Kegembiraan tentang khabar kehamilan bukan sahaja dirasi oleh wanita, suami juga tidak kurang seronoknya. Walaupun bagaimanapun berapa ramai para suami diluar sana yang berani menemani isterinya ketika berada didalam bilik bersalin ?
Ada yang berterus terang takut bersama isteri dalam situasi genting itu kerana takut darah atau pun dengan alasan tidak sanggup melihat isteri kesakitan. Tapi tahukah anda bahawa peranan kaum suami sangatlah besar ketika isteri sedang dalam proses bersalin.
Mereka bukan sekadar peneman, lebih daripada itu anda seharusnya menjadi pembakar semangat agar isteri terus kuat untuk melalui proses kelahiran. Ikuti garis panduan yang patut anda ikuti untuk bergelar penguat semangat yang paling hebat.
Bila Isteri Nak Bersalin, Apa Patut Suami Lakukan?
1. TAHU APA YANG BAKAL BERLAKU
Pastikan anda dan isteri sudah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan tentangkelahiran yang bakal dilalui nanti. Oleh itu, anda dianjurkan untuk mengikuti kelas antenatal bersama-sama isteri. kelas ini lazimnya ditawarkan oleh pihak hospital yang boleh disertai sejak dari awal usia kehamilan.
Menerusi kelas tersebut anda berdua akan memperoleh pelbagai maklumat asas tetapi sungguh padat untuk dipraktitkkan. Langkah ini amat penting untuk anda berdua meluarkan minda agar dapat menghadapai cabaran yang bakal timbul apabila tiba saatnya.
2. BERSEDIA UNTUK MELALUINYA.
Kebanyakan wanita terutamanya hamil sulung perlu melalui proses bersalin yang lebih panjang sebelum selamat melahirkan. Sesungguhnya adalah lebih baik dan selesa jika isteri anda melalui tahap awal peroses berslin di rumah sahaja. Lagipun kebanyakan hospital tidak menerima pesakit melainkan kontraksi yang dialami adalah tetap dan berlaku setiap lima minit.
Oleh itu anda dan isteri perlu sentiasa memantau pergerakan kontraksi dengan mencatat setiap kontraksi yang berlangsung. Jadi ia dapat memudahkan anda mengetahui apa yang sedang dan bakal berlaku.
Luangkan masa-masa terakhir yang ada ini dengan menuruti apa sahaja yang ister imahu anda lakukan demi memastikan dia kekal selesa. Sebagai contoh, anda bolehlah mengurutnya di bahagian-bahagian tubuh tertentu menggunakan minya bayi atauapun minyak aromaterapi.
Bila Isteri Nak Bersalin, Apa Patut Suami Lakukan?
3. FLEKSIBEL.
Tidak semua wanita hamil akan melalui pengalaman bersalin yang sama. Jadi anda dan isteri perlu sama-sama berbincang tentang kemungkinanan yang bakal berlaku dan apakah pilihan yang ada bagi mengatasinya. Gunakan pengetahuan yang telah anda berdua kumpul ketika menyertai kelas antenatal dahulu.
Apabila tiba masanya nanti anda sudah tahu apa yang patut diputuskan. Namun persiapkan juga mental, fizikal mahupun ekonomi untuk melalui apa jua perubahan drastik yang mungkin hadir tanpa disedari.
4. USAH AMBIL HATI.
Mana-mana wanita akan berubah sikap apabila melalui proses kelahiran terutamanya di tahap terakhir. Ini kerana kesakitan dan keletihan yang dialaminya membuatkan dia mudah hilang pertimbangan diri. Apatah lagi jika proses itu memakan masa yang sangat panjang.
Pada awal tahap proses bersalin dia mungkin suka diurut. Namun ada kemungkinan juga di tahap akhir dia beranggapan urutan anda menambahkan kesakitan yang dirasainya. Tanpa disedari dia mungkin bersikap atau berbicara kasar. Jadi janganlah mudah terasa dengan sikap atau kata-katanya itu.
Bila Isteri Nak Bersalin, Apa Patut Suami Lakukan?
5. SIAPKAN KEPERLUAN DIRI.
Kebanyakan wanita hamil disarankan untuk mempersiapkan beg khas yang mengandungi pelbagai kelengkapan diri dan bayi bagi menghadapai proses kelahiran sebelum tarikh jangkaan bersalin. Memandangkan anda juga akan bermalam di hospital jadi apa kata anda sendiri menyediakan beberapa kelengkapan diri sendiri. Contohnya pakaian sejuk, stoking, bantal , makanan ringan dan lain-lain.
6. BERTANYA SOALAN.
Tidak semua doktor yang mengendalikan isteri anda sudi menerangkan secara terperinci setiap permasalahan yang dihadapi. Jadi jangan malu untuk bertanya kepadanya apa sahaja yang mengusutkan fikiran anda.
Sekurang-kurangnya dengan maklumat yang diperoleh anda dapat membantu isteri untuk berada dalam keadaan yang lebih selesa apatah lagi juka dia kini tidak lagi punya kekuatan untuk bertanya itu dan ini.
7. PENDORONG SEMANGAT.
Tidak semua wanita hamil kuat dalam menghdapai ujian yang perlu ditempuhinya sepanjang proses bersalin. Jadi sebagai suami anda perlu terus kuat dan tidak putus-putus menitipkan kata-kata semangat kepadanya.
Kekuatan yang ada pada diri anda sangat penting ketika isteri sedang berperang dengan kontraksi dan terutamanya diwaktu isteri sedang meneran untuk mengeluarkan bayi.
Bila Isteri Nak Bersalin, Apa Patut Suami Lakukan?
8. BANTU KEKALKAN FOKUS.
Praktik apa yang telah anda pelajari di dalam kelas antenatal. Bagi menangkan isteri dan membantunya kekal fokus anda boleh mmeminta isteri mengaplikasikan teknik pernafasan, mengubah posisi atau pun anda sendiri boleh menawarkan diri untuk mengurut bahagian tubuh yang tidak selesa.
9. BERTERUS TERANG
Banyak perkara bakal berlaku di dalam bilik bersalin. Ketahui apa yang perlu da nmahu anda lakukan sepanjang proses itu berlangsung. Sebagai contoh jika anda tidak selesa untuk memotong tali pusat bayi katakan sahaja anda tidak sudi melakukannya kepada jururawat mahupun doktor yang bakal menyambut kelahiran bayi anda nanti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI