Apabila berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan, antara soalan yang ditanya adalah sama ada anda sudah makan atau belum.
Lebih terperinci, doktor sebenarnya ingin tahu adakah anda ada mengambil apa-apa makanan pada hari berkenaan.
Namun masih ramai masyarakat kita yang tidak begitu faham sepenuhnya apakah erti ‘makan’ yang dimaksudkan oleh doktor.
Menurut perkongsian seorang doktor perubatan Dr Zamir Hilman Hamzah, ramai masyarakat menganggap diri mereka sudah makan hanya jika mereka sudah makan sajian yang berat.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Dr Zamir memberitahu perkara itu berdasarkan pengalamannya mengendalikan pesakit terutamanya dari kalangan orang berusia.
Berkata menerusi hantaran video dalam laman Instagram, Dr Zamir pada awalnya mempercayai sahaja jawapan pesakitnya yang mendakwa belum makan apabila ditanya.
Namun, timbul rasa musykil apabila Dr Zamir mendapati bacaan gula pesakitnya tinggi walaupun masih awal di pagi hari.
“Dulu-dulu saya percaya sahaja. Lama-lama saya musykil sebab setiap kali dia jumpa, gula tinggi. Pagi itu pun dah tinggi, pukul 10 pagi tinggi juga,” ujarnya di dalam video itu.
Ads
Apabila ditanya sama ada pesakitnya ada makan di pagi hari, mereka kekal dengan jawapan belum makan.
Belum Makan, Tapi Ada Makan Biskut
Oleh itu, Dr Zamir bertanya lanjut dengan menukar soalannya sama ada mereka ada menjamah sebarang makanan ringan seperti snek atau kuih-muih.
“Biskut ada, tadi ada ambil biskut. Tak makan nasi lagi lah doktor, nasi tak makan,” demikian jawapan pesakitnya kepadanya.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Jawapan yang sama diterima Dr Zamir apabila mengendalikan pesakit lain, malah ada di antara mereka yang mendakwa hanya makan sekali sahaja dalam tempoh sehari.
“Kalau sekali sehari gula takkan tinggi, kencing manis boleh okay terus. Tak payah makan ubat,” persoal Dr Zamir.
Ads
Rupanya pesakit berkenaan ada menjamah makanan ringan seperti biskut, kuih-muih dan juga buah-buahan seperti pisang.
Itu belum termasuk minuman seperti kopi campuran segera tiga dalam satu (3-in-1) dan minuman malt coklat, tambahnya.
Apa-Apa Yang Masuk Mulut, Dikira Makan
Jelas Dr Zamir, apa-apa sahaja benda yang masuk ke dalam badan anda melalui mulut adalah dikira sebagai makan, lebih-lebih lagi jika ianya mengandungi kalori yang tinggi.
“Benda yang ada kalori tinggi masuk ke dalam badan, itu dikira makan. Apa-apa yang masuk dalam mulut, itu dikira makan,” jelasnya.
Ads
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Oleh itu, jawablah dengan sejujurnya jika selepas ini anda diajukan soalan sama ada anda sudah makan atau belum oleh doktor.
Melainkan anda sedang berpuasa, jawablah “sudah makan” atau “ada makan” jika sememangnya anda ada mengunyah atau menelan sesuatu pada hari berkenaan.
Lebih baik, anda jelaskan sahaja kepada doktor senarai makanan dan minuman yang telah anda jamah pada hari tersebut.
Makanan laut merupakan salah satu bahan makanan yang paling banyak digemari oleh semua orang. Salah satu perkara yang paling disukai dari makanan laut ini adalah rasanya yang segar, lemak dan lazat.sangat gurih dan juga nikmat. Makanan laut juga sangat mudah untuk diperoleh, mulai dari pasar tradisional hingga pasar moden, semuanya sudah menyediakan makanan laut ini. .
Bahan makanan seperti udang, lobster, ketam, dan ikan laut merupakan sebahagian kecil dari makanan hidupan laut itu sendiri. Makanan laut ini biasanya diperoleh dari hasil menjala para nelayan, dan juga dari hasil ternakan.
Namun, ini antara penyebab utama memakan makanan seafood secara berlebihan:
1. Tinggi kolestrol
Bahaya yang ada dari makanan laut adalah kandungan kolestrolnya. Ya, makanan laut memiliki kandungan kolestrol yang cukup tinggi apabila dibandingkan dengan makanan yang berasal dari produk haiwan yang berada di darat maupun air tawar. Hal ini tentu saja akan menjadi sangat berbahaya bagi anda yang memang mengalami masalah kolesterol tinggi. Saat mengambil makanan laut, maka kemungkinan kondisi kolesterol anda akan meningkat dengan cepat
2. Mengandung merkuri yang berbahaya
Bahaya berikutnya yang terkandung dalam makanan laut adalah merkuri. Ya, merkuri merupakan zat-zat berbahaya yang berada di laut. Biasanya merkuri merupakan hasil dan juga sisa-sisa dari limbah pembuangan fabrik, ataupun bahan bakar dari kapal. Merkuri yang sudah mencemari laut sangat membahayakan tubuh kita. Merkuri ini dapat menyebabkan gangguan pada kesihatan kulit. Apabila memakan terlalu banyak, maka akan menyebabkan tubuh dapat serangan kanser. Menakutkan bukan?
3. Racun pada tubuh
Beberapa makanan laut memiliki kandungna racun apabila tidak dibersihkan dengan betul. Salah satu makanan laut yang berbahaya apabila tidak dicuci adalah ikan dori. Ya, ikan ini apabila tidak dicuci dengan tepat, maka racunnya akan sangat membahayakan kesihatan tubuh dan akan menyebabkan kematian mendadak apabila anda salah mengambilnya.
4. Dapat menyebabkan alergi pada tubuh
Makanan laut merbahaya kerana ia dapat menyebabkan munculnya alergi dan juga tindak balas tubuh tertentu. Memang alergi ini tidak muncul pada semua orang, namun demikian, biasanya tindak balas alergi ini dapat muncul secara tiba-tiba sejurus selepas kamu mengambil makanan safood. Biasanya, alergi yang muncul adalah berupa gatal-gatal pada bahagian mulut dan juga lidah.
5. Mengandung bakteria salmonella
Bahaya dari makanan laut adalah kandungan bakteria salmonella yang terkandung dalam makanan laut. Bakteria salmonella yang masuk kedalam tubuh dapat menyebabkan banyak gangguan kesihatan yang berbahaya bagi tubuh. Bakteria ini akan masuk ke dalam tubuh apabila makanan laut yang tidak dimasak dengan baik, sehingga tidak musnah.
sumber: halosehat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat pada bahagian dahi kita. Orang yang mempunyai jerawat pada dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air yang banyak.
Jerawat di HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat di DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat di PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat di BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada jam 10.30 pagi, saya akan mengambil 5 biji telur (putih sahaja) dan juga jus epal tanpa gula. Pada waktu makan tengah hari sekitar jam 1.30 p.m, saya akan mengambil nasi perang, dada ayam bakar bersama sayur brokoli dan asparagus.
Permulaan
Cenderung akan minat dalam bidang kecergasan ini nyata mendorong saya untuk terus berusaha mempertingkatkan tahap kecergasan sejak dari tingkatan empat lagi. Kini, saya berusia lapan belas tahun dan sudah melepasi alam persekolahan. Masa yang lebih banyak saya peroleh untuk memberi fokus kepada latihan di gimnasium di samping mempersiapkan diri untuk memulakan pengajian di dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Management and Sains University (MSU) di Shah Alam. Pada awalnya, minat saya dicungkil kala sering mengunjungi pusat gimnasium untuk memperlengkapkan ketahan diri dan fizikal untuk menjadi pemain tengah kepada pasukan bola sepak sekolah pada ketika itu. Bermula dari situ, saya terus bergiat aktif untuk memberi tumpuan kepada latihan kecergsan seperti ‘body toning’ dan ‘aesthetic’.
