Lelaki dark, tall dan handsome memang sinonim dengan YB Khairy Jamaluddin atau mesra di kenali dengan panggilan KJ. Beliau memang di kenali sebagai seorang pemimpin yang sempoi dan rapat dengan staffnya. Kalau dekat internet, dia adalah pemimpin yang suka untuk tweet dan membuat posting secara lucu membuatkan ramai terhibur.
Alah,pemimpin perlulah sekali-sekala ada lawak sikit, barulah rakyat pun mudah ngam. Betul tak?
Dek kerana sudah berkali-kali memuat naik beberapa gambar dan video berkaitan dengan staffnya, maka ada yang perasan bahawa KJ ini ada satu sikap yang mana dia suka bergurau dengan staffnya sendiri.KJ di kalangan atlit sukan di kenali dan lebih mesra di panggil dengan panggilan Abah. Memang mesra habis dia dengan mana-mana atlit.Tapi atlit lelakilah yang biasa KJ manja-manja macam ini.
Baru-baru ini ada seorang saudara kita memuat naik satu posting di mana KJ mengenakan staffnya sendiri yang sedang tidur.Malulah kalau jadi staff bila KJ buat macam ini.
Sedang mereka nyenyak tidur,waktu itulah KJ tangkap gambar diam-diam dan share dengan orang lain. Kesian,masing-masing nampak penat.Ada juga ayat yang dia tulis “hardworking haji badak”.
Sebelum ini juga KJ membuat rakaman di pejabat untuk merakam staf-staf yang lain. Video ini di rekod oleh KJ sendiri dan di share sebagai hiburan pada orang ramai. Reaksi muka dia yang sempoi itu boleh buat orang gelak.
Rasanya dalam ramai-ramai pemimpin, dialah pemimpian paling cool dan paling selamba jika di bandingkan dengan yang lain-lain.
sumber: kisahdunia