Kekeluargaan

Bila Masanya Suami Jadi Dayus? 6 Ciri LELAKI Tak Cium Bau Syurga

Share

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS, secara sedar atau pun tidak.

Pincang lah akan rumahtangga itu jika adanya suami dayus dan isteri yang nusyuz. Suami sebagai ketua keluarga untuk mengemudi bahtera rumahtangga perlu tahu hukum dan akibat menjadi dayus.

Penjelasan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Allah Laknat Lelaki Dayus

Ulama Islam juga bersetuju untuk kategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:

Maksudnya: Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya)
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Bila Masanya Suami Jadi Dayus?

Rela aurat isteri dan anak perempuan dilihat lelaki lain:

Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. Sebagai contoh; tidak menegur atau ambil peduli saat mengetahui aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa juga kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.

Tak kisah isteri balik lambat dari tempat kerja:

Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah. Rasa okay apabila membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Tidak peduli aktiviti anak perempuan:

Tidak melarang saat anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya, selain membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ dan memahami.

Bangga dengan isteri bergaya seksi:

Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

Membutakan mata:

Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

Tiada rasa cemburu:

Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

Banyak lagi situasi yang boleh digambarkan tentang permasalahan dayus ini. Yang penting, dayus ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya.
Namun jika ia berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus ke atas dirinya.

Audit dirimu wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Kepada para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah S.W.T. Sayangi dan jagalah diri dan keluargamu dari api neraka.

Ingat lah para lelaki, suami dan ayah, pertahankanlah agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” (Riwayat Ahmad)

Moga kita semua terhindar dari menjadi lelaki DAYUS ini.

Artikel ini diambil dan diolah dari Kashoorga.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber artikel: jakimsabah

 

Published by
Nana