanya, orang yang merokok tidak menyedut asap yang ‘dalam’.
“Mereka hanya sedut sedikit dan hembus. Jadi, asap rokok itu tidak masuk ke bahagian dalam paru-paru dan lebih kepada bahagian luaran saja. Jika kanser berlaku sekalipun, simptom itu akan datang awal. Cuma, kanser akan lebih agresif.
Berbanding perokok pasif, mereka yang terdedah kepada asap rokok ini akan menyedut hingga ke bahagian dalam paru-paru. Kanser yang berlaku sukar menonjolkan sebarang simptom. Ia bagaimanapun berlaku di pinggir (periferi) paru-paru, bukan di tengah seperti dialami pesakit kanser yang merokok.
Perokok yang menghidap kanser paru-paru biasanya akan menunjukkan simptom jelas seperti batuk, batuk berdarah, penat dan susah bernafas. Namun bagi perokok pasif, sel kanser yang tumbuh di pinggir paru-paru menyukarkan pesakit mengesan masalah dihidapi dari awal.
Dalam kebanyakan situasi, perokok pasif yang menghidap kanser tidak akan menghadapi sebarang masalah di peringkat awal. Jadi, kecenderungan untuk mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut adalah rendah.
Apabila simptom jelas mula kelihatan, biasanya sel kanser sudah pun merebak ke tahap tiga, empat dan mungkin sudah terlalu lewat untuk diubati. Sebab itu, dalam kebanyakan kes membabitkan bukan perokok wanita, mereka hanya sedar di peringkat lewat. Tidak ada simptom awal. Tetapi, dalam tempoh antara sebulan hingga setahun, ia sudah mula merebak ke tulang dan organ lain. Ketika inilah baru mereka sedar menghidap kanser.
Membina kesedaran
Kita mahu masyarakat sedar. Wanita khususnya perlu sedar risiko untuk mereka menghidap kanser ini lebih tinggi sekalipun tidak merokok. Penguatkuasaan perlu lebih menyeluruh. Kalau di barat, golongan perokok biasanya akan keluar (dari rumah atau pejabat) dan menjauhi orang lain untuk merokok.
Di Malaysia, kesedaran itu masih kurang. Kita selalu mengingatkan orang ramai supaya jangan merokok di tempat awam, jangan membahayakan kesihatan orang lain, tetapi kesedaran umum dan penguatkuasaan masih di takuk mengecewakan.
Kalau sudah tahu kanser paru-paru berbahaya, sukar dirawat di peringkat lewat, peratus kesembuhan rendah, apa kata setiap orang mengambil tanggungjawab terhadap diri sendiri untuk melalui ujian pengesanan awal atau setidak-tidaknya pemeriksaan kesihatan lengkap?
Terdapat dua jenis kanser paru-paru iaitu:
1. Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC) – jenis paling lazim membabitkan 75 hingga 85 peratus keseluruhan kanser paru-paru.
2. Small Cell Lung Cancer (SCLC) – jenis kurang lazim membabitkan 15 peratus daripada keseluruhan kanser paru-paru namun mempunyai kecenderungan untuk merebak lebih awal kepada bahagian organ lain.
Bagi perokok tegar, mereka boleh menghidapi mana-mana jenis kanser di atas. Namun, perokok pasif dikatakan lebih cenderung menghidapi adenokarsinoma paru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Animasi terbitan Les’ Copaque, ‘Upin & Ipin’ bukan sekadar siri animasi, tetapi sebuah fenomena budaya yang telah menawan hati jutaan penonton di seluruh dunia.
Dari kanak-kanak hingga dewasa, kisah dua kembar comel ini membawa kehangatan nilai keluarga, persahabatan, dan kehidupan kampung yang penuh nostalgia.
Dengan populariti yang melonjak di lebih 100 negara, serta tayangan di platform utama seperti Netflix, Disney+, dan Amazon Prime, Upin & Ipin kini bersedia untuk satu lagi lonjakan besar—dunia permainan video.