Motivasi
Saya sering meletakkan sasaran untuk mencipta sesuatu yang baru dalam penampilan tubuh setiap hari. Selain mnegekalkan bentuk badan yang ideal, saya melahirkan motivasi dalam diri kala mencapai sasaran yang saya tetapkan untuk menghasilkan bentuk tubuh yang baru serta memberi transformasi dalam diri setiap hari. Minda yang terbuka dan positif dalam membantu rakan-rakan yang lain di gimnasium juga ternyata memberi kekuatan kepada saya untuk terus membina kecergasan dalam diri an memastikan kondisi tubuh sentiasa berada dalam keadaan ‘shredded’ iaitu ‘low body fat’.
Idola/Inspirasi
Setiap individu yang ingin berjaya pasti punya ikon atau idola yang menjadi sumber insipirasi untuk kekal pada momentum produktif yang ‘oustanding’. Bagi saya, saya meletakkan Ryan Terry sebagai sumber insiprai dan idola saya. Hal ini kerana dia merupakan seorang yang optimum dalam melakukan latihan yang berpanjangan dengan momentum yang sangat teratur dan sudah pasti menghasilkan bentuk fizikal yang menjadi dambaan setiap individu yang gemarkan dunia kecergasan. Dia kelihatan nyata sempurna unuk bergelar ikon dunia kecergasan di peringkat global.
Definisi Maskulin
Pendapat saya tentang erti makna Maskulin bergantung kepada tahap kesihatan yang diperoleh oleh seseorang lelaki. Tubuh yang sihat mewakili diri mereka yang maskulin. Hal ini kerana, jika tubuh berada dalam keadaaan sihat, setiap individu punya potensi yang besar untuk emncapai sasaran dalam hidup dan ‘goals’ yang ditetapkan tanpa sebarang halangan yang besar. Jika tubuh sihat, kenyakinan diri pasti melambung tinggi dan sudah pasti dapat mengatasi segala cabaran dan rintangan untuk meraih sebuah kejayaan pada masa depan.
Rutin diet
Saya akan memulakan hari dengan sarapan kerana pengambilan sarapan adalah penentu kepada produktiviti kita sepanjang hari. Saya mengambil sarapan bermula jam 7.30 pagi dengan menikmati classic oat dan epal hijau bersama kopi tanpa susu mahu pun gula. Pada jam 10.30 pagi, saya akan mengambil 5 biji telur (putih sahaja) dan juga jus epal tanpa gula. Pada waktu makan tengah hari sekitar jam 1.30 p.m, saya akan mengambil nasi perang, dada ayam bakar bersama sayur brokoli dan asparagus. Disertai pula dengan ‘tea time’ (pre workout) sekitar jam 4 petang dengan mengambil dua keeping roti bakar bersama sebiji buah pisang. Semasa makan malam (post workout) , saya akan menikmati pasta kosong, dua keping salmon bakar, brokoli, asparagus dan jus ‘carrot’ tanpa gula.
Rutin Senaman
Saya mengamalkan latihan fizikal dan senaman di gimnasium selama dua jam dan sebanyak enam kali dalam seminggu. Bermula dengan 45 minit kardio (treadmill) – incline 16 dan kekalkan kelajuan 6.0 dan jangan ‘give up’!
Isnin – Chest & triceps
Selasa – Back & legs
Rabu – Shoulder & abs
Khamis – Biceps & triceps
Jumaat – Legs & abs
Sabtu – Full body workout
Ahad – Hari berehat
Tip for beginner
Kekalkan motivasi dengan mencari jurulatih dan rakan gim yang mempunyai matlamat yang sama. Faktor persekitaran amat mempengaruhi daya motivasi dan inspirasi buat anda. Oleh yang demikian, pilih lokasi yang sesuai untuk memulakan latihan kecergasan dan yang paling penting, buang sikap menanguhkan hasrat lantas terus lakukan sekarang. Lakukan latihan secara konsisten dengan penuh disiplin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.