Nama Bernd Maylander sangat terkenal di kalangan peminat sukan permotoran terutamanya F1. Tidak kira jika anda merupakan juara dunia 10 kali, apabila keretanya memasuki litar, semua pelumba bagikan tunduk dan akur dengan arahannya. Dia merupakan seorang Pemandu Safety Car F1.
Dia berasal daripada Jerman dan merupakan seorang bekas pelumba Le Mans 24 Hours. Dia sudah menjadi pemandu Safety Car F1 sejak tahun 2000 lagi. Sehingga ke hari ini dia sudah memimpin perlumbaan F1 sebanyak 700 lap. Dia juga ketika ini sudah berumur 48 tahun dan masih lagi hebat di litar lumba F1 sebagai pemandu kereta keselamatan.
BACA: Lengkap Dengan Tabung Oksigen, Pasukan Kecemasan Dubai Kini Miliki Chevrolet Corvette & Nissan GT-R
Jika berbicara tentang bidang tugas sebagai Pemandu Safety Car F1, pasti ramai masih lagi tidak tahu apakah peranannya yang hanya memasuki litar lumba apabila berlakunya sebarang kemalangan baik kecil atau besar ketika perlumbaan sedang berlangsung.
Apabila kereta keselamatan memasuki litar, perlumbaan tidak akan dihentikan namun ia akan bertindak mengawal perjalanan perlumbaan atas arahan pengarah perlumbaan.
Mereka bertindak sebagai polis yang mengawal lalu lintas. Pada masa yang sama ia akan membolehkan pasukan kecemasan serta keselamatan memasuki litar untuk mengalihkan kereta F1 yang menghadapi kemalangan, mengalihkan debris yang berterabur atas trek dan sebagainya.
Kereta lumba lain hanya dibenarkan memotong kereta Safety Car ini selepas dia mengeluarkan lampu hijau sebagai tanda perlumbaan selamat untuk dimulakan semula. Selagi tiada lampu hijau, mereka akan menurut dan mengikut kelajuan yang kereta ini gunakan sebagai langkah keselamatan.
Sumber: Mekanika Malaysia