Pernah dengar tak bila naik kereta, mereka yang tidak memandu mudah lena. Ini kerana mata anda sudah ‘penat’melihat pemandangan yang sama sepanjang perjalanan.
Berbeza pula situasi bila memandu, anda memang kena fokus kepada pemanduan untuk memastikan perjalanan selamat. Bila penat, anda boleh bertukar dengan penumpang lain untuk perjalanan yang selamat serta fokus yang penuh ketika memandu.
Seorang lelaki iaitu Mohd Fhais, berkongsikan pendapatnya tentang habit isterinya yang suka tidur dalam kereta sebaik sahaja memulakan pemanduan. Dia juga berpendapat ia adalah jalan yang terbaik untuk memastikan isteri dapat berehat sepenuhnya. Ikuti perkongsiannya.
Kenapa Patut Biarkan Isteri Tertidur Dalam Kereta?
Mulanya nampak isteri tertidur saya akan tersenyum sorang-sorang sebab geli hati asal naik kereta mesti tidur.. tapi lama kelamaan jadi kesian.
Kesian kerana saya tahu dia sedang KEPENATAN !
Ads
Sebab itu kalau saya nampak isteri tidur saya tak akan kacau dia, saya akan pandu kereta se-slow yang boleh supaya dia tak terkejut. Biarlah kereta belakang nak hon ke beam lampu ke saya tak kisah.
Jika itu caranya untuk kembalikan tenaga isteri maka itu lah yang akan saya buat, walaupun terpaksa tahan malu dan tahan di maki pemandu lain.
Bukan nak manjakan tapi saya tak mahu berkira tidur dengan isteri..
Saya tahu dia bukan suka suka tidur dalam kereta, bukan tak mahu teman kita memandu.
Ads
Sebenarnya mata mereka yang tertutup sendiri bukan suka suka tutup. Ini kerana dalam kereta adalah waktu yang paling tenang dan relax bagi kaum ibu.. seperti berada di pulau..
Sebab apa saya kata begitu?
Sebab bila berada di dalam kereta mereka tak nampak timbunan baju yang belum di lipat, baju kotor dalam bakul, mainan yang berselerak dan sinki yang penuh pinggan mangkuk.
Di rumah sukar untuk mereka berehat kerana setiap kali nak lelapkan mata teringat kerja rumah, baru nak terlena anak pula menangis. Selagi berada di rumah minda mereka stuck dekat mode bekerja.
Hanya di dalam kereta sahaja ‘Mind Of State’ mereka boleh tukar ke mode berehat. Barulah minda dan badan mereka boleh rehat dan recharge. Sebab itu ada masa isteri akan ajak kita keluar jalan-jalan sebab nak berehat dalam kereta.
Ads
Saya seru para suami di luar sana, jangan lah kita sindir isteri yang mudah tertidur dalam kereta, biarkan dan sokong mereka tidur kerana itu sahaja masa rehat yang mereka ada. Sampai di rumah nanti mereka dah tiada masa rehat.
Bila terlalu penat minda mereka boleh ‘Lost’ dan melepaskan kepenatan kepada anak-anak, suami dan masakan. Mula lah anak selalu kena tengking, suami kena bebel hal kecil je dan masakan jadi tawar kerana deria rasa dah terganggu.
Apa lah sangat lelap 5 minit dalam kereta jika boleh kembalikan tenaga untuk 5 jam
Tuan tuan, kalau nampak isteri sedang tak keruan dan bad mood sepanjang hari itu adalah tanda mereka sedang kepenatan. Bawa lah mereka jalan-jalan naik kereta supaya mereka boleh kembali bertenaga dan masak lebih sedap..
Mohd Fhais
Tahu betapa sukarnya ada minda seorang wanita, lelaki kalau nampak baju bertimbum masih boleh baring lagi tapi isteri sesak mata nampak baju tak lipat tu.
P/s : Isteri pasti tahu apa yang berlaku pada diri tapi selalunya tak pandai nak luahkan pada pasangan, share je post ini agar mereka faham atau tag nama pasangan nanti pandailah mereka baca.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki kenderaan idaman merupakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bayangkan kereta yang sekian lama menjadi tatapan di dalam majalah atau skrin komputer akhirnya berjaya dimiliki. Pastinya menghadirkan seribu satu kepuasan tersendiri. Itulah yang dikongsikan oleh Wak Doyok kepada Maskulin menerusi temu bual eksklusif bersamanya dalam segmen video istimewa ‘Roda Panas’.
Cukup kena dengan karakter dan gayanya yang sering tampil bergaya dengan kemas dan serba maskulin, Wak Doyok berkongsi kenderaan hebat miliknya, Ford Raptor F-150. Lebih menarik lagi, kereta pacuan 4 roda bersaiz gergasi ini sebenarnya dari model Ford Ranger.
Namun dengan kesungguhan dan minat mendalama, Wak Doyok melakukan transformasi model tersebut kepada Ford Raptor F-15O. Model pacuan empat roda yang cukup sensasi dan ‘liar’ di mata penggemar automotif.
