Beberapa hari lalu telah tular di laman media sosial dan juga rangkaian berita nasional tentang kemalangan jalan raya yang cukup menggemparkan negara.

Kemalangan yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang tersebut melibatkan sebuah kenderaan SUV yang telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lain dari belakang dengan impak cukup kuat.

Akibat kemalangan tersebut kenderaan SUV tersebut telah terjunam jatuh ke dalam laut. Ini merupakan satu mimpi ngeri buat semua pengguna jalan raya terutamanya yang menggunakan jambatan tersebut.

Bila Kereta Terjunam Ke Dalam Air, Ini Langkah Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda!

Menurut laporan terkini, kenderaan SUV kini telah dijumpai berada di dasar laut pada kedalaman kira-kira 15 meter. Usaha untuk membawa naik kenderaan tersebut kini sedang giat dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Bagaimana jika perkara yang lebih kurang sama berlaku kepada anda. Sebagai seorang pemandu kenderaan apakah yang boleh anda lakukan untuk cuba selamatkan diri jika terlibat dalam kemalanagan dan senario yang lebih kurang sama.

Mengambil kira impak kemalangan yang tidaklah seteruk berlaku dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, anda sebenarnya ada beberapa ruang waktu yang boleh menyelamatkan nyawa.

Ads

Jadi bagaimana anda boleh selamatkan diri jika kenderaan terjatuh ke dalam air?

JANGAN PANIK

Pertama sekali anda tidak harus panik dan sentiasa sedar dengan apa yang berlaku. Mungkin adrenalin anda sedang mencanak pada waktu ini namun anda harus kekal fokus. Ingat anda  hanya ada masa sedikit sahaja untuk keluar dari kenderaan dan selamatkan diri. Kunci di sini ialah ada harus memberi reaksi yang pantas.

JANGAN BUKA PINTU

Apabila kenderaan berada di dalam air dan mula tenggelam, tekanan air di bahagian luar akan memberi kesan kepada pintu kereta. Ia akan menjadi sukar untuk dibuka dan boleh dikatakan agak mustahil. Jika anda berjaya buka sekalipun ia akan menyebabkan air masuk dengan lebih banyak dan kenderaan akan tenggelam lebih cepat.

BACA: 12 Tip Jimat Servis Kereta Yang Boleh Selamatkan Poket Anda

Ads

KELUAR MENERUSI TINGKAP

Bila Kereta Terjunam Ke Dalam Air, Ini Langkah Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda!

Opsyen pertama yang anda harus ambil ialah keluar menerusi tingkap. Jangan lupa untuk buka tali pinggang keledar dan bertenang. Turunkan tingkap dengan segera dan panjat keluar dengan cepat. Namun jika reaksi anda sedikit perlahan tekanan air di bahagian luar juga akan ‘menekan’ bahagian tingkap.

OPSYEN KEDUA

Jika perkara di atas berlaku anda ada opsyen lain untuk selamatkan diri dan keluar dari kenderaan. Opsyen seterusnya ialah dengan memecahkan tingkap.

BUKAN CERMIN HADAPAN

Tapi anda harus ingat, jangan sesekali cuba pecahkan cermin hadapan. Ini kerana ia telah direka cipta untuk menerima impak yang kuat. Jadi agak mustahil untuk anda pecahkan cermin hadapan.

Ads

PECAHKAN TINGKAP

Satu-satunya pilihan yang anda ada ialah dengan pecahkan cermin bahagian tepi atau pintu. Sasarkan hentakan atau impak di bahagian atas tingkap.

ALAT BANTUAN

Bila Kereta Terjunam Ke Dalam Air, Ini Langkah Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda!

Untuk memudahkan memecahkan cermin tingkap anda boleh menggunakan headrest tempat duduk sebagai alat. Atau anda boleh gunakan alat pemecah tingkap yang boleh didapati di pasaran seperti Resqme. Jadi jangan lupa untuk simpan alat ini sepanjang masa di dalam ruang penyimpanan.

LANGKAH TERAKHIR

Selepas tingkap berjaya dipecahkan keluar dengan segera dan berenang ke permukaan sepantas mungkin.

Kesemua langkah di atas merupakan langkah yang perlu dilakukan dengan begitu cepat. Dan anda juga harus memiliki keupayaan untuk berenang bagi memastikan anda selamat. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.

Sumber: INSIDER & WikiHow

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI