Kecederaan ACL atau dipanggil sebagai “ligamen anterior cruciate” merupakan salah satu kecederaan yang paling biasa berlaku dalam sukan.
Ini terutamanya sukan yang melibatkan pergerakan cepat, pusingan dan perubahan arah yang mendadak seperti bola sepak, bola keranjang dan ski.
ACL merupakan ligamen yang menghubungkan tulang femur (paha) dengan tibia (betis) di lutut.
Sendi lutut ini diselaputi kapsul dan distabilkan oleh beberapa ligamen yang penting iaitu ‘anterior cruciate ligament’ (ACL), ‘posterior cruciate ligament’ (PCL), ‘medial collateral ligament’ (MCL) dan ‘lateral collateral ligament’ (LCL).
Kecederaan ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan memerlukan pemulihan yang panjang yang boleh menjejaskan aktiviti harian serta prestasi sukan.
Ads
Bagi pemain atau individu aktif bermain bola sepak, ia merupakan satu mimpi ngeri bagi mereka kerana kecederaan ACL ini banyak berlaku di kalangan atlet bola sepak.
PUNCA BERLAKU KECEDERAAN ACL
“Sebanyak 80% kecederaan ACL yang berlaku semasa bersukan terjadi bukanlah disebabkan oleh hentakan terus pada lutut (non-contact injuries).” – Physioworks, 2019.
Kecederaan ACL boleh berlaku akibat daripada pelbagai faktor antaranya:
Ads
Pergerakan Pusingan Mendadak
Kecederaan ACL sering terjadi apabila seseorang membuat perubahan arah yang mendadak, contohnya ketika seseorang cuba menggelecek bola sepak. Aktiviti sukan seperti bola sepak, bola keranjang, dan ragbi yang melibatkan lompatan dan pusingan adalah berisiko tinggi.
Hentakan atau Perlanggaran
Kadangkala, kecederaan ACL boleh berlaku akibat perlanggaran dengan pemain lain atau benda keras semasa bermain sukan.
Pendaratan Tidak Betul
Kecederaan ACL juga boleh berlaku ketika seseorang mendarat secara tidak betul, terutama selepas melompat atau menyentuh permukaan keras. Ini boleh memberi tekanan yang tinggi pada ligamen ACL.
Kelemahan Otot dan Ketidakseimbangan
Kelemahan otot-otot di sekitar lutut, terutamanya quadriceps dan hamstrings, boleh meningkatkan risiko kecederaan ACL. Otot yang lemah kurang mampu memberikan sokongan kepada ligamen ACL semasa aktiviti sukan.
RAWATAN SELEPAS KECEDERAAN
Rawatan Segera (Peringkat Awal)
Setelah kecederaan ACL berlaku, langkah pertama yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan bengkak dan mengawal kesakitan adalah :
Rehat : Mengelakkan aktiviti berat yang boleh memburukkan lagi kecederaan.
Ais : Meletakkan ais pada lutut yang cedera untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan. Gunakan ais selama 15-20 minit setiap 2-3 jam dalam tempoh 48 jam pertama.
Kompresi : Menggunakan pembalut elastik untuk memberikan tekanan ringan pada kawasan yang cedera, tetapi pastikan ia tidak terlalu ketat.
Elevasi : Mengangkat kaki pada posisi yang lebih tinggi daripada paras jantung untuk mengurangkan pembengkakan.
Pemulihan Fasa Awal
Pada fasa pemulihan awal, tujuan utama adalah untuk mengembalikan mobiliti dan mengurangkan kesakitan contohnya :
Terapi Fisioterapi: Latihan untuk meningkatkan julat pergerakan lutut dan menguatkan otot sekitar lutut (hamstring, quadriceps). Terapi ini akan dijalankan oleh ahli fisioterapi dan melibatkan latihan berperingkat.
Penggunaan Sokongan: Penggunaan pembalut atau penyangga lutut untuk memberi sokongan dan stabiliti pada lutut semasa aktiviti seharian.
Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk koyakan ACL yang lebih teruk atau bagi mereka yang ingin kembali ke aktiviti sukan yang intens.
Pembedahan ini melibatkan penggantian ligamen yang koyak dengan tisu transplant atau sintetik. Selepas pembedahan, pesakit akan menjalani proses pemulihan yang panjang, termasuk terapi fizikal dan latihan penguatan otot.
Kecederaan ACL memerlukan rawatan yang teliti dan berperingkat. Jika anda mengalami kecederaan ACL, pastikan untuk berunding dengan pakar ortopedik atau fisioterapis untuk menentukan rawatan yang terbaik mengikut keadaan anda. Cegah sekarang sebelum kecederaan menjadi lebih serius!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nak sihat tanpa memiliki kulit berkedut? Wajib mengambil makanan yang sihat. Perbanyakkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi vitamin C, kurangkan lemak dan karbohidrat bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat dan awet muda.
Makanan antioksidan seperti ikan, buah-buahan dan juga sayur-saturan akan membantu menjaga kesihatan kulit serta mengatasi masalah kulit berkedut. Pengambilan karbohidrat kompleks seperti gandum, pasta dan protein sihat sangat disarankan.
PENGAMBILAN VITAMIN TAMBAHAN
Krim anti aging biasanya mengandungi vitamin C dan vitamin E. Tetapi adalah lebih baik jika mengambil antioksidan tersebut dari dalam.
Pengambilan makanan kaya vitamin, mineral selenium boleh menjaga kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari. Malahan zat-zat tersebut juga mampu melawan tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut serta perubahan warna kulit.
Buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti strawberi, oren, lemon, avokado dan lada benggala mampu membentuk kolegan yang dapat menegangkan kulit, terutama pada bahagian perut.
HINDARI SINARAN MATAHARI
Kerosakan kulit juga boleh disebabkan oleh sinaran matahari. Jadi, sebab itulah sangat penting melindungi kulit dari sinaran matahari.
Pilihlah produk pelindung sinaran matahari yang mengandungi zinc oxide, titanium dioxide atau avobenzon. Krim pelindung yang mengandungi SPF 30 atau lebih adalah pilihan terbaik.
Jika perlu, pakailah topi, baju berlengan panjang dan elakkan terkena sinaran cahaya matahari secara langsung sekitar jam 10 pagi hingga ke jam 2 petang kerana pada ketika itu sinarannya terlalu panas.
BERSENAM DENGAN TERATUR
Jika sebelum ini jarang bersenam, sebaiknya cubalah jadikan bersenam sebagai salah satu aktiviti harian. Ini adalah kerana bersenam punya banyak kebaikan kepada setiap bahagian badan, termasuklah untuk mencegah kulit berkedut.
Bersenam dapat meningkatkan perjalanan darah dan membantu memelihara kesihatan kulit. Pengaliran darah akan membawa nutrisi dan okisigen, sehingga dengan mudah menghasilkan kolegan yang akan memperlambatkan proses penuaan.
TIDUR PERLU CUKUP
Malahan, peluh yang keluar setelah bersenam juga tidak akan menyumbat liang pori-pori. Selepas bersenam, jangan lupa untuk mencuci muka dan hindari pemakaian headband yang terlalu ketak kerana akan membuatkan peluh berkumpul dan boleh menyebabkan kegatalan.
Sebelum masuk tidur, perhatikan kulit muka. Jika terdapat lingkaran hitam di bawah mata, kulit pucat dan mata sembab, ia menunjukkan bahawa kita kurang rehat dan tidur.
Tidur selama 7-8 jam pada setiap malam akan membuatkan badan dan kulit menjadi sihat serta bebas dari masalah kulit berkedut.
Selain itu, perhatikan juga gaya atau posisi tidur kita. Jika muka selalu tersembam ke bantal dan bertahun-tahun selalu tidur dalam posisi yang sama, kulit akan jadi berkedut kerana selalu tertekan bantal. Sebaiknya, tidur telentang agar kulit muka kita boleh bernafas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama seperti hero-hero The Avengers dan Thanos, karbohidrat juga ada yang baik dan ada karbohidrat yang buruk.
Jika anda memilih yang betul, karbohidrat dapat membantu anda membuang lemak perut, merasa kenyang, dan menambahkan tenaga. Lagipun, karbohidrat adalah sumber utama untuk membakar lemak. Tetapi apabila ia berkaitan dengan penurunan berat badan, tidak semua karbohidrat sama fungsinya. Ia kerana sesetengah karbohidrat terbukti untuk melambatkan metabolisma anda, menurunkan tahap tenaga anda dalam jangka masa panjang, dan melambatkan penurunan berat badan malah boleh menaikkan lagi berat badan anda.
Apakah ‘karbohidrat’?
Pengambilan karbohidrat anda ketika diet tentulah, karbohidrat yang mudah dan diproses seperti roti putih, nasi putih, pemanis, dan pasta komersil, badan akan memproses dengan cepat dan menghantar paras gula darah anda melonjak, mengakibatkan perpecahan tenaga. Ini kerana karbohidrat yang diproses adalah tidak sah seratnya. Kajian The American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa meningkatkan pengambilan karbohidrat halus, dan kekurangan serat yang diturunkan oleh bijirin ini, dapat meningkatkan risiko diabetes jenis 2. Itulah sebabnya karbohidrat yang halus adalah jenis kanji yang dinamakan karbohidrat buruk.
Jadi tak boleh ambil Karbohidrat terus ke?
Sudah tentu tidak. Badan anda memerlukan karbohidrat untuk tenaga! Sama ada kita mengkonsum buah-buahan dan kekacang atau roti Itali dan pastri, badan anda menggunakan glukosa makanan untuk menjalankan fungsi kehidupan penting dan membantu anda melalui latihan anda. Bila badan mempunyai karbohidrat, kita dapat diatasi keletihan dan nafsu.
Daripada merosakkan tubuh anda dari sumber tenaga utama, membersihkan dapur anda dari karbohidrat yang tidak bagus dan pilih karbohidrat yang penuh dengan antioksidan, mineral dan nutrisi seperti protein pelangsing dan serat.
Cuba makan ini!
Lengkapkan makanan anda dengan karbohidrat kompleks termasuk bijirin seperti quinoa, oat, bulgur, dan kamut serta kekacang dan sayur-sayuran berkanji. Ini akan memberi anda tenaga berpanjangan kerana makanan ini dibakar lebih perlahan oleh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Barisan kepimpinan PFA Malaysia hadir ke kediaman mertua Mohd Alafi Mahmud, bapa kepada adik Adra Medina yang mengidap penyakit jantung di Sungai Buloh hari ini bagi melawat dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM9,637 hasil kutipan yang dijalankan sebelum ini dan juga sedikit barangan persiapan Aidilfiri.
Antara yang hadir adalah Presiden PFA Malaysia Hairuddin Omar, Timbalan Presiden PFA Malaysia Rezal Zambery Yahya, Bendahari PFA Malaysia Amiridzuan Taj, Exco PFAM Rudie Ramli dan Mohd Fairuz Abdul Aziz serta Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail.
Presiden PFA Malaysia, Hairuddin Omar berkata, PFA Malaysia sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan sumbangan dari rakan-rakan pemain membuktikan solidariti antara pemain di Malaysia amat kuat dan hal ini terbukti dengan penyerahan sumbangan kepada saudara Alafi hari ini.
“Semoga sumbangan ikhas ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan saudara Alafi,” jelasnya.
Kunjungan ini merupakan rentetan dari inisiatif PFA Malaysia mengadakan kutipan dana “Titipan Sinar Harapan PFAM Untuk Adra Medina” yang dimulakan pada 2 Jun yang lalu.
Kutipan dana ini mendapat perhatian meluas dari orang ramai, bahkan media massa juga turut membuat liputan mengenai perkembangan Adik Adra Medina ini. Tidak ketinggalan, ahli-ahli PFA Malaysia yang lain turut memberikan sumbangan.
Tanggal 4 Jun, PFA Malaysia menerima perkhabaran gembira apabila Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan menampung keseluruhan kos pembedahan pertama adik Adra Medina yang telah dijalankan pada 10 Jun lalu.
Bagi Alafi, beliau bersyukur kerana pembedahan pertama yang dijalankan memberikan kesan yang positif buat Adik Adra Medina.
“Keadaan Adra semakin stabil dan buat masa ini Adra memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan pemulihan yang maksimum sebelum pembedahan susulan apabila berat Adra mencecah 10 kilogram nanti.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PFA Malaysia atas inisiatif ini, tidak lupa juga kepada Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang sudi menampung kos pembedahan pertama, ahli PFA Malaysia dan orang ramai yang memberikan sumbangan dan menularkan mengenai perkara ini”. jelas Alafi.