Transformasi bahagian depan menurutnya dilakukan berdasarkan Ford Raptor versi tahun 2016. Hampir kesemua bahagian hadapan telah ditukar dengan bahagian yang dihasilkan secara kustom. Malah sebahagian besar daripadanya dihasilkan dengan menggunakan bahan karbon fiber. Lampu hadapannya cukup besar merupakan spare part original daripada model tersebut.
“Bumper pula dihasilkan dengan karbon fiber, manakala lampu LED ni saya buat macam Trasfomers. Macam Optimus Prime sikit. Untuk bagi tinggi pula saya guna lower arm dan absorber khas. Dan untuk bahagian pijak kaki untuk masuk ke dalam saya tukar kepada side step automatik. Bila pintu dibuka baru ia keluar”, jelas Wak Doyok lagi.
Jelasnya lagi, walaupun kenderaan kesayangannya ini diubah suai namun ia mengikuti spesifikasi ditetapkan oleh kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Ikuti video RODA PANAS oleh MASKULIN di bawah untuk saksikan perkongsian eksklusif Wak Doyok bersama kami.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
‘RODA PANAS’ bakal kembali esok dengan episod ketiga di saluran Astro Naura. Selepas dua episod ‘RODA PANAS’ menampilkan selebriti dan kereta, pada episod kali ini pula peminat motosikal pastinya akan lebih menumpukan perhatian.
Apatah lagi selebriti jemputan untuk episod kali ketiga bukanlah salang-calang selebriti. Namanya memang cukup sinonim dengan dunia motosikal berkuasa tinggi terutamanya dari jenama Harley Davidson.
Buat peminat filem tahun 90-an dahulu, pastinya akan teringat imej rock Dato Awie bersama motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson menerusi filem-filem box-officenya seperti ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2’ dan ‘Tragedi Oktober.
Malah tidak keterlaluan jika MASKULIN perkatakan bahawa legenda rock vokalis band Wings ini merupakan selebriti pertama yang akan terpacuk di fikiran kita apabila membicarakan artis dan motosikal berkuasa tinggi.
Menerusi episod ini, hos ‘RODA PANAS’, Remy Ishak akan membawakan anda mendekati Dato’ Awie dan motosikal kesayangannya, Harley Davidson Rod Glide CVO. Bagi anda yang tidak pernah tahu tentang motosikal jenama asal Amerika Syarikat, inilah episod yang boleh memberikan banyak pengetahuan da perkongsian terutamanya dari ‘otai’ berbisa, Dato Awie.
Selain mendalami spesifikasi Harley Davidson Rod Glide CVO, Dato Awie juga menceritakan pengalamannya selama berpuluh-puluh tahun menjadi rider Harley Davidson. Lebih menarik kisah bagaimana dia menyertai konvoi selama 14 jam dari Kuala Lumpur ke Hatyai!
“Saya suka motosikal sejak sekolah rendah lagi. Dan saya suka lukis motosikal. Bila besar saya tonton filem ‘Easy Rider’, menampilkan motosikal American Chopper. Dari situ saya tertarik dengan bentuknya dan muka pasang impian ingin memiliknya,” jelas Dato Awie.
Jika anda ingin tahun lebih lanjut mengenai motosikal Harley Davidson, pengalaman serta aktiviti permotoran yang pernah dilalui oleh Dato Awie, jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod-3 pada malam esok, 26 April 2021 pada jam 9:30 malam di Astro Naura, Astro Go dan ON Demand.
Ingat roda mantap, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekali imbas ia nampak seperti rekaan yang hanya wujud di dalam komik atau filem fiksyen. Namun hakikatnya kapal selam yang tampil dengan rekaan persis adiwira popular Batman merupakan jentera yang wujud di dunia nyata.
Juga dianggap saling tidak tumpah dengan bentuk ikan pari kapal selam peribadi ini dikatakan bernilai GBP1.3 juta (RM6.8 juta) telah ditawarkan untuk jualan.
Kapal selam ini dihasilkan oleh Highland System yang berpangkalan di Suffolk dan UAE dikenali sebagai Kronos Submarine.
Menurut pengeluarnya, kapal selam ini bakal membawa konsep baharu dalam pasaran kapal selam komersial di seluruh dunia. Ia dikatakan boleh memuatkan sehingga 10 orang penumpang dalam satu masa dan sesuai digunakan bukan sahaja untuk pengangkutan komersial tetapi untuk misi menyelamat dan juga operasi ketenteraan.
Kronos Submarine yang tampil dengan rekaan futuristik dengan kepaj boleh lipat mampu mencecah kelajuan sehingga 80kmj di atas air dan 50kmj di dalam air.
Ia juga boleh melakukan selaman sehingga kedalaman 250 meter dan mampu menampu bekalan udara sehingga 36 jam. Dengan menggunakan sistem pendorong hibrid kapal selam ini menggunakan diesel dan juga tenaga elektrik untuk menjana sehingga 1,200 kuasa kuda dan memberikan 54 jam perjalanan.
Pada bahagian dalamannya pula ia lengkap dengan rekaan moden bersama sistem penghawa dingin dan juga mempunyai sistem sokongan hayat automatik. Ini benar-benar ‘big boys toys!’
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.