Dalam satu langkah revolusioner bagi industri hiburan dan permainan video Asia Tenggara, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Streamline Studios untuk membangunkan permainan konsol pertama bagi francais ini— ‘Upin & Ipin Universe’.
Permainan ini dijangka dilancarkan pada tahun 2025 dan akan membawa pengalaman dunia terbuka (open-world) yang mengagumkan, dibina menggunakan Unreal Engine 5.
Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi, permainan ini merupakan satu evolusi besar dalam perjalanan francais Upin & Ipin.
“Untuk bertahun-tahun, Upin & Ipin mengangkat nilai kekeluargaan, persahabatan, dan komuniti.
“Kerjasama dengan Streamline Media Group membolehkan kami mengembangkan penceritaan ke dalam medium baharu, memberikan peluang kepada peminat untuk berinteraksi dengan dunia Upin & Ipin seperti tidak pernah berlaku sebelum ini.”
Bagi Streamline Studios, kerjasama ini adalah peluang untuk memperluaskan warisan Upin & Ipin ke dalam pengalaman permainan yang lebih mendalam dan imersif.
Ketua Pegawai Eksekutif Streamline Studios, Alexander Fernandez berkata, “Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Les’ Copaque Production untuk membawa Upin & Ipin ke pentas global permainan video.
“Dengan menggabungkan penceritaan kaya Les’ Copaque dan kepakaran kami dalam pembangunan permainan bertaraf dunia, Upin & Ipin Universe bakal menjadi projek transformatif, bukan sahaja untuk francais ini tetapi juga untuk kandungan dari Asia Tenggara secara keseluruhannya.”
Menjelajahi Dunia Kampung ‘Upin & Ipin Universe’
Dalam permainan ini, pemain akan dibawa ke Kampung Durian Runtuh, lokasi ikonik dari siri animasi yang dihidupkan dalam persekitaran dunia terbuka yang luas dan interaktif.
Upin & Ipin Universe direka sebagai penghormatan kepada kehidupan kampung di Asia Tenggara, dengan landskap, budaya, dan kisah yang dikarang oleh pencipta yang membesar dalam suasana ini.
Beberapa ciri menarik permainan ini termasuk:
✅ Dunia Kampung yang Hidup – Pemain dapat meneroka dunia terbuka yang kaya dengan unsur budaya dan tradisi Asia Tenggara yang autentik.
✅ Kisah yang Setia dengan Jiwa Upin & Ipin – Humor, nilai dan watak-watak daripada siri asal akan dijalin dalam misi dan permainan yang menghiburkan.
✅ Kesenangan untuk Semua – Permainan ini direka untuk peminat Upin & Ipin serta pemain baharu yang ingin menikmati pengembaraan yang hangat dan penuh emosi.
✅ Pelbagai Aktiviti Interaktif – Aktiviti yang akan diumumkan kelak akan digabungkan secara lancar dalam permainan, menggalakkan eksplorasi dan penemuan dalam dunia terbuka.
✅ Pengembaraan Baharu dalam Alam Upin & Ipin – Upin & Ipin Universe memperkenalkan jalan cerita asli yang memperkayakan mitologi francais ini, membawa pengalaman segar kepada peminat lama dan baharu.
Pelancaran permainan ini bukan sahaja menjadi langkah besar bagi Les’ Copaque Production tetapi juga bagi industri permainan di Asia Tenggara.
Dengan dunia yang luas untuk diterokai, kisah yang menyentuh hati, dan pengalaman interaktif yang mendalam, Upin & Ipin Universe menjanjikan satu pengembaraan yang tidak boleh dilepaskan. Bersedialah untuk menyertai kembar kesayangan Malaysia ini dalam satu pengalaman yang benar-benar baharu pada tahun 2025!
Sumber: Streamline Studio
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.