Bila Mulut Jahat Paling Mudah Diserang Ulser

Share

Ada yang memanggilnya pecah mulut atau mata ikan. Hakikatnya rasa pedih apabila mengunyah makanan atau ketika menelan minuman antara ciri yang dirasai apabila individu itu mempunyai ulser dalam mulut.

Mungkin ia perkara biasa bagi sesetengah individu kerana sesiapa saja tidak mengira jantina dan usia boleh mendapat ulser sama ada di lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.

Ada pula berpendapat beberapa makanan berasaskan buah-buahan sitrus atau berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.

Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh juga menjadi penyebab ulser.

ANDA BOLEH MENGGUNAKAN MADU DAN MINYAK KELAPA KERANA MADU IALAH PELEMBAP SEMULA JADI. IA MEMBANTU MENGEKALKAN KELEMBAPAN DAN MENCEGAH DEHIDRASI. IA JUGA MEMBANTU MENGURANGKAN PARUT DAN MEMPERCEPATKAN PROSES PERTUMBUHAN TISU BARU.

Madu juga bersifat antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut. Caranya dengan menyapukan sedikit madu pada ulser mulut atau campurkan sedikit dengan kunyit yang ditumbuk untuk digunakan pada kawasan yang terjejas.

Lakukannya secara konsisten sehingga ulser itu mulai sembuh. Penggunaan minyak kelapa dan air kelapa juga sangat berguna dalam merawat ulser mulut.

CARANYA BERKUMUR DENGAN AIR KELAPA KEMUDIAN SAPUKAN SEDIKIT MINYAK KELAPA TERUS PADA ULSER MULUT. WALAUPUN TIDAK DIRAWAT, ULSER MULUT BIASANYA HILANG DALAM MASA SATU ATAU DUA MINGGU, NAMUN JIKA ULSER TIDAK SEMBUH DALAM MASA BERKENAAN, IA MUNGKIN PETANDA MASALAH YANG LEBIH BAHAYA.

Secara umumnya ulser memerlukan masa untuk sembuh dan tiada cara untuk menghilangkannya dengan segera. Dalam tempoh ini, elakkan makanan atau minuman yang boleh menambah kerengsaan. Cara ini akan membantu mempercepatkan penyembuhan, mengurangkan kesakitan dan merendahkan risiko ia berulang.

Peringatan

ADA BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO MENDAPAT ULSER MULUT:

  • Gunakan berus gigi yang lembut
  • Minum minuman sejuk menggunakan penyedut minuman
  • Makan makanan yang lembut
  • Dapatkan pemeriksaan gigi/mulut secara berkala
  • Amalkan pemakanan seimbang dan banyakkan minum air

ELAKKAN

  • Makan makanan yang terlalu pedas, masin atau masam
  • Makan secara tergesa-gesa
  • Makan makanan yang keras
  • Minum minuman yang terlalu panas atau berasid
  • Terlalu kerap mengunyah gula-gula getah
  • Menggunakan ubat gigi yang ‘kuat’ dan mengandungi sodium lauryl sulphat.

 

 

Published by
Kim Rahim